Tuesday, 28 February 2012

Dia datang lagi

Musim bunga sudah kembali.  Musim sejuk sudah ditinggalkan. Bunga-bunga dah nampak pucuknya. Bunga-bunga liar daffodil pun dah kelihatan di mana-mana kawasan berumput. Suhu pun dah sekitar 8 hingga 12°C setiap hari.

Bunga tulips kami pun dah nampak rupanya. Kami cucuk bebawang tulip ni sebelum musim sejuk itu hari. Harapan tinggi nak tengok bunga tulip belaan sendiri. Satu letak di dapur, satu di bilik air dan dua pasu di luar rumah. Pokok di luar rumah sudah lama naik daun. Di bilik air lagi advanced, siap dah keluar bunganya. Tapi, yang di dapur.. alahai.. :( macam sudah terbantut. Tolonglah bunga, mekar la kamu. Tak tahu lar kenapa dapur kami tidak sesuai untuk si bunga itu. Agaknya terlalu panas? Tapi sejuk memanjang jer dapur tu sebab tingkap besar, pintu dapur pun bertingkap. Bila tingkap banyak, lagi sejuknya jika tiada langsir. Kalau kami masuk dapur pepagi..eiiiii..terketar2 macam duduk di luar rumah.


 
 Bunga juara antara yang lain

  Bunga terbantut kah? Please dont!

Bunga di luar rumah belum mekar

p/s: cerita blog tiada motif

Mashed potato, bukan whipped potato

Tiba-tiba rasa macam nak kongsi resepi mashed potato yang selalu saya buat untuk cik abang ketipang payung. Dia suka. Saya suka. Tapi tak suka yang serbuk segera yang banyak dijual di sini. Tekak tak boleh terima. Terlalu 'segera' rasanya. Tapi memang senang buat, bancuh saja dengan air. 

Google image

Selalu kami makan mashed potato dengan chicken chop dan lamb chop. Takde pulak buat sesaja, makan ianya semata-mata. Tak best jika tiada kombinasi lain. 

Gambar mashed potato sendiri tak pernah ada. Gambar lamb chop sendiri pun tak pernah ingat nak ambil pun. 
Tapi saya kongsikan gambar google dan resepinya sahaja, ok?

 Google image

Mashed potato/Kentang lenyek/Kentang lecek versi ala-ala senang-yang-memang-senang

Bahan-bahannya untuk dimakan dua orang dua kali makan

Ubi kentang 5-6 biji 
Susu segar
Majerin atau mentega (mentega lagi rasa berlemak)
Garam
Serbuk lada putih

Google image

Cara-caranya adalah

1. Ubi kentang dikupas dan dipotong kecil-kecil (besar sikit dari dadu)
2. Rebus ketulan-ketulan ubi kentang sehingga lembut. 
3. Toskan ia, jangan biarkan terlalu lama di dalam air setelah lembut, nanti ianya akan berair.
4. Kemudian, lenyekkan kentang lembut tersebut di dalam mangkuk yang sesuai. Senang guna garfu untuk melenyekkannya.
5. Setelah semuanya lenyek, masukkan sedikit susu, jangan terlalu banyak, kita tak mahu kentang lenyek yang terlalu lembik.
6. Campurkan dengan marjerin/mentega secukup rasa.
7. Taburkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa. 
8. Rasanya biarlah lemak-lemak manis. Jika kurang kick, tambahkan marjerin/mentega. Sebab mentega ada rasa masin-manis gitu. Makin banyak, makin lemak berkrim.

Jeng, jeng, sudah siap. Rasanya yang marvellous! Senang jer kan! Tapi kalau rasa malas, beli kat KFC jer kan. KFC sini tiada disekalikan dengan mashed potato. Ia cuma ada baked beans (erk, tak sesuwai kann) dan coleslaw dan apa-apa entah sos lain. Huhu.

p/s: Mesia lah ada segalanya

Sunday, 26 February 2012

Sweet on Sunday

Gambar edited baeeek punyerrr dari encik suami. Kita duk keletang-keletung masak, dia duk ambil gambar ni edit-edit combine dua gelas jadi satu. Air kena paras tinggi sama lar, gelas kena kilat lar, gambar jangan blur-blur goyang lar, memacam komennya.

