Thursday, 28 March 2013

Snow in Spring


MasyaAllah, Subhanallah. Dia yang Maha Kuasa. Dia lar yang Maha Menjadikan segala-galanya.

Di kala bulan Mac, sepatutnya musim bunga, sepatutnya suhu lebih 10degC , tapi suhu masih di bawah 4degC. Suhu 4deg tapi feels like -1 or -2 degC. Sejuk! Duduk dalam rumah pun rasa nak pakai gloves. Allah nak bagi rasa sejuk banyak-banyak, nak suruh rasa snow sikit-sikit dan puas-puas sebelum balik ke negara tropika kembali lar agaknya. Syukur.

North Wales tak berapa snownya kali ni. Cuma halus-halus jer turun dan tak melekat pun. Comel jer snow halus-halus. Cukup lar untuk kami rasa buat kali ini. Snow bulan Januari itu hari dah cukup sangat buat kami. Dapat lar juga melepas rindu kat snow tebal setelah hampir dua tahun tidak merasa.

Disebabkan suhu sejuk dan snow, makanya tulip kami terbantut rasanya seketika. Kuntum bunga dah keluar tapi belum mekar lagi. Tunggu suhu panas sikit lar tu baru mekar agaknya. 

Gambar pemandangan Snowdon dengan snow Mac 2013 semasa perjalanan ke Llandudno tempoh hari.





Ini gambar snow Januari 2013 itu hari (januari ke februari entah la)

A candid by dear mom

Was trying to sit them up tapi memasing nak tumbang jugak :p

Akhirnya baringkan terus untuk gambar bersama snow

Tapi kami tak lama bawak twins bersiar-siar dalam snow sebab kesian, diorang sejupppp

p/s: snow ka, spring ka, perjuangan kami masih belum selesai

Tuesday, 26 March 2013

Maxi dress


Blue Pattern (Blue) Blue Paisley Border Bandeau Maxi Dress | 272221649 | New Look






Teringin pakai dress macam ni. Kalau body tinggi dan langsing, mak ai, cun bermaxi-dress macam ni kan! Kita halalified sikit, cover dengan cardigan or jeans jacket. Style orang Malaysia pakai sekarang. Cantik! Suka!

Sekian.

p/s: bersyukur lar dengan apa yang ada

Monday, 25 March 2013

Dulu dan sekarang

Gambar 2008 dan 2013. Tiada beza pun kan? Tang muka jer la. Tang body ada kot? Hek.

Takde kerja. Mentang2 lar ada pelbagai phone apps zaman sekarang, upload, edit, frame, taaa daaa..!


Mereka dan keluarga mereka


Saturday, 23 March 2013

Be mine


Tetiba tergila-gila ini lagu. Dengar kat hitz.fm online, pastu cam mengutuk liriknya, asyik2 lagu baru mesti ada sebut pasal facebook. Tapi bila tengok videoklipnya, macam mengutuk jugak, ala, cinta bebudak, remaja. Tapi tersuka. Encik suami pun tersuka. Duk tengok youtube nya hari-hari. Duk dengar hari-hari. Melampau. Stress kot. Hek!

Korang cuba lar dengar, kot2 terjatuh cintan jugak ke. Hek!

Lirik Tasha Manshahar dan Syed Thamim: Be mine


Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Tang chorus yang paling best. Gediks gitu.

Thursday, 21 March 2013

Precious cream

Dapat sampel krim muka ni bebaru ni. Beli beg make up cantik, pastu dapat lar memacam sample dalam tu. Cuba lar pakai. Biasanya jarang-jarang pakai sample kedai bagi sebab malas. Memandangkan krim muka/sun protector yang biasa sudah licin, terpaksa lar pakai apa yang ada. Best betul pakai. Wangi ala-ala bau herba wangi, tak rasa melekit, kulit kering pun dah takde. Best2. Rasa nak beli cream yang lagi besar, tapi takut tak sesuai pakai di Malaysia. Nanti sure berminyak-minyak muka yang memang jenis T-zone berminyak. Better beli krim muka yang jual di Malaysia, yang lebih sesuai dengan weather Malaysia. Sini udara kering, pakai mosturizer yang tebal pun takpe sebab kulit memang kering melampau. Sedih jer kalau usap pipi, kasar. Hek!

Lovely cream! Great on my really-dry-skin. Yeah! Go for precious cream, Immortelle 

Tuesday, 19 March 2013

Jom gigit!!

Si kembar satu dah tumbuh gigi atas (sebelah kiri). Si kembar dua pulak tumbuh gigi atas belah kanan dulu. Si kembar dua biasanya lambat beberapa hari jer bab tumbuh gigi. Tapi kembar dua laju bab2 memanjat dan adventurous lebih sikit. Dia lar masuk bawah kerusi dulu, panjat sofa/walker/meja terlebih dulu. Hek!

Kembar satu 

Lain bayi, lain gayanya.

p/s: mereka sudah hampir 9 bulan usia..cepatnya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...