Thursday, 31 May 2012

Senarai temujanji di 32-33 minggu

29/5/12 : Scan + doctor consultation + CTG (cardio-toco-graph)
30/5/12 : Scan at Liver*pool Hospital
1/6/12   : Scan + CTG + Doppler
3/6/12   : CTG + Doppler
5/6/12   : Scan + CTG + Doppler
8/6/12   : CTG + Doppler
10/6/12 : CTG + Doppler
12/6/12 : Scan + CTG + Doppler + doctor consultation
13/6/12 : Scan at Liver*pool Hospital

Nak pengsan tak tengok senarai appointment saya? Kesemuanya ini dalam 2 minggu ini di antenatal care unit, labour ward, outpatient clinic dan ultrasound department. Saya dan encik suami lagilah pening bila saat doktor bagitahu yang saya perlukan kesemua pemeriksaan ini dalam satu ayat. 'bla bla bla bla bla..in two weeks..bla bla bla.. ok?'. Angguk ok saja! :D

Sebaik nurse memahami kepeningan kami, dan dia catatkan satu persatu, dan sebutkan senarai temujanji semua tu berulang kali untuk bagi kami faham. Dia pun beriya tolong buatkan appointment tersebut sebabnya kena setkan temujanji di bahagian yang berlainan. Serius effisien betul tindakan mereka! Kami yang kecut perut, rasa nak kena diberanakkan time tu jugak sebab tengok betapa serius dan pantasnya mereka :p

Semua ini adalah kerana salah seorang daripada baby ni sedikit kecil (beza a few milimeters pada ukuran abdomennya) semasa routine check up beberapa hari yang lalu (32 minggu), makanya doktor pun risau sangat, makanya dia pun suruh kita diperiksa heart beat babies dan blood flow dalam placenta selang sehari lebih kurangnya. Huhu.
Aduhai, semoga semuanya baik-baik sahaja buat bayi-bayi kami ini. Semoga semuanya dipermudahkan Allah swt. 

p/s: hari-hari pujuk mereka ini makan sama-sama banyak, besar sama-sama dan jangan berebut-rebut makanan :D 

Contoh doppler ultrasound

Rupa CTG check up

Olympic Torch Relay & Celebrations Videos

Here are two videos that I managed to record during the London 2012 Olympic Torch Relay celebrations in our town. 

The first one is the video before the Olympic torch arrives in our town. The celebration committee just setting up the venue, and suddenly there is a flash mob! First time I saw a flash mob live! I am very happy.



The Olympic torch did rest for the night in our town, and continued the next day from another town nearby. So we woke up early in the morning so that we wouldn't miss any of the action.

Here is the video of the Olympic torch bearer running in front of us. Weeeee!!!

Tuesday, 29 May 2012

Olympic Torch Relay Menai Bridge 2012

Seawal 7 pagi kami beratur sebab semangat nak tengok orang berlari bawa obor Olympic. Tengok orang berlari jer la kan? :D Tapi bila lagi nak tengok kan. So buat-buat lar semangat. Sekarang siang sudah awal. Bila pukul 7pagi, cerahnya macam sudah pukul 11pagi. Minggu ini pulak memang dah rasa summer sangat, subhanallah, best. Suhu dalam rumah pun boleh cecah 20degC!! Nikmat. Tetapi bila keluar rumah, fuh, panas melekit-lekit (sejuk komplen, panas pun komplen ek!!). 

Mereka yang membawa obor tu menaiki bot dari Beumaris ke jeti Menai Bridge, belakang school saya. Asalnya nak menunggu di jeti, macam menarik kalau dapat tengok orang bawak obor dari boat turun ke darat. Tapinya, dah ramai sangat orang tunggu di jeti waktu pukul 7 tu. Makanya, kami menunggu di simpang sajalar. Hampir setengah jam berdiri menunggu. Sebaik ada tembok boleh bersandar, so tak lar ibu mengandung ni penat berdiri. 

