Sunday, 29 January 2012

Ayuh kosongkan stor

Barang dalam stor terlalu banyak. Rumah dah lah kecik saja. Beli macam-macam barang perasan macam banyak ruang. Beli macam-macam barang tapi tak mahu gunanya lagi. Sudahnya, stor dan celah-celah meja menjadi tempat 'sumbat' barang :P

Makanya kami pun buat keputusan untuk mengosongkan stor, mengemas barang apa yang patut dan menghantarnya pulang, untuk disumbatkan ke dalam rumah kami di kampung sana. Tanpa melengahkan masa dan tenaga di hujung minggu lepas, kami keluarkan semua harta benda (termasuk mengemas baju yang tidak lagi digunakan), kemas apa-apa yang patut di seluruh rumah.

Minggu ini order kotak2 dari palshipping (perkhidmatan menghantar barang via kapal laut). Dapat jer kotak bebaru ini, hari minggu semalam, kami bungkus hartabenda dengan bubble wrap, letak silicon gel juga dan tampal-tampal apa yang patut. Harap-harap silicon gel yang diletakkan dalam semua barang yang patut dan kotak mampu menjaga hartabenda dari kulat. Masih lagi belum hubungi palshipping untuk datang mengambilnya. Akan segera dilakukan sebab nak kosongkan rumah dari kotak yang bertimbun itu pula. 

Proses awal - kosongkan stor dan penuhkan ruang tamu

 Proses seterusnya - bungkus dengan plastik bergelembung

 Ayuh sepah-sepahkan rumah dengan kotak

 Proses tampal-tampal selotape

 Berjaya sumbat hartabenda ke dalam 3 kotak kecil dan 2 kotak besar

Harapan kami semoga harta benda ini selamat sampai di Mesia, dalam keadaan yang baik semuanya, amin.

p/s: rasa lega sangat bila dah kemas barang

Sunday, 22 January 2012

Kunjungan orang Scotland

Selalu sahaja mereka poskan gambar di FB mereka di Manchester, tapi mereka tak pernah singgah di Bangor. Kami terasa hati. Kami kecil hati. Hehe. Gurau. Tapi memang kami tegur mereka, 'alang alang ke Manchester, kenapa tidak terus ke Bangor, nak jumpa Maryam!!'. Hehe. Takmau jumpa mummy daddy depa, nak jumpa Maryam jer :D 

Akhirnya, tanggal 24hb Disember, cuti Krismas yang lalu, mereka datang jauh dari utara UK semata-mata ke Bangor, semata-mata untuk melepak di rumah kami. Baikkan mereka? Suka!! :D Kami pun memang tak kemana sewaktu cuti krismas kerana tiada idea. Lagipun, akhir tahun kemudiannya, kami akan ke London pula untuk kedatangan ahli keluarga dari Mesia.

Maka kami pun entertain mereka sebagai tetamu kehormat kami. Harap mereka puas hati dan puas tidur di sini :P Maryam dah besar! Kali terakhir kami melawat mereka, Maryam baru sahaja berusia 6 bulan, baru nak kenal-kenal dunia. Sekarang, dah petah. Comel sangat. Tapi sayang, tiada gambar kami bersama Maryam di dalam kamera kami. Iskhhh. 

 Taaatihh.. lebih dari tatih dah ni

Kawasan lawatan wajib

  
Ops, angin kuat betul di South Stack, Holyhead, Anglesey
 
 Aksi tegak walaupun angin dah tolak semacam

Haa.. kan angin dah tolak!

 
Maryam gabra sebab angin kuat sangat, kalah angin Scotland :P

Gambar wajib tetamu kehormat kami :D

Setinggi-tinggi terima kasih kengkawan, kerana sudi datang mengunjungi kami di desa terperuk ini. Jangan serik datang. Panjang umur, murah rezeki, insyaAllah kita berjumpa lagi.

Tuesday, 17 January 2012

Bakal pulang lagi

Lepas satu persatu keluarga melayu di B*angor pulang untuk kebaikan (back for good). Lepas satu persatu pergi tinggalkan kami, tiada pula keluarga melayu baru yang menggantikan mereka. Aduhai. Makin menyikit lah warga malaysia di B*angor dari tahun ke tahun. Kami cuma ada 8 buah keluarga, lebih kurang 6/7 budak bujang. Itupun, bilangan keluarga yang dikira adalah termasuk warga Malaysia yang sudah bekerja di sini,  yang bergelar pelajar postgraduates,  cuma lar 4 kerat :D

Keluarga yang akan pulang kali ini bakal membuatkan kami hidup sunyi sepi. Tiada lagi jamuan sate sedap mereka (kami yang lain tak pandai bersate-sate), berjimba-jimba bershopping dan melepak-lepak keseronokan. Aduhai. *sob*sob*  

Pujukkan hati, 'tak apa, tak apa', kami pun hanya sedikit sahaja lagi masa di sini insyaAllah jika semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, amin. Ayuh, semangat menghabiskan pengajian dengan segera! Caiyok, caiyok!

