Friday, 23 November 2012

Seiras tapi tak seiras

Faheem Fayyad                Fayyad Faheem


Ya Allah..halus cekeding anakanda2 mama ni ha. Tak cukup makan ibu mengandung ke haaa. Heks. Ni sewaktu mereka umur 2 bulan. Dan gambar terbaru mereka umur 4 bulan plus plus (masuk 5 bulan next week). Alahaii..kecian tengok diorang kecik halus beberapa ketika dulu ni. Alhamdulillah, sihat walafiat memasing. Tak ingat pulak berat mereka masa ni. Kena check buku diorang lar kot. Berat diorang sekarang pun tak sure. Masa 4 bulan 1 minggu itu hari berat memasing dalam 6.3 kg dan 5.8kg. Yang the latest tak pergi timbang lar pulak (kat parents and baby support group di church).
Kalau tengok gambar diorang masa baru lahir tu, takut jer tengok, nampak sangat lar fragile. Tak sangka kami cukup berani handle diorang, bagi mandi segala. Mama doakan buat Fayyad Faheem, moga Allah memberkati dan melindungi korang..sentiasa sentiasa, amin.

p/s: tak nampak lagi tang mana keirasan mereka ni :p

Wednesday, 14 November 2012

Seorang demi seorang

Budak-budak tidak sihat. Tapi dah sembuh since semalam. Alhamdulillah, syukur padaNya. Asalnya Faheem yang badan panas masa ayahnya pergi solat Jumaat. Telefon lar ayahnya. Suhu 37.3 celcius. Dah risau sebab kalau dia panas pun sekadar 37 jer. 37.5 celcius kan dah borderline. Buat appointment dengan GP. Bila dah badan panas macam tu, cranky semacam lar, tak mahunya diletak, merengek aja. Sampai di GP, dia kata tiada infection kat telinga pun. Tiada tanda rashes or apa2. Faheem senyum dengan doktor, makanya doktor kata dia ni happy, tak nampak sakit. Makan calpol sajalar. Ok lar bagi kami. 

Tapi, malamnya... dia tak mahu minum susu, meraung-raung yang teramat sangat. Adus, risau apa ke benda. Dia jerit kuat sangat, bukak mulut seluas-luasnya, maka encik ayah nampak lar ulcer kat anak tekaknya. Besar, putih tengah. Ya Allah, kesian sangat. Tanya kawan kerja doktor kat Bangor ni, dia kata bagi makan ubat, lepas setengah jam until sejam, cuba bagi minum. 

Taktik berjaya, fuh lega. Tenang lar sikit dia. Minum lar juga. Dah hampir habis kesan ubat dalam 4 jam lepas tu, merengek. Lapar, tapi takley makan. Mana boleh bagi minum ubat kerap sangat. Pujuk2 je lar. Iskh. Sebab dah risau, so pagi esok ke hospital. Bukan apa, kat sini, time weekend, satu hape pun klinik/GP tak bukak. Kena pergi GP out of hours kat hospital. Kena buat appointment beriya di telefon. Tanya beriya memacam di telefon, nak pastikan emergency ke tidak. Sebaik mereka terima kes Faheem as penting juga.

Sampai di hospital, nampak dia sihat lar pulak. Hehe. Sakit ke tidak dia ni. Oh ya, kat hospital, depa register as AZFAR. Itu twin dia. Cakap kat dia yang ini AZRAF. Pening diorang. Kena eja satu-satu, berulang kali sebab diorang konpius. Hehe. Kena masuk dalam system balik. Doc kata ini mesti diorang salah register masa call. Nama lebih kurang tekpung :P Silap diorang jugak lar, tak register nama penuh. Diorang ambil nama azraf, azfar jer then nama ayahnya. Manalar tak fenin kan. Kalau nama Faheem Fayyad tu nampak lar jugak perbezaannya.

Doc check kata suhu badan just borderline. Ok lagi. Kencing berak normal ok lar. Kami bagitahu nampak ulcer. Dia checkkan lar. Dia kata takde pun. Dia tengok lagi, dia kata ADA, ADA, kat dalam sana. Dia heran, tanya,  'how do you manage to see that?'. Haha, dahhhh, budak menjerit nganga besar, itu yang nampak. Akhirnya doc bagi antibiotik. Kami tak makan pun sebab bila balik hospital, Faheem boleh minum biasa, rengek sikit-sikit tapi boleh telan. Alhamdulillah. Cuba dia uncomfortable sahaja lar. 

Bila Faheem dah sihat, tup tap Fayyad ambik turn tak sihat pulak on Monday. Nampak ulcer kecik jer dalam mulut dia, susah nak minum jugak. Tapi badan tak panas sangat. Bagi Calpol jugak, few times. Tapi semalam, alhamdulillah, sihat walafiat.

