Friday, 29 June 2012

Doa hendak bersalin

Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun iaitu surah al-Anbiya’ ayat 87.

Amalkan doa ni ketika perut ibu mengandung masuk 9 bulan.




sumber: Facebook Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

Tuesday, 12 June 2012

Gumbira

Gembiranya bila dapat tahu kawan blog/kerja dah bersalin dengan selamatnya. Semoga mummy Hanis sembuh dengan cepat dan mereka anak beranak dalam keadaan sihat walafiat. Tak sabar rasa nak chit-chat dengan dia!
Dalam kesibukan, terlupa nak ucap terima kasih kepada mummy Zayyan. Jutaan junjungan kasih kerana teringat nak belikan kita something for the babies. Moga lagi murah rezeki mummy Azmina kita yek!! Unik baju2 yang dia bagi tu, unik dari segi nak memakainya, tak terpikir lar pulak kami nak membelinya. Kebetulan pula, kami dah beli hat dan mittens yang memang matching dengan baju2 yang dia bagi. Marvellous gitu! (bila lar kita boleh bertemu yek di bumi UK ini? :p)



Minggu ini masih lagi bakal sibuk dengan appointment hospital hari-hari. Aduhai!

Monday, 11 June 2012

Lauk-pauk segera

Itu hari ter-over rajin. Masak memacam lauk dalam one go. Habiskan apa yang ada dalam fridge. Plannya untuk simpan frozen. Kalau nanti terberanak awal, encik hubby ada lar bekalan makanan untuk makan. Taknak dia susah-susah nak masak sendiri. Beriya dia cakap dia boleh masak sendiri. Tapi takut kesempatan masa itu tiada. Apa salahnya bersiap apa yang patut. 

Saya cuma sediakan serba sedikit. Itu hari cuma masak sambal tumis udang petai, sotong kicap, ayam masak lemak kuning dengan sayur su'un goreng. Masak sikit-sikit jer semuanya. Rendang ayam dan sambal tumis bilis frozen yang mak mertua tinggalkan itu hari pun ada lagi, memang simpan frozen pun, makan sikit-sikit. Kemudiannya, mak pun ada kirimkan perencah lauk-pauk segera (tambah ayam, daging, ikan sahaja!!) :D Zaman sekarang, banyak bahan masakan untuk orang yang malas/berpantang. Saya sediakan juga cili kering blend sekali dah dengan bawang, senang nak masak nasi goreng, bihun dan mee goreng atau ayam/ikan masak sambal. Itupun frozen supaya tahan lama. Bila nak makan/masak, defrost sahaja dalam microwave. Nanti kalau ada masa lagi, nak goreng bilis dan bawang, simpan dalam bekas kedap udara, buat makanan harian berpantang (cadangan kawan yang berpantang sendiri di Canada).

 Frozen + segera

Walaupun mak akan datang temankan kami nanti insyaAllah, tapi kami sesaja, berjaga-jaga jika terberanak awal. Huhu. Itu yang bersiap-sedia bab makanan. Moga-moga dipermudahkan lah segalanya.Tapi lauk-pauk yang frozen tu pun boleh ler bertahan seminggu lebih jer kot. Nak masak banyak-banyak sangat pun, tak muat freezer lar pulak. 

Semalam midwife ada buat home visit. Dia cuma ingin bercerita pasal breastfeeding and birth plan (caesarean, normal delivery) and few other things. Dia ada pesan suruh beli stok makanan banyak-banyak. Katanya, bila dah ada baby/babies, tak sempat buat segalanya. Lepas tu, dia pesan, kalau ada kawan nak datang melawat, suruh kawan bawakkan makanan sekali. Erkkk, lawak pulak rasa. Takkan kita nak suruh kawan kita bawak makanan, bukan cara kita orang Melayu macam tu. Hehe! Orang Melayu kita, kalau datang melawat, kita yang menjamu mereka serba sedikit. Tapi midwife hanya memberi cadangan untuk memudahkan keadaan kami. Dia pesan lagi, nanti kalau ada kawan melawat, jangan bagi diorang duduk lelama. Hihiks! Kami anggukkan saja.

Aiks, lapar! Sekian laporan blog kali ini.

p/s: semua ni atas cadangan mak/kengkawan.

Friday, 8 June 2012

Wedding Anniversary

Dia buat surprise macam biasa, letak hadiah di atas kerusi kereta :D Atas kerusi kereta, bawah kusyen (sejak berbadan tiga ini, saya duduk bersandarkan kusyen) Bila betulkan kusyen, terkezut lar kan ada hadiah!! Kali ini surprise sempena ulangtahun perkahwinan kami ke sekian kalinya! :D Alhamdulillah sudah genap separuh dekad kami melayari bahtera ini bersama-sama - susah senang suka duka bersama, ehcey!