 Kenanganmu bersamaku

Kenangku dalam doamu

Panjang umur, murah rezeki, kita ketemu lagi insyaAllah

Friday, 13 January 2012

Kecemasan di rumah kami

Pada suatu malam yang hening, tiba-tiba loceng pintu kami dibunyikan dan pintu kami diketuk bersungguh-sungguh. Saya yang sedang baring berehat-rehat sebelum makan malam, sang suami pula yang seronok bermain alat permainan di televisyen, terasa panik dan tentunya terkejut. Bila pintu dibuka, kelihatan jiran atas kami, lelaki berusia 41 tahun yang masih bujang trang-tang-tang, muka kemerahan, tercungap-cungap dan meminta air serta menyuruh sang suami menjawab telefon tangannya. 

sumber: google images

Di talian telefon rupanya pihak hospital, memberi tips untuk meredakan keadaannya. Disuruh kami untuk mneyuruhnya duduk, tenangkan diri dan memberinya minuman. Tapi keadaannya masih juga tidak lega. Pihak hospital telah menghantar ambulans pada saat itu. Kami juga meminta bantuan jiran flat ter-atas untuk sedikit aspirin. Yang lagi cemas, tiada antara kami yang mempunyai aspirin. Aspirin amatlah diperlukan saat itu. Akhirnya kami merayu jiran sebelah untuk sebutir aspirin. Dapatlah dia telan. Tak pasti aspirin untuk apa. Tak lama kemudian, pihak paramedik datang dan membantu pesakit di ruang tamu kami.

Jiran kami itu mungkin panik kerana serangan sakit dadanya dan sukar bernafas itu terjadi waktu dia sedang berehat, menonton televisyen. Dia turun bawah (dari tingkat 2), cuba menyedut udara segar di luar flat kami tapi dia masih lagi tercungap-cungap. Saat itulah dia bertekad meminta pertolongan jirannya yang terdekat. Tindakannya memang betul. 

Paramedik mengatakan bahawa dia masih belum lagi sampai tahap serangan sakit jantung, tapi denyutan jantungnya kelihatan tidak normal pada ketika itu. Oleh itu, dia masih juga perlu dibawa ke hospital walaupun dia sudah tenang. Paramedik kata, kalau jiran kami itu berumur 93 tahun dengan keadaan denyutan jantung begitu, dia tak risau. Tapi oleh kerana jiran masih lagi muda dan fit orangnya, maka dia perlu dirawat segera.
 sumber: google images

Kami yang tiada pengetahuan apa-apa mengenai kecemasan sebegitu, memang betul-betul cemas. Mujur paramedik cepat datang. Fuh! Penuh ruang tamu kecil kami dengan beg paramedik, tong gas oksigen, kerusi roda dan memacam orang (kawan si pesakit, jiran lain, pihak ambulans).

Jiran atas masih lagi belum pulang, tak pasti di mana berada sekarang, di rumah kawan atau masih di hospital. Diharapkan keadaannya makin baik.


 sumber: google images


Thursday, 12 January 2012

Baru tahu


Semalam 'dating' dengan pakar untuk mengetahui jenis kembar. Setelah mendengar pendapat beliau, doa kami moga-moga kandungan ini sentiasa selamat dan zuriat2 ini dilahirkan penuh sifat dan cukup bulan ke dunia ini pada cukup waktunya. Amin. 

Pakar mengesahkan kandungan kembar adalah jenis 'Monochorionic-Diamniotic'. Bermaksud kedua- dua bayi ini berkongsi placenta (uri) yang sama tetapi berada di dalam kantung yang berbeza (mempunyai air ketuban yang berlainan). Pembahagi antara kantung itu agak nipis tapi pakar yakin yang mereka berada di dalam kantung yang berlainan. Letak jer scan, kedua-dua mereka bergerak lincah, berpusing ligat di dalam rahim. Pakar kata, ruangan masih lagi besar untuk mereka, maka itu yang mereka berpusing ligat (dari senyap-senyap terus bergerak ke sana ke sini). Jika saiz mereka sudah besar, pergerakan mereka akan terhad. Pakar juga menunjukkan tali pusat mereka yang bersambung dengan placenta yang sama. 
 