Orang yang bawa obor berlari beberapa saat saja melalui kami. Kemudiannya, omputih memasing berlari naik bukit, jalan pintas ke jalan utama pula untuk lihat mereka berlari sebelah sana pula. Saya pun tergedik2 ikut. Dah terkejut dah tengok anak tangga naik bukit, tapi semangat punya pasal! Dapat lar tengok si tukang bawa obor lagi di sebelah sana. 

Jom tengok gambar!!

 Orang Menai Bridge, Anglesey

Si tukang bawa api (di tangan mereka, in case api obor terpadam) berjalan lenggang kangkung sebelum si tukang bawa obor

 Si tukang bawa obor 

 Baru turun dari naik bukit, alhamdulillah, tak penat 

 Si tukang bawa obor di jalan lain pula

 Kenderaan pengiring, smart habis!!

 
Van yang ada sign, 'smile, you are on camera'

p/s: omputih tanya, are you on holiday? hanya kerana muka asing kami! :D

Sunday, 20 May 2012

Persediaan bag hospital UK

Saya merujuk kepada babycenter.co.uk untuk hospital bag list, sesuai dengan hospital sini. Kalau di hospital Mesia, adik saya disuruh bawa juga flask air panas, sudu, garpu, pinggan dan segala (biar betul?)

What should I pack for labour? 
  • Your birth plan and maternity notes (file kuning kalau di sini)
  • Dressing gown. This will be useful if you end up pacing hospital corridors in early labour. You'll also need one on the postnatal ward. Hospitals can be very warm, so a lightweight one may be better. A dark colour or a busy pattern will help to hide any stains (baju kelawar mungkin? hehe.)
  • Backless slip-on slippers, that are easy to get on and off (selipar jepun)
  • Socks. Believe it or not, your feet can get cold during labour.
  • Old nightdress or T shirt to wear in labour. It will probably get a bit messy, so don't buy anything specially to wear in hospital.(kain batik sajo? kui. tak disediakan baju hospital pun lar kan?)
  • Massage oil or lotion if you would like to be massaged during your labour. (nanti bau minyak pala seluruh bilik pula)
  • Birth ball. This can help you to labour effectively. Check whether the hospital has the right size for you. If not, take your own. Remember to bring a pump so your birth partner can inflate it for you. (Ada jer disediakan di bilik hospital itu hari, ada nampak. Lagipun tak berani ar duduk, bola tu tinggi dan besar dari saya).
  • Lip balm. Your lips can dry out quickly on a warm labour ward. (petroleum jelly terbaekkk)
  • Snacks and drinks for you while you are in labour. Isotonic sports drinks are good, or take some glucose tablets to keep you going (bawak favourite sejak azali lar, nestum 3 in 1)
  • Things to help you relax or pass the time, such as books, magazines, or a tablet computer (oh, ini sudah pasti. tapi tak sure ada ke tidak disediakan internet di hospital)
  • Hairbands or a clip. If you have long hair, you might want it tied up (kita bertudung je lar)
  • Pillows. The hospital might not have enough to make you really comfortable. A V-shaped pillow can give you extra support when breastfeeding your baby. (mungkin juga bawak bantal bucuk sebab nanti takde bantal nak support perut)
  • TENS pain relief machine, if you are planning to use one.(oh, not thinking of using it. malas nak menyewa dan membeli alatan ini).
  • Music. Take your MP3 player or a CD player and some CDs. Some hospitals provide their own CD players, but check first. (kita pasang ayat2 al quran je lar kot)

