Tuesday, 30 October 2012

4 bulan

Mereka sudah masuk 4 bulan minggu lepas. Alhamdulillah. 

 Kanak-kanak 4 bulan, halus mulus nak dibandingkan dengan anak omputihs.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk hantar mereka ke nursery. Tapi cuma dua hari dan sesi petang sahaja sebab itu sahaja yang available. Semalam baru hari pertama mereka di nursery. Alhamdulillah ok ok aja. Hari ini pula, tak tahu lagi. Nursery tersebut under School of Psychology, Bangor University. Kena bayar lar jugak, tidaknya free. Kira-kiranya itu lar yang paling murah antara nursery private yang lain. Satu sesi petang, untuk satu bayi, £15.50. Kalau sesi pagi sahaja mahal sedikit, £17. Kalau dua2 sesi, £31. Boleh pilih  bila-bila kita nak. Sesi petang dari pukul 1 hingga 6pm. Memandangkan sekarang sudah autumn, pukul 5 dah gelap, sudah lewat maghrib. Alahaiii.
Nursery Tir Na N Og, 'Land of Young'

Raya kami tak rasa raya. Sehari sebelum raya baru sedar, eh Malaysia dah raya, kita bila? Itupun sebab tengok FB ramai orang wish raya. Paginya encik suami solat raya. Encik suami balik, saya masak nasi dagang, sebagai ambil syarat raya. Hari Ahad bebaru ini, orang Malaysia Bangor buat majlis makan. AF twins bila dengan ramai-ramai orang, terus selera minum susu mereka hilang. Faheem tak minum pun sepanjang majlis raya tersebut.  Risau. Bila dah balik rumah, baru lah dia berselera. Fayyad minum jugak, tapi tak habis sebotol pun. Aduhai. Diorang mengalami kejutan budaya, dipasskan ke sana ke mari, orang bising, dewan bising, selera pun entah ke mana. Tapi alhamdulillah, mereka tidak mengamuk. Masih mampu senyum2 borak2.

Kami beraya camni jer :p

Setelah immunisasi semasa mereka 16 minggu itu hari, itulah yang terakhir sebelum mereka berumur 1 tahun nanti. Faheem demam semacam bila kena cucuk bebaru ini. Cranky semacam malam tu. Alhamdulillah suhu badan dia dah normal bila the next morning. Yang peliknya, bila dia demam, bukan main banyak dia minum. Ber-ounces2. Setiap sejam kot asyik nak susu sepanjang malam tu. Bila dah betul2 kenyang, dia tidur. Tapi tidur tak lena, terkejut-kejut. Kesian betul. Macam kita la kan, bila badan panas, mesti mimpi pelik-pelik dan susah nak lena. Tapi nak tidur sebab badan lemah. Alahaiii.

Ada orang dihisap tangan dek kembarnya

Tadi ke mother and baby support group. Diadakan di church kawasan rumah kami ini. Setiap 2 minggu. Tapi ini baru kali ke-2 kami hadir. Malas la nak pergi tiap 2 minggu. Banyak kerja lain nak buat kan. Kami bukannya suri dan sura rumah macam yang lain. Tapi pergi kali ini sebab katanya ada talk pasal first aid baby. Kami datang lewat setengah jam, makanya ceramah dah nak habis. Takpelar, asal boleh timbang berat babies pun ok lar.

Esok health visitor nak datang melawat setelah sekian lama. Katanya, dia nak ceramah kat kami pasal nak bagi makan pada bebudak ini. Dia kata setengah orang mula bagi bayi makan bermula 4 bulan, tapi dia galakkan bagi ketika umur 6 bulan. Biasanya bayi makan umur 6 bulan la kan?


Sebabkan musim sejuk sudah bermula, kami baru ajar mereka tidur dengan sleeping bag 

Ketika ke London itu hari 

Gaya orang beramah-mesra

p/s: rasa macam tak tahan sejuk pula kali ini! huhu. 

Thursday, 11 October 2012

Lemah


Badan lemah, harap otak pula - jangan jadi lemah sebab esok PhD progress meeting dengan supervisory committee members. Aiyayayay, langsung tidak bersedia mana. Awal minggu ini tetiba imunisasi badan  puan mama ditewaskan oleh kehadiran virus selesama dan batuk. Mungkin seluruh badan terlalu penat untuk sebulan dua ini. Mungkin otak terlalu stress memikirkan tujuan hidup di UK ini (= studies). 

