Wednesday, 14 November 2012

Seorang demi seorang

Budak-budak tidak sihat. Tapi dah sembuh since semalam. Alhamdulillah, syukur padaNya. Asalnya Faheem yang badan panas masa ayahnya pergi solat Jumaat. Telefon lar ayahnya. Suhu 37.3 celcius. Dah risau sebab kalau dia panas pun sekadar 37 jer. 37.5 celcius kan dah borderline. Buat appointment dengan GP. Bila dah badan panas macam tu, cranky semacam lar, tak mahunya diletak, merengek aja. Sampai di GP, dia kata tiada infection kat telinga pun. Tiada tanda rashes or apa2. Faheem senyum dengan doktor, makanya doktor kata dia ni happy, tak nampak sakit. Makan calpol sajalar. Ok lar bagi kami. 

Tapi, malamnya... dia tak mahu minum susu, meraung-raung yang teramat sangat. Adus, risau apa ke benda. Dia jerit kuat sangat, bukak mulut seluas-luasnya, maka encik ayah nampak lar ulcer kat anak tekaknya. Besar, putih tengah. Ya Allah, kesian sangat. Tanya kawan kerja doktor kat Bangor ni, dia kata bagi makan ubat, lepas setengah jam until sejam, cuba bagi minum. 

Taktik berjaya, fuh lega. Tenang lar sikit dia. Minum lar juga. Dah hampir habis kesan ubat dalam 4 jam lepas tu, merengek. Lapar, tapi takley makan. Mana boleh bagi minum ubat kerap sangat. Pujuk2 je lar. Iskh. Sebab dah risau, so pagi esok ke hospital. Bukan apa, kat sini, time weekend, satu hape pun klinik/GP tak bukak. Kena pergi GP out of hours kat hospital. Kena buat appointment beriya di telefon. Tanya beriya memacam di telefon, nak pastikan emergency ke tidak. Sebaik mereka terima kes Faheem as penting juga.

Sampai di hospital, nampak dia sihat lar pulak. Hehe. Sakit ke tidak dia ni. Oh ya, kat hospital, depa register as AZFAR. Itu twin dia. Cakap kat dia yang ini AZRAF. Pening diorang. Kena eja satu-satu, berulang kali sebab diorang konpius. Hehe. Kena masuk dalam system balik. Doc kata ini mesti diorang salah register masa call. Nama lebih kurang tekpung :P Silap diorang jugak lar, tak register nama penuh. Diorang ambil nama azraf, azfar jer then nama ayahnya. Manalar tak fenin kan. Kalau nama Faheem Fayyad tu nampak lar jugak perbezaannya.

Doc check kata suhu badan just borderline. Ok lagi. Kencing berak normal ok lar. Kami bagitahu nampak ulcer. Dia checkkan lar. Dia kata takde pun. Dia tengok lagi, dia kata ADA, ADA, kat dalam sana. Dia heran, tanya,  'how do you manage to see that?'. Haha, dahhhh, budak menjerit nganga besar, itu yang nampak. Akhirnya doc bagi antibiotik. Kami tak makan pun sebab bila balik hospital, Faheem boleh minum biasa, rengek sikit-sikit tapi boleh telan. Alhamdulillah. Cuba dia uncomfortable sahaja lar. 

Bila Faheem dah sihat, tup tap Fayyad ambik turn tak sihat pulak on Monday. Nampak ulcer kecik jer dalam mulut dia, susah nak minum jugak. Tapi badan tak panas sangat. Bagi Calpol jugak, few times. Tapi semalam, alhamdulillah, sihat walafiat.

Fuhhh.. totally a new experience tackling anak-anak yang sakit. Berdebar ada, menguji kesabaran dan kengantukan. Bila Faheem sakit, menangis-nangis, Fayyad senyap jer, perhati jer. Dia hairan lar kot kenapa kembarnya menangis teruk sangat. Bila Fayyad tak sihat, Faheem pulak senyap jer, macam memahami jer. Ke perasaan kami jer camtu! Haks. 
Faheem demam 

p/s: Moga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik

4 comments:

Hanis MY said...

kesiannya huhu boleh bayang yang menangis kuat2 tu kita pun naik risau kan... faheem ni hepi sokmo n senyum manis macam mummy dia.. take care buat fara n family

fara said...

huhu. itu lar kesian. thanks hanis.

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

kak fara, qila tak leh imagine how u can cope up with two babies at the same time. salute la! mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya ya? :)

fara said...

Qila, huhu.. thanks atas doa mu dik.
Memang mencabar lar hari-hari kami. Tapi..cuba think positive, rezekiNya yang paling berharga buat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...