What should my birth partner pack? 
  • Water spray or a hand-held fan, to cool you down while you're in labour. (nampak ada kipas meja itu hari dalam bilik hospital)
  • Comfortable shoes. They may be pacing the corridors!
  • A change of clothes. Your birth partner might not get the chance to have a shower for quite a while! (birth partner tu cik abang)
  • Bendy straws, to help you to have a drink during labour (yang ini pun kena bawakkan? aiyayayy)
  • Swimwear, if they want to join you in a birth pool (oh, tidak menggunakan khidmat ini)
  • Mobile phone and charger. If their mobile has a stopwatch/timer function, they can use it to help time your contractions. Or if they have a smartphone, there are apps available that can do the job for them. (wajib sangat ni)
  • Digital camera or camera phone to take photos or a short film of the birth and early moments with your baby. (wajib juga)
  • Snacks and drinks. You don't want a dehydrated, hungry birth partner looking after you. If they bring some snacks and drinks with them, they can stay with you, rather than leaving the room to search for food! (kena fikirkan makanan berat apa yang perlu atau senang dibawa untuk si peneman)
What shall I pack for after the birth? 
  • going-home outfit. You'll need loose comfortable clothes to wear while you're in hospital and for the journey home. It will take a while for your tummy to go down, so you'll probably still need your maternity clothes when you get home.
  • Handouts about how to get breastfeeding started you've received at your antenatal classes. If you have a contact card for a breastfeeding counsellor or specialist, take that with you too.
  • Nursing bras. Bring two or three.
  • Breast pads.
  • Maternity pads. Bring a couple of packs.
  • Nightshirt or T-shirt. Front-opening shirts are useful in the early days of breastfeeding. (dah disebut di atas tadi)
  • Toiletries. Decant these into smaller bottles, or buy travel versions, to save on space in the postnatal ward. You may sweat more after birth, so take a deodorant.
  • Towels, hairbrush, toothbrush and toothpaste.
  • Old or cheap knickers, or disposable knickers. Don't bring your best ones as they will get messy. Big cotton knickers can be useful if you end up having a caesarean, as they won't rub your wound. The NCT sells brilliant stretchy knickers that are comfortable to wear over your scar.
  • Arnica cream. Although there's no conclusive evidence that it works, some women report that arnica cream helps reduce bruising and helps the healing process. Don't apply the cream to broken skin. (tak sure apa ini)
  • Eye mask and earplugs, to help you sleep on a brightly lit, noisy ward. (tak perlu kot, tidur jer tanpa semua ini)

What should I pack for my baby? (double)
  • Two or three sleepsuits and vests.
  • Baby blanket. Although hospitals are very warm, your baby may need a blanket if it's chilly outside when you leave.
  • Nappies. Your newborn will go through as many as 12 in a day. (dua belas???)
  • Muslin squares, for mopping up any milk your baby brings up (possetting).
  • One pair of socks or booties.
  • Hat.
  • One outfit for the trip home (all-in-one stretchy outfits are easiest).
  • Baby car seat. Some hospitals won't let you leave by car without one.
  • Jacket or snowsuit for winter babies (dilahirkan di musim panas insyaAllah)
Saja ingin dicatatkan di sini untuk rujukan bersama. Itu pun dicedok dari internet. Midwife takde pula bagitahu apa-apa. Nampak dari senarai barang ni, mahunya lebih dari satu bag. Ke luggage bag yang beroda tu? Kua2! Tak sure pula orang bawa beg apa.

Friday, 18 May 2012

Labour ward tour

Jumpa midwife minggu lepas, dia baru teringat untuk bagitahu yang Gwynedd Hospital ada anjurkan lawatan melihat-lihat wad bersalin. Kami pun rasa, menariknya! Tak perlu register nama, just walk in. Dibuat Ahad, pukul 3. Selepas beronggeng-ronggeng dengan rakan-rakan di High Street tengahari itu, kami pergi ke hospital seawal jam 2.30pm. Sunyi sepi jer di luar wad bersalin. Entah-entah kami jer berminat nak jejalan pusing-pusing wad bersalin. Orang mengandung lain tak berminat kot? Rupanya orang lain datang ngam2 pukul 3pm. Ramai juga, dalam 15 orang mengandung bersama partner memasing.