 Artis yang saya minat di UK ini

Breakfast kunun special 

Oleh kerana encik suami ada meeting dengan supervisor di pepagi hari dan kami ada pula appointment hospital selepas itu, kami layan breakfast di kedai kopi di High Street sahaja. Lama tidak berkunjung ke kedai kopi Costa. Oleh kerana summer, pepagi dah minum ice cold double chocolate. MasyaAllah, sedap betul (menyedapkan hati sebab tak dapat coffee ice blended, huhu). Maka breakfast tersebut dikira breakfast special sempena ulangtahun :p Boleh? Simple benor celebrationnya, yang penting tanda ingatan, ke guane?

Thursday, 7 June 2012

Aktiviti bila matahari munculkan diri!

Bandar terdekat di Anglesey, Beumaris mengadakan festival sempena summer dan jubilee weekend bebaru ini. Takde apa yang menarik pun cumalah ada ferris wheel dan craft fair. Boleh lah untuk mencuci mata, exercise dan menikmati matahari. Teringin naik Giant Wheel itu, tapi takut lar pulak. Takut membahayakan diri. Eye on Malaysia tak pernah juga naik walaupun dekat sahaja dengan kampung encik suami. Last-last dah pindah pun ianya ke Melaka. London Eye pun dah berkunjung banyak kali, tapi terlalu ramai yang beratur, malas pula nak naik. Bila dah ada dekat, orang tak ramai, tup tap ada perasaan gerun pula. Kua2!! Nampak sangat memacam alasan :P


 Cuaca sangat cantik!

 Love its deco + name!

 Baru pekena lunch fish and chips yang sedap!

Dah tiada apa nak diround-round!

Oleh kerana tidak tertahan melihatkan cuaca cantik pada suatu hari di minggu lepas, kami membuat ad-hock plan untuk ke pantai. Waktu siang yang panjang membuatkan kami pun tidak segan silu untuk membuat plan sebegitu. Sejurus selepas appointment hospital, dah siap sms kengkawan, men-tapaukan McD, terus saja kami ke Trearddur Bay, lebih kurang setengah jam dari rumah kami. Orang pun tak ramai sangat sebab bukan hari minggu lagi. Melepak lar kami sambil kuis-kuis pasir pantai dan menjemur diri. Macam biasa, mesti ada anjing nak kacau, iskhhh!! 

 Setiap tahun setiap summer, tempat yang wajib berkunjung

 Pantai sunyi sepi

 Lenguh badan, kaki bila kena duduk macam tu

Piknik ad-hoc kami ditaja oleh McD (set fillet o fish)

p/s: summer ini sentiasa menggoda diri kami untuk keluar rumah, iskh!!

Encik suami tak boleh duduk diam, asyik mengisi pasu kosong dengan pokok bunga baru di taman flat kami yang tak seberapa (taman tanpa tanah)

Wednesday, 6 June 2012

Wordless Wednesday


p/s: CTG machine (monitoring babies' heartbeat)

Tak menjadi

Kununnya nak celebrate wedding anniversary dengan pergi melancong ke midlands UK. Kebetulan pula, anniversary bersambung dengan cuti weekend panjang disebabkan oleh cuti am tahun ini - the Diamond Jubillee Queen Elizabeth. Perayaan sempena 60 tahun sudah Queen Elizabeth II memerintah, sejak umurnya 26tahun! Hari Rabu barulah pejabat dibuka semula (isnin - bank holiday, selasa - diamond jubilee).

Google images

Tetiba, doctor kata kami kena hadir memacam appointment sepanjang bank holiday bebaru ini. Kami pun terpaksa lah dengan rela hatinya melepaskan berholiday di York selama 2 hari 1 malam. Kununnya nak berjalan-jalan di bandar yang menampakkan ke-English-an. Kununnya nak tidur di hotel (mengidam!) Akhirnya tempahan hotel diberi pada kawan kami. Sebaik lah mereka tiada apa-apa lagi plan sewaktu jubilee weekend bebaru ini. Sebaik lah memang mereka suka berjalan-jalan. Makanya, tak lah tempahan hotel kami hangus begitu sahaja. Tak apalah, tiada rezeki kami untuk berjalan-jalan buat masa ini.

Oleh kerana kawan kami bersimpati dengan kami yang hanya terperap di rumah, makanya mereka memberi kami sedikit cenderamata, boleh lah merawat hati kami yang tidak dapat berholiday. Hehek. (bukannya sedih sangat pun :P)

 Ceklat dan fridge magnets. 
Cantik bungkusan ceklat!

p/s: tetiba ibu meminta kami mencari sedikit cenderamata sempena Diamond Jubilee Weekend. Sebaik ada jual di Tesco, terlalu simple bagi kami, tapi cukup menarik buat si ibu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...