Fuhhh.. totally a new experience tackling anak-anak yang sakit. Berdebar ada, menguji kesabaran dan kengantukan. Bila Faheem sakit, menangis-nangis, Fayyad senyap jer, perhati jer. Dia hairan lar kot kenapa kembarnya menangis teruk sangat. Bila Fayyad tak sihat, Faheem pulak senyap jer, macam memahami jer. Ke perasaan kami jer camtu! Haks. 
Faheem demam 

p/s: Moga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik

Friday, 9 November 2012

Teddy bears

Hangkut teddy bears masuk rumah. Teddy bears colour biru. Teddy bears dah terlentok kengantukan.

Malas nak berangkut carseat masuk rumah

 Tiada parking depan rumah, huhu

 
 Di nursery, teddy bears dah nak balik rumah ni

Thursday, 8 November 2012

Hujan batu di negara orang

Autumn kali ni sejuk semacam. Sejuk mencengkam sampai ke tulang hitam. Especially tang kaki. Tak terpakai lagi winter boots, nanti2 lar. Baru keluarkan dari stor pun.

Hari minggu bebaru ni, Bangor/Menai bridge telah dilanda hujan batu. Biasa jer hujan batu sebelum ni, tapi kalini lebat betul, first time la saya tengok. Kebetulan pulak kami di bandar, tang high street. Seronok seketika, excited sebab rupa bandar dah macam disirami snow. Hiks.

Masa tu saya di salun rambut, semangat nak stylish2 sikit. Encik suami dan anak-anak berjalan2 di bandar. Kesian mereka, kalut selamatkan diri dari hailstorm. Akhirnya encik suami berteduh di schoolnya. Phewww! Sebaik stroller tutup dgn plastik, anak2 lena dibuai mimpi dlm kekalutan hujan batu dan cuaca sejuk :p

Setelah hujan reda, kami pun kepulangan kerana cuaca sejuk sangat. Huhu.


Jalan licin sebab ais berketul-ketul 

Batuan di dudukan

Kunun nak ambil gambar kehujanan, tapi sah-sah lah tak nampak, kan? :P




Ada orang sengaja letak stroller anak-anak tengah2 hailstorm tu...iskh iskh

Sebelum kejadian, cantik jer cuaca!

Wednesday, 7 November 2012

Teringin


Masuk dalam shopping list, check! :D 
Clinique Chubby Sticks 
Berkenan sebab rupa bentuk macam crayon, macam sedap je pegang dan sapu kat bibir!

Monday, 5 November 2012

Kalau la


Kalau la kita boleh apa yang diorang borakkan, kan seronok. Diorang ni kalau good mood, duduk bersebelahan atau bertentangan macam ni, memacam bunyi keluar. Tak tahu bunyi saja bunyi atau bunyi berborak. Hek. Sejak bebaru ni, memang dengar aja mulut diorang berbunyi. Bersahut-sahutan. Riuh jugak.  Kalau dulu, salah seorang jer akan berbunyi atau berbunyi bila kita ada depan dia sahaja. Sekarang ni bunyi diorang kalah kami yang berborak berdua ni. Memula dulu ingatkan diorang merengek2 nak nangis. Masa tu diorang tengok tv. Rupa-rupanya berbunyi-bunyi macam berborak. Semua bayi camtu kan. Kami jer ter-amazed memula. Harap maklum :p Kalau la kita faham baby language kan. 

Thursday, 1 November 2012

Outing!

Tiap hari minggu, cuba keluarkan diri dari kepompong rumah dan school. Bawa anak-anak merasa kesejukan autumn. Kalau hujan atau angin kuat, kami elakkan keluar. Sebelum keluar, sedaya upaya kami cuba kenyangkan mereka terlebih dahulu. Kalau tak, aduhai, kalut, kecoh dua-dua nangis! (tapi menggatal nak keluar jugak kan!).

Kalau pergi kedai makan, dalam hati berdoa banyak2 supaya dua-dua tidur dengan tenang atau salah seorang sahaja tidur pun dah cukup lega :P Setakat ni, alhamdulillah, biasanya mereka akan penat atau memang time susu, itu yang akan tertidur. Tidur mereka tak lama, makanya si ayahnya kena makan lah cepat-cepat. Si mamanya memang jenis pemakan selow, so harap maklum sajalah.

Kalau jejalan, mesti nenek2 akan menegur dan hentikan kami. Layan la nenek/makcik sekejap Tidakpun ibu yang ada anak perempuan umur 3-6 tahun gitu. Si ibu tu mesti cakap kat anaknya, 'look, they are twins'. Sama jer situasi setiap kali. Senyum2 je lar kami. Pernah sekali, pakcik tua hentikan kami, 'you buy one, you get one free'. Tergelak kami! Dia pun gelak besar.

 Gerard Bakery Shop - tak pernah sedar kehadiran kedai ni di High Street selama ini!! 

First carboot buat mereka, alhamdulillah ada rezeki jumpa playgym diorang - still new

 
Breakfast di Tesco

Sebelum kita makan, ayuh kita kenyangkan dan tidurkan mereka dahulu :p

 
Di Llanduno shopping, makan-makan
(muka faheem sudah kengantukan)

Di London, masa register mereka as malaysian dan buatkan passport

Funfair di kawasan perumahan minggu lepas

p/s: kekalutan menjadikan diri bertindak tenang dan sabar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...