Sebelah sirap bandung dia yang tak dikacau lagi, campur sirap dengan fresh milk.

Sebelah sirap oren kita.

Saya suka betul air sirap dan suka betul air oren tropicana, maka saya pun combine dua-dua nya, jadilah air sirap tropicana-orange-with-juicy-bits.

Cubalar, pasti nak lagi! :D

 
All-time favourite

Saturday, 25 February 2012

Something on Saturday

Cer cer teka apa dia ni.. bentuk macam tanda koma, kan..
Baru sampai dari amazon.uk semalam. Cuba tidur dengan 'dia' malam semalam, tapi terasa kekok. Masih proses mencuba. Tapi memang selesa. Sebaik tak besar sangat untuk orang cekeding dan pendek.

 Dreamgenii support pillow.

Friday, 24 February 2012

Have a Fun Friday!


Saja, 'kutip' dari facebook orang.

Friday, 17 February 2012

Supper malam itu

Pantang tengok orang post gambar makanan di Facebook, mesti kekadang terasa teringin. Kekadang tak teringin pun, maka melihat gambar tersebut sekali lalu sahaja. Kalau mampu masak, buat juga lar. Tahan jer keinginan kalau tak pandai buat. Nak dikatakan cerita, itu hari tertengok cucur bilis. Terbayang-bayang kerangupan bilis dan bawang dalam tepung panas crunchy cucur/jejemput. MasyaAllah nikmatnya. 

Makanya, terhasil lah jemput bilis sebagai supper. Pastu tetiba, tekak teringin air gas la pulak. Encik suami bagi suggestion, air gas itu diletak dengan aiskrim vanila macam air A&W. MasyaAllah, enaknya yek! 

Terhasil la juga air gas sewaktu supper tersebut. Tapi ramai kawan kata 'jangan monyet, air gas itu tidak elok untuk kandungan' :D Tapi teringin. Tolong lah, boleh lah. Maka, berjanji pada diri sendiri, minum sikit sahaja untuk kali ini sahaja. Erk, boleh kah? Tidak teringin lagi kah? Pada saat ini pun sudah teringin lagi, tapi tahan sahajalah.

Kalau ikutkan internet, air berkarbonat boleh diminum tapi dalam kuantiti yang tertentu. Maka, tidak boleh berlebihan kerana ianya mengandungi kafein, boleh mengurangkan kadar serapan kalsium dan kandungan gulanya yang tinggi.
 
Cucur bilis kurung-kering-macam-chefnya
Air pepsi berfloat dalam mug-kecil-sebab-takut-minum-banyak

Thursday, 16 February 2012

Emosi sendiri


Memalam memang tidur tak lena sejak pertengahan first trimester. Asyik terjaga tak boleh tidur balik. Terkedip-kedip mata berejam kekadang, siang hari rasanya penat. 

Apabila siang hari penat mata sedia ada kuyu, makin kuyu. Penat kerna mengantuk sebab tidur malam tak cukup. Buat kerja sekolah pun tidak bermaya. Asyik rasa nak tidur. Tapi tidur siang mana puas. Nak refresh diri dengan coffee, tapi tahan diri tak mahu ambil sebarang kafein. 

Bila penat, nak makan pun tak selera. Walau tak selera, tapi perut berkeroncong, minta diisi. Tapi penat nak masak. Encik suami offer nak tolong pun Puan isteri degil tak nak bagi. Nak juga masak sendiri. Bila dah lapar dan penat, emosi pun tak betul. Moody memanjang. Orang kata a hungry man is an angry man. Facebook buat hal/tak mahu upload gambar pun marah membebel panjang-panjang, macam facebook tu manusia. Yang penat dengar mestilah encik suami. 