Midwife pun bagi briefing serba sedikit. Ada dua bahagian wad bersalin, sebelah kiri satu, sebelah kanan satu. Untuk masuk setiap bahagian, kena melalui security terlebih dahulu. Sebelah kiri seolah-olah macam untuk orang yang sakit sikit-sikit. Kemudiannya dah hampir sangat bersalin, barulah dipindahkan ke bahagian satu lagi. Bahagian yang delivery tu ada bilik low risk, bilik high risk dan juga bilik pembedahan. Setiap orang bersalin dapat satu bilik. Bila dah bersalin, baby dibiarkan bersama si ibu. Bayi tidak akan ditagkan lengannya sebab sistem tu dah rosak, erk! Boleh pulak camtu yek! :P
Maksimum tetamu boleh temankan si ibu mengandung hanyalah dua orang. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan langsung untuk masuk. Dahtu, kakak abang baby tak boleh tengok si adik barunya kah? Kami kot yang salah faham explanation si midwife? 

Untuk twins pregnancy akan diberi bilik high risk delivery, bilik yang lebih besar, ada dua baby cots. Dekat dengan operation theatre jika ada apa-apa masalah. Huhu. Harap dipermudahkan semuanya. Amin. Dah round tengok bilik, ditunjukkan bilik yang ada pool, birthing pool room. Menariks! Itu je lar ditunjukkan pun. Ada juga bahagian special care unit untuk bayi premature. Hanya baby yang dilahirkan selepas 32 minggu diterima di hospital ini. Kalau terlebih lagi awal, akan dihantar ke Liverpool Hospital.

 
 Menunggu
 
Birthing pool (google images)
Lebih kurang macam ni lah bilik yang ditunjukkan di labour ward tempoh hari. Ada juga satu sinki dalam bilik bersalin biasa, bilik air pula berasingan.
(google images)

Gambar dan info dari internet (lebih kurang dengan apa yang kami lawat itu hari)
  1. Hospedia - bedside entertainment and communication system. Provides TV, radio, telephone and internet to patients.
  2. Gas - gas and air is available for pain relief in all of the labour rooms, your midwife will show you how to use it.
  3. Bed - the bed height can be lowered and raised, which is useful to lean over for support when having contractions. Our beds can also be put into a 'chair' position if that is more comfortable. 
  4. Baby Resuscitaire - at most births this is not used, but if required by the midwives or paediatricians (baby doctor), this equipment provides support at all levels for the baby once born.
  5. Cot - can be used for your baby when not having skin to skin contact or feeding.
Midwife kata boleh bawa CD untuk menenangkan diri. Disediakan CD player. Tapi nak tengok tv, kena beli kad prepaid terlebih dahulu.

Sekian tour bersama fara di Gwynedd Hospital! 

p/s: tak dapat mengambil gambar, harap maklum.

Thursday, 17 May 2012

Jepun mari!!


Hadiah dari kawan Jepun

Comel kan? Secomel puan yang sudi bagi ni. Terima kasih bebanyak buat Puan Hanis kiterrrrrr. Jasamu dikenang. Katanya ni jinbei, baju musim panas. Tak sempat pakai summer kat UK, kita pakai musim panas kat Mesia pula, insyaAllah ! Mana tahu, boleh pakai dan bersummer di Jepun? Fuyo, holiday yang marvellous namanya tu!
 Moga Hanis dan suaminya dimurahkan rezeki lagi dan lagi! Terima kasih tak terhingga. Comel sangat!! Tak sabar dipakaikan pada mereka one sweet day, insyaAllah, amin!

 
Google images - bebudak pakai Jinbei

Wednesday, 16 May 2012

Kisah si dia pancing

Kisah si dia pancing. Pancing siapa? Pancing mackerel di musim bunga. Biasanya musim pancing mackerel yang terbaik antara Jun hingga Ogos. Sepanjang musim panas. Tapi, kaki2 pancing Bangor tidak sabar-sabar, diorang menyerbu tempat pancing seawal bulan April itu hari. Memang agak kecewa lar kan buat si pemancing-tak-sabar semuanya. Sebabnya memang balik dengan tangan kosong memasing. Paling banyak awalnya salah seorang dari mereka hanya mendapat seekor. Si dia saya pun dapat seekor pertama kalinya tahun 2012 ini. Syukur juga, rezeki. Hari minggu berikutnya, si dia dapat 4 ekor sekali tarik! Cayalar. Rezeki nak bagi OMEGA 3 buat si ibu mengandung! Best rasa ikan fresh2 ni. Sapu garam sikit, masuk oven, makan dengan nasi panas dan air asam. Cayalar!! Menjilat pinggan.

