Wednesday, 25 July 2012

Esok

Alhamdulillah..esok insyaAllah genap sebulan bayi kembar AF kami. Kami masih lagi kalut kalut menjaga mereka. Dalam sejam ke 2 jam sekali mereka bangun nak minum susu. Nak tidurkan mereka yang paling mencabar. Kekadang senang, kekadang bukan main cerah mata.. duk tengok jer kita ni..nak berperasaan tension pun tak jadi sebab renungan diorang. Kekadang memang tak menang tangan, sebaik mak ada untuk tolong itu ini. Tak dapat bayangkan bila dia dah balik nanti. Huhu..

Healthcare visitor datang setiap minggu setakat ini, cuma datang timbang berat sahaja. Fayyad (twin 1) baru masuk 3 kg, Faheem (twin 2) baru naik ke 2.5 kg semalam. Semoga Faheem cepat catch up dengan si abangnya. 

Aduhai..tak tahu nak cerita apa. Jom tengok gambar lar. 

Gambar baby tengah tu baby tua saya, beranak tahun 1981.
 :D
Ternampak keirasan kembar AF dengan ayah mereka.

Thursday, 5 July 2012

Subhanallah

(Baru ada kesempatan update sementara antara waktu breastfeed dan tidur mereka)

Alhamdulillah, mereka selamat dilahirkan pada jam 9.53am (hanya berbeza 1 minit sebab keluar melalui 'tingkap') 26 Jun 2012. 

Alhamdulillah, mereka dalam keadaan sihat walafiat walaupun kecil sahaja (2.0 dan 1.8 kg).  

Alhamdulillah mama mereka pun dalam keadaan sihat walafiat walaupun masih lagi tidur dan makan tidak menentu :D

Kronologi kelahiran (tak sempat nak cerita pepanjang)

15/6/2012: Doktor di Bangor Hospital menyarankan saya beranak secara normal, melalui induction pada minggu ke 36 untuk lebih selamat kerana twin 2 tidak membesar sangat di dalam kandungan ini. Liverpool hospital juga mencadangkan sedemikian walaupun bagi pendapat mereka, saiz yang sedikit berbeza antara twin 1 dan twin 2 adalah normal (Pening dengar pendapat antara dua hospital ini, tapi mereka lebih arif)

25/6/2012: Menyerah diri di Bangor hospital untuk induction pada minggu kehamilan yang ke 36. Tetapi sehari sebelum itu, selepas berfikir2 panjang risiko bayi yang salah satunya songsang (twin 1 - cephalic position, twin 2 - breech position), kami mengambil keputusan untuk menjalani caesarian section. 

Jadual untuk induction pada pukul 8.30 am. Sebelum mereka mulakan, saya bagitahu nurse yang saya nak c-sect. Semua nurse kelam kabut kontek dan berbincang dengan consultant kami. Siap ada doktor lain yang datang berjumpa kami untuk mengesahkan keputusan yang kami ambil ini dan memujuk kami untuk tukar pilihan jika kami tidak yakin. Tapi kami tetap berkeras inginkan c-sect (mereka suka jika cuba vaginal labour terlebih dahulu). Akhirnya, saya cuma stay siang hari di hospital untuk CTG, body check ups serta documentation untuk pembedahan keesokan harinya.

26/6/2012: 

PAGI:
Dapat rezeki untuk slot c-sect di awal pagi. Dijadualkan c-sect pada jam 9 am. Berdebor wei bila tiba masanya untuk masuk bilik pembedahan. 9.30am segala proses pembedahan dimulakan (start dengan cucuk ubat bius di belakang badan - perkara yang paling sakit antara semua). 

Cuba skin to skin contact dengan babies sejurus sahaja mereka dilahirkan. Dan dan itu jugak nurse suruh breastfeed kan mereka walaupun kebas separuh badan.

Dup dap dup dap, jalan kaki ke operation theatre

PETANG:
Baru dapat menggerakkan kaki setelah dibius separuh badan. Tapi alhamdulillah, dah terasa sihat (sebab tengok babies lar kot).

27/6/2012-3/7/2012:
Seminggu berada di hospital. Pressure lar jugak sebab dipaksa duduk hospital. Babies pada awalnya stay dalam hot cot, sebab tak dapat regulate body temperature sendiri. Suhu badan mereka pada awalnya 35.9 deg C. Itu membimbangkan midwives. Mereka bimbang jika suhu badan sebegitu, apa yang babies minum, the energy akan digunakan hanya untuk generate body heat dan tak dapat digunakan untuk pembesaran mereka. Itu yang bersungguh mereka ingin pastikan mereka dapat maintain dan stabilkan suhu badan mereka above 36.4 deg C.
The hot cot

Sejak dari 30/6/2012 kami merayu untuk pulang, tapi doktor tak yakin dengan kembar kami ini. Terpaksa lar meredhakan diri tinggal di hospital. Sedih dan stress sebab encik suami tidak ada bersama pada waktu malamnya, hanya dibenarkan pada waktu siang. Huhu. Stress kerana nak uruskan babies sosorang walaupun nurses banyak menolong.

2/7/2012: Babies pertama kali mandi. Itu pun midwives tunjukkan. Sah2 kami tak berani lagi. Tujuan mandikan mereka supaya ingin dipantau adakah mereka akan maintain suhu badan yang normal walaupun setelah mandi. Suhu badan mereka dipantau sepanjang malam (dalam keadaan tidak menggunakan hot cot lagi)

3/7/2012: Paedtrician yang bertugas membenarkan kami pulang setelah berpuas hati dengan suhu badan babies pada jam 12.30pm (badan mereka bersuhu 36.6 dan 36.4 deg C). Ya Allah, tak terucap rasa gembira dan syukurnya. Lega sangat-sangat!!

Perkenalkan twin 1 (kanan) - Azfar Fayyad
  dan twin 2 (kiri) - Azraf Faheem

 
Muka orang lega setelah seminggu berkampung dalam bilik ini

p/s: boleh perasan ketidak irasan mereka walaupun mereka kembar seiras :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...