Aish, baby sudah marah!
google pics

Apabila dah emosional tak betul, Encik Otak pun letih melayan  Puan Emosi. Tapi bila Puan Perut dah diisi makanan, kenikmatan terasa, terus emosi kembali ceria, otak pun kembali stabil. Amacam, kena rajin makan la jawabnya. Tidur tak cukup pun tak apa lah, asal kena makan! Sebab takut beremosi yang menganggu fizikal badan jadi lemah yang memang sedia ada lemahnya. Oh ya, bila emosi tak stabil, boleh juga diatasi dengan ber-online shopping!! Kenikmatan yang best sangat, perut lapar pun jadi kenyang. 

Shopping + smiley face

Bila bagitahu midwife yang tidur tak lena, makan tak selera, dia kata biasa lah tu untuk si ibu mengandung. Timbang berat, dia tengok naik. Dia pun kata, everything is progressing well. Sekian, terima kasih.

p/s: bukan..bukan..bukan mengeluh. cuma motivasi diri supaya lebih kuat! caiyok!! :D

Saturday, 11 February 2012

Terpeleot

Plan untuk hari minggu hari ini untuk berjalan-jalan di high street. Dah lama tak menjenguk Bangor high street. Apa khabar agaknya. Teringin nak bershopping sikit-sikit. Lepas tu teringin makan fish and chip di Llandudno. Sambil shopping sikit-sikit juga kat situ. Mood shopping sudah mari. Tapi.. apakan daya...kita merancang, Dia yang menentukan segalanya :D

Tak dapek ke mana hujung minggu ini kerana cik abang cayang bucuk sudah terseliuh kaki masa main badminton tengahari Jumaat. Mula-mula boleh lagi drive kereta, jalan sikit-sikit. Malamnya dah meraung kesakitan. Tidur dalam keperitan. Esok paginya, kaki sudah tidak boleh pijak lantai. Aduhai! Memandangkan GP (klinik kerajaan) memang ditutup di hari minggu, kami terus sahaja ke A&E Ban*gor Hospital. Itu sahaja pilihan yang ada. Klinik swasta macam tak pernah nampak jer kat bandar ni.

 Gambar berbadminton yang ada dalam simpanan

Kami cuba cari sebarang alat yang boleh jadikan tongkat. Saya nak ampu dia memang tak mampu la kan. Mula-mula guna batang mop, tapi malu lar pulak, bertongkatkan mop bulu-bulu walaupun rupa moden sikit, plastik warna biru. Akhirnya, guna kayu penolak/penarik tingkap yang tuan rumah siapkan untuk buka/tutup tingkap sebab tingkap itu tinggi dan jauh ke depan untuk menolaknya. Boleh lar untuk sementara. Luar rumah kami kan ber-anak tangga. Seksa dan kesian betul nampak dia turun/naik tangga. Aduhai! Saya kena kuatkan diri lar juga sebab hero dah sakit. Nanti sama-sama lemah, susah pulak :p

Tongkat sementara
(dalam komputer, gambar dah ditegakkan, tapi bila upload ke blogspot, tetap senget, iskh)
 
Alhamdulillah, di hospital, doktor mengatakan hanya satu ligamen yang tercedera. Tapi cik abang terdengar 3 kali bunyi 'pop' bila masa terjadi adegan terpeleot itu. Di hospital, mereka buat xray dan alhamdulillah, tiada tulang patah atau retak. Lega sangat. Kalau tidak, siapa nak jadi driver saya, tukang bantu masak saya, tukang basuh baju saya, tukang layan saya :D Syukur sangat bila tiada serius atau kritikal. Cuma dia kena bersara dari badminton buat sementara waktu. Sehari dua sah-sah lar tak boleh berjalan sangat atau drive kereta. Kena cuba pijak kaki yang sakit sambil put on weight sekali dua sehari. Slow-slow supaya ligamen sembuh balik.