Hari seterusnya, time nak ada mood nak makan ikan, buat pulak lauk lemak kuning ikan. Itu hari masa mak mertua datang, baru lar tahu lemak kuning ikan kena letak lengkuas. Hik! Kali ni letak, memang lain semacam rasanya, sedap lain macam! Hek. Ada bezanya rasa lauk bila letak atau tak letak lengkuas. Baru tahu!

Setiap kali menyiang ikan mackerel yang ditangkap bebaru ini, mesti jumpa telur ikan. Besar! Sedap bila goreng garing-garing. Bila search di internet, rupa-rupanya spring time ni memang musimnya bertelur. Iskh, cik abang-abang ni menangkap pulak, tak bertelur lar ikan mackerel di Irish Sea :p Tapi mungkin kawasan yang diorang pancing tu bukan tempat ikan mackerel bertelur, itu pasal lar mereka tak dapat tangkap sangat. Nanti musim summer, baru lar ikan mackerel ke feeding ground mereka iaitu tempat cik abang-abang ini memancing.

 
 Hasil tangkapan pertama 2012 

Dapat 4 sekaligus tapi dua ekor dah tertanggal dari tali pancing

 Ikan banyak telur

 Lemak kuning ikan mackerel bersama lengkuas :D

Info:
Fish especially rich in omega 3 fatty acids include tinned or fresh mackerel, salmon, trout, herring, pilchards, anchovies and sardines, and some experts recommend eating two fish meals per week. Omega-3s have been found to be essential for both neurological and early visual development of the baby. Omega-3s are also used after birth to make breast milk.

Friday, 11 May 2012

Doa mendapat anak yang soleh/solehah

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

sumber: Facebook Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung 

 sumber: google images


Thursday, 10 May 2012

Makan

Makan di Aberystwsth (abery-susah-nak-eja). Aber maksudnya muara.

Hari pertama, berangan nak fish and chips di kedai local, ala2 kedai kampung, ikan fresh. Tapi, susah betul nak mencari kedai fish and chips yang menarik. Tak banyak pilihan sepertimana bandar-bandar Wales yang lain. Atau kami memang tak pandai mencari. Akhirnya jumpa lar satu kedai. Tapi semenarik fish and chips di Llandudno. Kecewa. Makan juga kerana lapar dan perlukan tenaga. Kedai sunyi sepi, layanan hambar, makanan lambat siap. Huhu. Namun, syukur juga sebab ada rezeki untuk makan.


 Malamnya, alhamdulillah, cari di internet, jumpa halal restaurant di High Street Aberystwyth, Sams Fried Chicken and Istanbul Kebab House. Tiada tanda halal, sangsi jugak. Tanya tokei, dia confirmkan halal. Lega. Dapatkan burger satu sorang. Cukup lar mengisi perut untuk makan malam. 


Esok paginya, mengisi tenaga untuk perjalanan balik dengan english breakfast set di hotel. Alhamdulillah, kenyang terbuncit-buncit. 


Perjalanan pulang selama 2 jam setengah tapi tidak berapa lapar kerana mungkin heavy breakfast. Maka, hanya berhenti rehat di World's best vanilla ice cream (claimed diri sendiri mungkin) di Criccieth Beach, Wales, UK. Makan ice cream ceklat dengan ketul-ketul ceklat (rasa macam ice cream ben and jerry) dan ice cream strawberry dengan smarties. 