Isnin itu hari, tidur malam sebelumnya tak cukup tapi kena pergi ke lab. Makan pagi tak seberapa. Duduk di lab tapi suhu panas semacam, 30deg Celcius! Rasa dahaga, tapi air bekalan tak cukup. Kena stay dalam lab (takmau balik office) sebab supplier nak datang hantar samples. Akhiranya badan kepenatan dan dehydrated. Balik rumah bila dah petang, kepala teramat lah sakit. Malamnya, demam pun menyerang. Wah, cerita demam pun detail semacam (stress lar katakan). Hari-hari makan ubat dan train otak cakap badan sihat cepat, sihat cepat, sihat cepat. Takmahu sakit, takmahu sakit, takmahu sakit. Moga jangan jangkit orang lain,  jangan jangkit orang lain,  jangan jangkit orang lain.

Hujung minggu ini akan ke London, untuk ke Malaysian High Commission, insyaAllah. Anak-anak teruna perlu didaftarkan sebagai rakyat Mesia of course, nak MyKid jugakkk. Nak buatkan mereka passport jugakkk. Mereka perlu didaftarkan within 6months di sini. Mereka pun hampir 4 bulan. Cuaca pun dah makin sejuk dan waktu siang makin cepat habisnya, maka decided untuk pergi dalam masa terdekat ni. Tak tahu lar nak expect apa bawa diorang long journey ni. Bertolak Ahad, bermalam dan menyerang High Comm pada Isnin pagi insyaAllah. Perjalanan ke London ambil masa 5 jam juga kalau sekali dua berhenti sekejap2. Mereka ni akan tidur sepanjang journey kah, cepat bosan kah, banyak minum kah atau sikit je kah sebab tidur banyak kah. Apa-apa pun, moga semuanya dipermudahkan dan diperelokkan urusan olehNya. Harapnya mama mereka pun dalam keadaan sihat walafiat jua.

Raya Haji sudah hampir. Tiada plan apa-apa. Melaluinya seperti hari-hari biasa mungkin.

Hari-hari hujan, daun dah berguguran, heater dah kerap pasang, baju sejuk tak tebal mana lagi. Autumn sudah menjengahkan dirinya! Berangan nak bergambar dengan daun kering, di mana dan bila!
Seorang mengantuk, seorang baru bangun tidur

Saturday, 6 October 2012

Draught excluder?

Masa sebelum ni, kalau pergi shop barang-barang hiasan rumah, selalu nampak kusyen ni. Kat carboot pun selalu jer nampak. Mati-mati ingatkan hiasan atas sofa selain daripada throw dan cushion. Sebab rasanya macam pernah ternampak-nampak jer orang letak atas sofa. Rupa-rupanya..ia adalah..penghadang angin/hujan. Tahu pun sebab nampak di rumah kawan. Dia kata rumahnya rasa sejuk semacam walau selalu pasang heater. Maka, dia cari lar apa sahaja yang boleh simpan haba heater tu, kalau tak membazir jer gas. Dia kata dia guna menda ni, yang diri ini menganggap penghias sofa. Hek. Pergi kedai, memang dijual menda ni bersekali dengan door stopper. Tempatnya memang lar di pintu. Dapat lar suatu knowledge baru.

 Haaa..inilah fungsinya

 Boleh hadang angin sejuk masuk celah-celah rumah

 Boleh hadang slug juga masuk rumah (pest yang femes)

Wah, untuk peminat kucing  

 Cute!

 Lagi cute!

Kalau letak kat window, sangat lar comel.

Makanya, tak jadilah saya shopping menda ini untuk sofa rumah kami. Sebab nanti kalau bawa balik Mesia, tiada gunanya aih.

Thursday, 4 October 2012

Bookends

Susah betul cari penghadang buku (penghalang buku?) = 'bookends' kat sini kalau kat kedai alat2 tulis. Kalau kat Mesia, di mana-mana jer senang cari. Tapi bila cari di online, memacam pilihan la pulak. Dah rambang mata. Nak beli yang keanak-anakan atau yang boleh buat hiasan di rumah tamu. Nak dihadangkan buku di ruang tamu, tapi buku kanak-kanak. Fenin mak.

