Friday, 31 August 2012

Oh my dear

Sepupu

 Lahir sehari awal daripada AF twins. Teringinnya peluk cium dia ni sorang!! 

Thursday, 30 August 2012

Perkembangan 2 purnama

Alhamdulillah, anakanda2 baru sahaja menjengah dua bulan (chronological age), kiranya bukan umur sebenar (kiranya lar). Kalau ikutkan corrected age/adjusted age, mereka baru sahaja sebulan, iaitu dari due date sepatut-patutnya, kiranya umur sebenar mereka. Mereka kan dilahirkan 4 minggu awal dari EDD. Sebulan awal membesar di luar, daripada membesar di dalam perut. Doktor minta keluarkan, kami akur sahaja. Kami merujuk perkara ni pun hanya melalui internet, doktor tiada inform apa-apa pun.

Makanya, kalau nak kirakan perkembangan, tak boleh nak disamakan dengan perkembangan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Berat mereka pun baru lar bam-bam sikit, 4.5 dan 3.8 kg bebaru ini. Healthcare visitor kata, bila nak masuk 2 bulan barular dia kirakan berat mereka sebagai berat babies cukup term. Jika tidak, dia mencatatkan berat mereka sebagai bayi pre-term. 

Yey, dah habis sesi melawat rumah oleh healthcare visitor. Malas jugak kekadang nak tunggu dia datang dan berborak-borak. Hek! (Orang datang rumah pun mujur kan?). Dia suruh kami pergi support group yang diadakan setiap 2 minggu di church kawasan kami ini untuk bincang apa2 dan kira berat badan mereka. Tengok lar kalau kami rajin! Itu hari pernah pergi sekali sahaja support group meeting tu. Itupun sebab bonda ada sekali, kalau tak, malas lar juga. 

Bebaru ni, sebabkan umur sudah 2 bulan, makanya kenalah mereka dicucuk untuk pertama kalinya. Masing-masing menangis sesaat dua sahaja untuk setiap lepas cucukan. Kena cucuk satu setiap peha. Lepas tu, senyap jer pun. Bila letak dalam stroller, baru jer keluar klinik, dah tertidur lena. Phew, lega mak!! :p Tapi sehari lepas tu, panas semacam juga badan mereka. Suhu tak tinggi mana pun. Meragam lar jugak, especially anakanda  Faheem, dia memang manja lebih sikit. Kalau abangnya-1-minit tu, maintain cool jer. Sebaiklar cuma seharian semalaman sahaja mereka macam tu. 



Froggie !


 Di hari raya 


 
 Tigger Malaya di Wales :D


 Healthcare visitor ukur panjang anakanda


Support group meeting

Tamat cerita untuk hari ini, sehingga di lain kali.

p/s: sudah lewat malam!!

Tuesday, 14 August 2012

Salam perantau


Kali ketiga tulis post ini!!!!! Pertama, internet tetiba hang. Kedua, tersilap delete post. Ketiga, yang ini, harap berjaya. 

Ringkas saja!

Kami mengucapkan selamat menyambut aidilfitri 2012 pada semua (kengkawan atau sekadar pembaca di angin lalu). Mohon maaf atas semua kekhilafan diri kami. Moga semua sentiasa dalam keadaan selamat, bahagia dan diberkati oleh Yang Maha Esa. 

Raya bersama ibu yang masih di sini. Raya bersama rakan2 senegara seperti biasa insyaAllah di rumah rakan. Raya insyaAllah berkesempatan menyediakan juadah seadanya. Raya insyaAllah berpakaian raya dua tiga tahun lepas yang masih lagi muat gitu-gitu.

Tak pernah hantar salam perantauan yang real, di sini sajalah ucapannya!

p/s: AF twins tahan mata dengan sinaran matahari. First time mereka.

Wednesday, 8 August 2012

Separating

Mood tidur lena - suka rapat2kan kepala

Mereka berkongsi placenta. Bila keluar perut :D kami kongsikan mereka satu cot, tidur sebelah-sebelah. Bila usia hampir sebulan, akhirnya kami pisahkan mereka dalam cot berasingan. Alasannya mereka sentiasa menganggu di antara satu sama lain. Bila tangan dah terkeluar dari bedung, bila menggeliat, tangan duk mengusik si kembarnya. Bukan tangan saja, tangisan, rengekan pun senang membuatkan si kembar satu lagi terkejut dan join da club. Makanya dua kali ganda tangisan terjadi pada suatu masa. Kalau diasingkan cot, terjadi jugak sekali sekala, tapi kekadang tak terganggu pun masing-masing. Lega lar kami jugak. Kekadang tu, kalau sorang belum tidur, dia akan hisap-hisap pipi atau kepala (suckling reflex) si kembar yang tidur. Alahai, dah tak selesa sorang tu. Bila tak selesa, tak tidur makanya merengek lar pulak. 

Tak syiok pulak tak tengok mereka tidur sebelah sebelah macam ni lagi 

Apa-apa pun mereka makin mudah ditidurkan kini..sedikit nafas lega.. :D

Tuesday, 7 August 2012

Bertemu lagi

Yey, sudah habis hari berpantang yang tak berapa berpantang :D Tak sedar sangat pun 40 hari dah berlalu. Cepat sangat masa berlalu. Tup tap dah masuk bulan Ogos! Ogos yer semua..adeh. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi 2 bulan cuti yang supervisor saya bagi. Beberapa minggu saja lagi tibanya hari raya. Makanya beberapa minggu sahaja lagi lah ibu saya akan pulang ke kampung halaman. Huhu. Tinggal lar kami 4 beranak. Harapnya masa tu saya dan encik suami sudah yakin untuk menguruskan kembar kami ini siang dan malam, tambahan hari-hari ke sekolah/lab dan urusan harian yang lain. Berdebor!! 

Mari kita lihat gambar aktiviti harian kami anak beranak. 

Bergilir menyusu - breastfeed/bottle feeding with breastmilk or formula

Tiger on a tree technique kalau mereka tidak sedap perut

Mandi manda, wangi-wangian dan berpesyen2

 Tummy time exercise

 Sesi paksa bergambo

 Playing time 
Welsh dragon pemberian supervisor 

Tuan rumah datang melawat

Geram sebab mereka 'wriggling' semacam untuk bergambo

Alkesah tuan rumah. Tuan rumah datang sosorang itu hari tanpa isterinya untuk pemeriksaan fire alarm system flat kami ni. Dia temankan orang council buat pemeriksaan tersebut. Makanya, dia pun datang melepak rumah kami. Dia terkejut sebab ada babies. Dia tanya babies siapa, sebab dia tak tahu apa-apa. Bila bagitahu babies kami, menjerit lar dia.. whatttttttttt.. why you didnt tell me.. are you kidding.. they are gorgeous..oh, such a blessing .. whattt.. oh my god. Punya terkejut. Masa mereka suami isteri melawat kami beberapa bulan lepas, saya tengah mengandung 5 bulan kot, tapi mereka tak perasan :p Makanya terkejut sangat2 lar si landlord ini. Tup tap, malam tu dapat email dari si isterinya yang dia terkejut sangat2 dan teringin sangat2 melawat. Dan dan hari minggu tu jugak mereka datang dan peluk cium kembar kami ni. Baik betul granny Joan dan grandad David ni. Terharu dengan orang baik-baik macam ni.

p/s: mereka dah muat baju2!! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...