 
Strawberry ice cream with smarties

Selamat sampai home sweet home. Terus mengadap nasi. Sebaik ada lauk pauk yang sudah siap dimasak dalam fridge, tambah telur dadar, nikmatttttt. Orang melayu, lidah nak jugak nasi yek!

Wednesday, 9 May 2012

Draw something on my tabby

Selain dari facebook, hobi saya mengodek-godek 'tabby' (nama manja tablet, huhuk) saya dengan melukis-lukis. Seronok. Biarpun kekadang tu main dengan kawan serumah sahaja. Dia pandai melukis, saya jeles, maka saya lukis yang extra-cantik dengan meniru apa-apa lukisan dari internet. Kekadang idea minda sendiri tidak sekreatif si dia. Hik!

Come, let's Draw Something! Gunakan jari sahaja! :D

Ini antara lukisan kami. Masih tak dapat lawan lukisan orang lain di internet..memang marvellous memasing. Teringin juga lukis beriya-iya tapi takut member tertunggu-tunggu pula, sekadar nak menjawab beberapa patah huruf sahaja. 





Lukisan orang lain dari internet 

From the website of The Best of Draw Something 
Sc20120415-222529
Yoda jer pun, tapi semangat!!


Nak lukis BEARD jer pun ?!?!

Laptop? Macam real. 

Comel sangat FURBY ini. 

p/s: kawan serumah tidak lagi aktif ber-blogging

Tuesday, 8 May 2012

Plas Antaron Hotel

Plas in Welsh maksudnya mansion. Antaron mungkinkah nama orang?

Sebaik dapat hotel ini, harga berpatutan dengan layanan dan cantiknya. Travelodge dan Premier Inn (hotel senang dapat harga murah) tiada di kawasan ini, terpaksa pilih hotel yang local. Biasanya hotel local ni harganya mahal ataupun reviews nya teruk. Itu yang selalunya to be in the safe side, kami pilih Travelodge hotel saja. Macam Seri Malaysia lar kiranya di Malaysia kita tu. 

Berkenan betul kami dengan hotel ini. Memang ciri ke-omputih-an. Layanan breakfastnya pun berbeda sekali daripada biasa. Kami turun breakfast pada pertama kalinya. Apa yang ada di atas buffet table, cumalah cereal, yogurt, susu, orang juice. Helemek, gini kah sarapan kami. Rupanya kena duduk di reserved table dulu, dan a waitress akan melayan one by one guestnya. Mana tak layan satu per satu, sebab 12 bilik saja yang ada. Maka, lebih kurang berbelas2 orang sahaja pelanggannya. Waktu breakfastnya pula hanyalah SEJAM, 8-9am. Akhirnya untuk sarapan, kami pilih telur, baked beans, has brown dan toast. Mengelak daripada ham dan juga sausages.  

Hotel tour lar pula ya?
 Just arrived
 The room
 The room
 Sebaik tv cantik dan bersatelit
 
Coffee corner 
 View1
 View2
 Hallway
 The stairs
 Bilik di tingkat bawah, I guess it's the waiting room
 English style
The breakfast
The hallway
Berkenan cermin besar kat tangganya
The entrance

Sunday, 6 May 2012

Suprise!

Bulan April bebaru ni ada birthday kawan. Saja buat surprise kat dia. Plan baeeekk punya dengan kekawan yang lain. Idea kawan lain, saya tukang beli kek saja! Alhamdulillah menjadi. Kaum melayu Bangor ni memang suka surprise2 birthday party, kecil ka, besar ka, memang selalu buat. Tapi bila melayu dah berkurangan ni, tiada dah birthday party rasanya selepas ini, sekian ..

 
 Nyalakan lilin dari luar rumah si birthday girl

Tengok2 dia masih di atas, tunggu pula di ruang tamu 
(lilin tu memang bengkang bengkuk, harap maklum)

 Pasukan terjah birthday girl bersiap sedia mengambil tempat duduk

 Opocot, birthday girl terkezut

 Comel kan birthday cake??

 Simple yet happy

p/s: sekali sekala buat macam ni memang boleh releasekan tension belajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...