Bila mengandung kembar, baru lah kami tahu dan maklum yang sesiapa yang mempunyai keturunan kembar baru boleh mendapatkan kembar yang TIDAK seiras (atau penggunaan ubat kesuburan). Ilmu pengetahuan selama ini ingatkan kembar tidak seiras itu yang terjadi disebabkan oleh ubat subur dan kembar seiras itu hanya terjadi apabila mempunyai keturunan ibu bapa yang ada anak-anak kembar. Terbalik ilmu rupanya. Apa-apa pun, sesuatu kejadian itu kekuasaan Allah swt. Dia yang lebih Maha Mengetahui. 

Maka ibu bapa yang tidak mempunyai keturunan kembar boleh dapat kembar seiras, jika terjadinya pembahagian telur setelah beberapa hari disenyawakan *mari belajar biologi manusia :D bersama puan Fara*. 

Kes kembar kami ini, iaitu monochorionic-diamniotic (MoDi) ini terjadi apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, kemudiannya semasa proses perjalanan untuk melekat di rahim, telur yang sudah bersenyawa dengan sperma ini, iaitu dikenali sebagai zigot, membahagi menjadi dua embrio antara 4-8 hari. Jenis kembar ini (MoDi) akan menghasilkan kembar yang seiras (identical). Kata internet, kembar seiras akan mempunyai sama jantina, jenis darah, warna rambut dan lain-lain segi kecuali cap jari tangan dan juga 'teeth marks' (?).

Sumber: wikipedia

Orang kata mengandung kembar ini banyak komplikasinya, maka saya pun terasa gabra.. moga semuanya dalam keadaan yang selamat buat kandungan dan bayi2 ini, si bakal ibu dan si bakal ayah juga. Amin2. 

p/s: ilmu cuma diperolehi daripada bacaan internet dan pendapat pakar. Sila rujuk dengan orang yang lebih bertauliah untuk maklumat yang lebih sahih :D

Tuesday, 10 January 2012

Kejadian di minggu lalu

Mereka di Malaysian H*all London

Baru hantar mak ayah adik ke Gatwick Airport kelmarin. Tak nangis, tapi sedih. Tak sebak, tapi sayu. Kami terus pulang dari airport ke tempat tinggal, 7 jam perjalanan. Sebaik pemandu yang memang hemah. Tukang teman pemandu memang tak boleh tahan mata, asyik tertidur. Sampai di rumah pukul 3 pagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Ahli keluarga cuma seminggu di sini tetapi dapatlah kami (saya dalam erti kata sebenar) melepaskan rindu dendam setelah 2 tahun tidak bersua muka. Rindu dendam dengan masakan mama sendiri tak dapat diekspresskan dengan kata-kata. Nikmat!!! Dapat membawa mereka berjalan-jalan di London selama 2 hari, sekitar North Wales, Manchester dan Chester pada hari-hari berikutnya. Saja melepak-lepak di rumah dengan mereka pun dah cukup membahagiakan.

Minggu lepas juga tarikh bersejarah buat kami berdua kerana pertama kali membuat scan di hospital berdekatan setelah hampir sebulan lebih mengetahui berita gumbira. Memang cara di sini, bila tahu sudah berbadan dua/tiga dengan doktor, harus buat temujanji seterusnya dengan midwife. Pada pertemuan pertama, midwife akan mengambil segala data peribadi, mengambil sampel air kencing, berat badan, tinggi dan juga tekanan darah, seterusnya hanya proses berkenalan. Tiada dibuat langsung scan atau sewaktu dengannya. Oh ya, dia raba-raba perut, tapi tentulah tak rasa sebab terlalu kecil.  Kedua kali temujanji, midwife berkunjung ke rumah. Ingatkan nak periksa keadaan rumah kami :p Tapi hanya proses berkenalan lagi (family history jika ada penyakit apa-apa, panjang list soalannya, satu persatu ditanya). Di rumah kami juga, dia ambil sampel darah untuk ujian-ujian seterusnya (jenis antibodi/antigen, jenis darah, thalassemia, anemia). Bila kandungan sudah mencapai 8-12 minggu barulah scan boleh dilakukan di hospital berdekatan. Itu yang baru dapat apppointment dengan sonographer minggu lepas. Subhanallah, suka tengok bila discan. Rasa nak tengok lagi dan lagi. Pada mulanya berdebar sangat sebab tak tahu bagaimanan keadaaannya, keduanya memang excited, ketiganya memang terkejut sampai tidak terkata bila berita mengempakkan diberitahu oleh sonographer. Kengkawan, doakan yang terbaik buat kami yek? 

Ya Allah, Kau Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik dan keadaan yang selamat buat zuriat-zuriat kami ini, Kau permudahkanlah proses mengandung dan bersalin buat diriku dan sahabat-sahabatku yang mengandung. Amin.

p/s: dah cuba tegakkan gambar, tapi ini juga yang terbit di sini. (kanan: twin 1, kiri: twin 2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...