Cik abang saya kuat punya.. insyaAllah dia boleh sembuh cepat! Caiyokkk!

p/s: sama-sama tidur tak lena la pulak malam semalam. sorang sakit kaki, sorang memang tidur tak lena.

Friday, 10 February 2012

Appointment terbaru

Pertengahan minggu bebaru ini pergi check up untuk ke berapa kali entahnya, sudah terlupa. Ada check-up (tiga kali scan biasa2 tuu) dengan hospital daerah sendiri, check-up dengan midwife (dengan midwife borak dan tanya-tanya khabar sahaja) dan check-up dengan pakar. Yang kerap adalah pemeriksaan dengan pakar sebab untuk mengetahui keadaan kesihatan kembar yang sedetailnya. Rasanya tiada pakar di daerah kami ini, sebab itulah kena ke negeri sebelah, jumpa pakar di Liver*pool Women's Hospital. Tapi nanti kemudian, kami kena berjumpa dengan consultant di hospital sini lak, untuk nasihat lebih lanjut pasal multiple pregnancy. Consultation itu asing dengan scan check up di hospital sini. Kalau disekalikan kan senang..

Ha..yang nak cerita, check up di Liver*pool minggu ini. Appointment jam 11am, tapi menunggu untuk pemeriksaan sejam lebih!!! Aish, sama jer di mana-mana hospital biasa, kan. Kami dah sampai 5minit sebelum pukul 11. Bertolak dari rumah seawal 8 pagi. Sejuk!! Tak biasa keluar pepagi lar katakan. :P 

 Sejuk betul Liver*pool berbanding kampung kami, tak tahan! 
Di pintu masuk hospital

Bila sudah hampir sejam menunggu, cik abang yang buat-buat tenang (padahal hati bergolak kegeraman), pergi bertanya dengan makcik kaunter. Makcik kaunter pun tolong tengokkan doktor pakar kami. Katanya doktor pakar sedang check patient yang ada kes yang tak sangka habis lambat. Tunggu lah kami another 15 minit kot. Masa bagitahu tu, makcik kaunter offer kami minuman. Tapi air kosong je lar. Saya taknak. Saya nak makan! :D Cik abang pergilah mencari makanan alas perut. Dapat habiskan coklat Twix sementara menunggu tu. Kenyang sikit terasa. Kemudiannya, tibalah giliran pemeriksaan kami.

Akhirnya, bukan lah berjumpa doktor pakar pun, berjumpa dengan nurse biasa. Pulak dah. Tak apa lah, terima saja. Nurse cuma check kandungan amnion fluid (takut ianya terlalu berlebihan, menunjukkan tandanya twin to twin transfusion syndrome - TTTS). Dia check pula size anggota bayi-bayi - measure kepala, tangan, kaki, ukur lilit abdomen). Alhamdulillah, tiada tanda-tanda TTTS, minta kandungan ini dijauhkan dari syndrome yang disebut tu dan masalah-masalah lain, amin. Size dua-dua hero lebih kurang sama. Bila ada TTTS, salah seorang bayi akan terlalu kecil kerana tak cukup nutrient, salah seorang bayi yang terlebih ambil dari uri yang sama. Disebabkan kembar kami memang berkongsi placenta yang sama, itu yang nak dicheck setiap 2 minggu selepas ini sampailah kandungan berusia 24 minggu. Tak sure gak apa lagi tanda-tanda TTTS, nurse dan pakar cuma bagitahu pasal amnion fluid dan juga size mereka.


Gambar terbaru mereka. Seorang melintang dengan kepala di sebelah kanan, seorang lagi baring dengan kepalanya di kiri. Tengok tanda 'heartshape' biru tu, itu kepala si twin 2 yang berada di atas twin 1. Akan dinamakan twin 1 bila bayi tersebut duduk di bahagian bawah, twin 2 sebaliknya. Mungkin sahaja kedua-dua kembar ini akan bertukar tempat katanya nurse. 