 Di amazon.co.uk
 Cute!
 Best jugak kalau letak di office!

 Sesuai dengan tema animals je kan
 Antara kenan dan tidak
 Burung hantu memang jadi pilihan design buku - as wise as owl?

 Sangat berkenan, Laura Ashley dah tak kuarkan this design :(
 Antara berkenan dan berkenan sangat

Cute tapi kehaiwanan sangat :P

Sekian laporan shopping pada hari ini. Akhirnya diri ini beli je yang sedang offer di Laura Ashley. Murah, putih dan simple. 

Fayyad and the talking bear



Kehairanan!

Tuesday, 2 October 2012

Sudah lama

Bila tengok gambar, memang boleh konpius which is which

Aiyo, sudah lama tidak berblog. Tidak ada kemasaan. Alhamdulillah, kami anak beranak sihat semuanya.  Non-stop aktiviti kalau di siang hari kalau keseorang di rumah dengan af twins ni. Sorang having nap, sorang berjaga. Dah berjaya tidurkan, sorang lagi bangun. Play time pulak. Baca buku, nyanyi2. Kalau dua-dua tidur, setengah jam lah kot paling biasa kalau di siang hari. Fayyad sorang je suka tengok tv. Faheem tak pandai lagi. Itupun, tak lama pun Fayyad tengok, paling lama 15minit kot. Dah boring, dia akan jerit 'awrk..awrk..', tanda memanggil orang sekeliling (mama or ayahnya). Bosan lar tu maknanya. Kalau diignorekan, panggilan itu akan berakhir dengan jeritan tangisan. Hek! Dua dua orang ini suka duduk di playgym. Memang boleh lama, mereka leka duk tengok lion, parrot, rhino bergantungan. Sekarang diorang dapat akal baru, tendang2 tiang playgym, makanya all those things bergoyang, berbunyi2..Buat berkali-kali sampai macam takde bosan. Bila dah goyang, jerit2. Ai, tergelak kekadang tengok.

Memalam diorang dah tidur lama. Syukur. Pukul 7.30pm diorang start tidur.. Pukul 1am biasanya Faheem akan bangun untuk susu. Fayyad biasanya pukul 5am, Faheem kekadang terbangun kalau Fayyad nangis kuat-kuat. Kemudian diorang tidur balik sampai lar pukul 8.30pagi paling awal, 9.30pagi paling lewat. Bila diorang dah tidur macam ni, boleh lar kami makan malam (kalau tak, delay dinner sampai 10 or 11pm), buat kerja rumah, belek-belek kerja sekolah jika perlu dan tengok favourite tv shows.

Siang hari, kami bergilir ke school. Kekadang puan mama pergi school, kekadang encik ayah. Cuba sedaya upaya pergi ke school. Kerja lab kena buat lagi, masih tunggu stok sample dan acclimatize sebelum start eksperimen lagi. Harap mampu buat dan cepat dihabiskan. Amin2. Supervisor tanya, boleh ke kalau nak buat kerja di rumah. Jawapan saya, 'hurmmmmmm..' sambil senyum kelat. :P

Diorang ni tak berapa seiras. Tapi kalau time tidur atau dari jauh atau tengok salah seorang mereka sahaja, puan mamanya sentiasa silap dan konfius! Kalau tetiba ayahnya letak mereka tidur di tempat yang bukan biasa, puan mama kena telek dan belek dulu baru boleh panggil nama. Dipakaikan baju tak sama pun terlupa yang mana satu.

 Faheem suka pegang bear

 Playgym

 Tummy time

Sorang jer suka tengok tv

Bila hari minggu, puan mama memang terketik-ketik nak keluar rumah :p Kalau hujan dan berangin, cuba elakkan keluar rumah, kesian mereka nanti, kesejukan! Kalau hari cantik, memang wajib..nak bagi diorang kena matahari (alasan..padahal puan mama nak bershopping!). Kalau keluar, biasanya mereka memang macam-macam ragam. Tapi paksa jugak keluar. Kekadang, alhamdulillah, diorang ok. Tengok hari lar.

p/s: Rindu Mesia sudah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...