Wednesday, 26 March 2014

Laaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Salam uoollsss.. 


Teramat berzaman-zaman saya tak tulis apa-apa di blog ini. Nak berkunjung ke blog-blog orang lain pun semput2 masa. Apa yang dibuat tak tahu la. Terlalu attached dengan routine hidup. Balik Mesia, sibuk teramat. Memacam yang saya sibukkan dari awal itu hari. Mak ayah ke Mekah, suami pulak kembali ke UK (tinggal la saya keseorangan dengan anak-anak), masuk kerja, sibuk mengandung (pun sibuk ke? :>), sibuk siapkan interior rumah. Sekarang sibuk berpantang. Tapi berpantang zaman moden, apa lar sangat kan. Hek. Hari kedua lepas bersalin sudah keluar rumah, kena pergi klinik sebabkan baby kena jaundice. Begitulah rutinnya setiap hari dan selang hari kemudiannya. Kini, baru jer 3minggu plus duduk di rumah berpantang. Terasa berkurun lamanya pulak. Cuti bersalin apply untuk 90hari. Fuh, sakan yer dak!! :D

Sekarang sudah tidak ke klinik kesihatan. Nurse klinik desa pun sudah tidak melawat hari-hari. Makcik mengurut pun dah selesai mengurut dan membebel (hehe, tapi serius sedap badan bila dia urut). Berbekung tak semana pun sebab panas, tak tahan. Hek. Makan pun tak berpantang sebab my mom cakap, makan everything boleh as long as berkhasiat and good for the baby, tak buat dia kembung sudah lah. Okie mam, I followwwww. I pun makan everything..sebab memang all the time lapo! Berat turun kembali ke asal, cuma perut jer menonjol la sikit kan sebab malas berbekung. Hek!

My baby alhamdulillah sihat walafiat, dilahirkan dengan berat 2.9kg jer. Semua nurse kata kecik tapi bila bagitahu cukup bulan dan berat 2.9kg masa lahir, diorang terkejut sebab diorang rasa my baby tu kecik halus. Aduhai, sabo je la! Lahir pukul 2.15am, hari Ahad (2/3/14). Masuk labour room pukul 10 lebih, Alhamdulillah, encik hubby temankan dari awal sampai la bersalinkan baby. Penat tangan dia duk urut belakang sepanjang contraction tu. Alhamdulillah jugak sebab dapat bersalin secara normal seperti yang diimpi-impikan. Fuhhhh.. memang beranak itu sakit :p

Nama yang diberikan Afiya Farha. 9 bulan plus kami duk pikir nak bagi nama apa. Susah wei pilih nama dia ni. Mama ayah dia cerewet tekpung. Maksud Afiya = sihat, Farha = gembira. Moga anak mama dan ayah ni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan orang nya happy go lucky, moga jadi solehah, orang yang berguna dunia akhirat. Amin. 


 I'm 2 weeks old

I'm one day old

 I'm three days old

 Jaundice checkup 

Afiya Farha - Azfar Fayyad - Azraf Faheem

Kami panggilnya baby Farha. Twins kami panggil dia 'bayybiiiiii'. Gitu la sebutannya. Panjang tang perkataan 'biii' tu. Tidakpun depa panggil baby Haha. Bila tanya apa nama baby. Diorang akan jawab, Fahaha. Hehe. Kelakor benor bunyinya. Baby Farha memang excited betul kalau abang-abangnya duk keliling dia. Farha akan paling kanan kiri, pusing sana sini duk tengok abang-abangnya mengusik dia. Subhanallah. Tapi tak boleh dibiarkan lelama twins dengan baby, habis dipicitnya sana sini. Hehe.

Jadual harian saya berpantang di rumah mak ayah - bila dah susukan baby pepagi, siapkan beg taska twins. Kemudian selepas encik hubby mandikan twins, kami siapkan twins untuk ke taska. Meraung2 pepagi tu biasa la. Sebab takmo bangun tidur dan mandi pepagi. Aduhaiii. Kemudian, mak akan suapkan twins breakfast. Encik hubby pulak bersiap untuk kerja, makan breakfast segala. Nasib-nasib baby tidur. Kalau tak, melayan baby seketika. Dalam pukul 8-8.30 gitu, say bye-bye to twins untuk ke taska dan encik hubby ke kerja. Jauh jugak perjalanan diorang ke Gong Badak sana, 45minit jugak. Sebaik ada Barney and friends, sebaik diorang suka kartun macam tu. Bagi diorang tengok tu, takde la kebosanan. Kalau tak, tension la jugak kot hubby nak drive sosorang kalau dua2 mengamuk dalam car. Bila dah bye-bye diorang, saya pun mandi la, breakfast la, tidurkan baby. Tengahari sikit mandikan baby. Siang hari memang baby suka tidur. Tapi pukul 2/3am ke atas, dia memang susah tidur. Aduhai. Moga rutin tidur dia makin ok lepas ni. Amiiin. Kalau jadual menyusu dia, memang purata sejam sekali. Ingatkan baby girl less menyusu, sama jer cam twins dedulu. Jadual pam susu untuk stok pun masih terabur lagi. InsyaAllah akan cuba buat sebaik mungkin. Amin. Bak member kata, slowly but surely. ;)

Wah, panjang betul bercerita. Till next time, hopefully.

*still terkesan dengan peristiwa MH370

salam sayang,
FaraAzrul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...