Hari kami di Liver*pool berakhir dengan makan tengahari di Nandos. The nearest halal nandos yang ada di sini. Yummy. Favourite betul kami dengan Nandos. Kalau di Mesia, tiap bulan balik kampung KL sebab nak makan Nandos. Kat sini, kami ke negeri sebelah saja lar kalau teringin.  Kalau teringin biasa-biasa, ditahan aja teringin itu sebab jauh, tak sanggup :p

 
 Puan blogger dah kepenatan dan kelaparan

Sekian, terima kasih :D

Wednesday, 8 February 2012

Menumpang snow di negeri jiran

Cerita Blue Planet bersambung lagi. Setelah kami buat keputusan untuk makan berjemaah di Man*chester, kami pun terus bertolak. Rombongan ke outlet Cheshire Oak dibatalkan sebab masing-masing sudah kelaparan nasi arab :D Sanggup tak mahu shopping kerana makanan! Tapi kami warga Bang*or memang! Kalau ke Manchester, setiap dari kami mesti tak sah kalau tak singgah Al-Ja*zeera restaurant. Semua orang UK pun memang macam itu kot, pasti ke Al Jaz*eera, nasi arabnya mengancam. Rasa sekali, pasti nak lagi DAN lagi. 

 
 nasi arab + ayam panggang + salad 
(tengok gambar ini pun dah terliur-liur teringat, iskh)

Mula-mula di highway dari Blue Planet, hujan memang lebat sangat, kemudian hujan air tukar ke hujan batu, lelama jadi hujan ais. Bila hampir ke destinasi, hujan tersebut bertukar menjadi SNOW yang sangat lebat. Sangat cantik!! Seolah-olah kapas berterbangan dari langit.  Tapi ini kapas molekul kristal lar kan. 

Sebelum ke tempat makan, kami singgah dulu di Masjid Manchester. Kami main snow dulu puas-puas dulu di kawasan masjid sebab tahu pasti kampung Ba*ngor kami tidak akan ada snow. Ramalan cuaca sudah kata, snow hanya turun di kawasan England, tidak disebut langsung Wales. Yer, Chester, Manchester sudah masuk kawasan England. Memang suhu/cuaca antara Wales dan England jauh bezanya. Lebat turunnya. Sekejap sahaja, tanah sudah lembut-lembut dijejak sebab penuh snow.  Alahai seronoknya. Ada juga peluang merasai snow pada winter 2011/2012 walaupun hanya beberapa ketika. Tapi takde lar sempat buat snowman dan golek-golek segala. Cukuplah rasa snow jatuh kat kulit muka. Haks!

 Meriah kawasan masjid dengan bendera warna-warni

 Di tepi jalan besar

 Sesudah solat, muka bersinar-sinar sebab 'snow-excitement'


Tak habis lagi itu bergambar di tempat yang sama berulang-ulang kali. Serius memang tak puas.
 Kami orang Bangor yang jakun

Mereka, anak-anak dara ini kata, jalan ini macam suasana winter sonata.

Sesudah bergambar, solat jamak, akhirnya kami pergi makan. Sesudah makan aja, snow pun sudah berhenti turun, jalan yang sibuk pun sudah licin sebab snow dah cair, dijejak-jejak dan tukar menjadi ais. Sekejap sahaja. Setelah shopping barang-barang groceries halal (ayam, daging, nugget and others) dan segala yang susah-dapat-di-B*angor, kami pun pulang ke Wales.  Sah-sah, sampai di B*angor, hanyalah hujan air :D Tapiii...

Home Sweet Home jua!!

p/s: sesetengah gambar di'culik' dari album kawan, credit banyakkkkkkk to tuan gambo :D

Tuesday, 7 February 2012

Lawatan berilmiah ke Blue Planet

Walaupun komuniti Melayu yang menyikit di tempat kami, tetapi aktiviti society tetap diadakan dengan mengadakan rombongan cik kiah ke Blue P*lanet A*quarium. Tempatnya di Chester, kira-kira 2 jam dari tempat kami. Semangatttt tuuu. Agak kecewa ke aquaria ni, sebab rasanya Malaysia lagi hebat dengan A*quaria KLCC. Kunun kata ada coral cave, tapi sikittttttt bebenor dan nampak tipu! Tiada pun soft corals, hard corals pun colour bright semacam, macam diwarna cat. Boleh? Ikan clownfish (nemo nama glamernya) berenang ramai-ramai dalam aquarium tetapi sea anemone tak sebanyak ikan yang ada. Kesian mereka. Tiada tempat bermain-main sangat. Ops, kutuk lebey pulak. Itu jer saya tak puas hati. Tetapi yang lainnya menarik aja. Asyik pergi shopping aja, baiklah buat lawatan berilmiah pula.Yang penting, kami ramai-ramai suka keluar beramai-ramai, rasa kemesraan!
Di pintu masuk, cameraman Blue Planet ambilkan gambar. Kemudian bila di kedai souvenir, gambar kami dijadikan buku Blue Planet dengan beberapa keping gambar kami yang diedit background. Cantik!! Tapi GBP12. Alahai, kami tak beli, kawan beli, maka dia pun upload kan digital version gambar ini di FB. Lalu, saya pun me'minjam'nya untuk diletakkan di blog :p  

 
 Ikan tropika dengan awek tropiks
 Entah apa lar ekspresi. Dalam balang bulat ni ada katak kecik sangat, bercorak sangat, colourful sangat, tapi beracun. Yang cantik itulah yang bahaya. Tak dapat ambil gambar katak sebab balang ini berkabus.
 Spesies ikan flowerhorn?
Ikan palaice @ ikan sebelah. Ikan ni antara salah satu pilihan kalau di restoran fish and chips di sini.Kalau kena masakannya, sedap lembut. Tapi kekadang, terasa hanyirnya.
Inilah coral cave yang saya kutuk-kutuk tadi tu. Itu sahaja corals yang ada. Warnanya yang begitu plastik :P Intai-intai lar jugak coral fishes yang ada.


Pertunjukan memberi makan ikan. Kami harapkan mereka berdua memberi ikan yu makan tapi mereka kata ikan yu dah makan minggu lepas. Ikan yu cuma diberi makan sekali dalam seminggu dua. Alahai, gitu pulak. Cuma kelihatan mereka memberi makan si ikan-ikan pari. Terus disumbatnya makanan ke dalam mulut ikan, memang dah terlebih 'manja' sebab dah terlalu biasa di dalam kurungan.
Berkenan dengan corak ikan ini. Macam corak canting batik.
Underwater tunnelnya yang suram. Terpesona dengan ikan yu seekor itu sahaja. 
Clown fish yang banyak sangat! Cantik sangat!
Kalau di Aquaria, adanya sesi pegang starfish tapi di sini kita boleh rasa pegang ikan pari. Ikan pari itu sangat jinak. Terlalu beradaptasi dengan kehadiran manusia yang mengusapnya. Pantang diketuk-ketuk air, ikan pari itu akan timbul di permukaan dan pergi ke arah kita. Manja!!
Lawatan kami berakhir dengan sesi membeli-belah di kedai souvenir. Keluar sahaja waktu daripada Blue Planet Aquarium, sudah waktu tengahari. Cuaca pula sangat lah sejuk dan hujan batu pula yang sangat lebat. Jalannya memang dari awal kami sampai sudah berais, takut betul nak jalan, licin. Aktiviti beramai-ramai diteruskan lagi pada hari tersebut dengan makan berjemaah di Manchester, yang jauhnya lebih kurang setengah jam lagi Chester.

Cerita akan bersambung di episod seterusnya ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...