Tuesday, 2 October 2012

Sudah lama

Bila tengok gambar, memang boleh konpius which is which

Aiyo, sudah lama tidak berblog. Tidak ada kemasaan. Alhamdulillah, kami anak beranak sihat semuanya.  Non-stop aktiviti kalau di siang hari kalau keseorang di rumah dengan af twins ni. Sorang having nap, sorang berjaga. Dah berjaya tidurkan, sorang lagi bangun. Play time pulak. Baca buku, nyanyi2. Kalau dua-dua tidur, setengah jam lah kot paling biasa kalau di siang hari. Fayyad sorang je suka tengok tv. Faheem tak pandai lagi. Itupun, tak lama pun Fayyad tengok, paling lama 15minit kot. Dah boring, dia akan jerit 'awrk..awrk..', tanda memanggil orang sekeliling (mama or ayahnya). Bosan lar tu maknanya. Kalau diignorekan, panggilan itu akan berakhir dengan jeritan tangisan. Hek! Dua dua orang ini suka duduk di playgym. Memang boleh lama, mereka leka duk tengok lion, parrot, rhino bergantungan. Sekarang diorang dapat akal baru, tendang2 tiang playgym, makanya all those things bergoyang, berbunyi2..Buat berkali-kali sampai macam takde bosan. Bila dah goyang, jerit2. Ai, tergelak kekadang tengok.

Memalam diorang dah tidur lama. Syukur. Pukul 7.30pm diorang start tidur.. Pukul 1am biasanya Faheem akan bangun untuk susu. Fayyad biasanya pukul 5am, Faheem kekadang terbangun kalau Fayyad nangis kuat-kuat. Kemudian diorang tidur balik sampai lar pukul 8.30pagi paling awal, 9.30pagi paling lewat. Bila diorang dah tidur macam ni, boleh lar kami makan malam (kalau tak, delay dinner sampai 10 or 11pm), buat kerja rumah, belek-belek kerja sekolah jika perlu dan tengok favourite tv shows.

Siang hari, kami bergilir ke school. Kekadang puan mama pergi school, kekadang encik ayah. Cuba sedaya upaya pergi ke school. Kerja lab kena buat lagi, masih tunggu stok sample dan acclimatize sebelum start eksperimen lagi. Harap mampu buat dan cepat dihabiskan. Amin2. Supervisor tanya, boleh ke kalau nak buat kerja di rumah. Jawapan saya, 'hurmmmmmm..' sambil senyum kelat. :P

Diorang ni tak berapa seiras. Tapi kalau time tidur atau dari jauh atau tengok salah seorang mereka sahaja, puan mamanya sentiasa silap dan konfius! Kalau tetiba ayahnya letak mereka tidur di tempat yang bukan biasa, puan mama kena telek dan belek dulu baru boleh panggil nama. Dipakaikan baju tak sama pun terlupa yang mana satu.

 Faheem suka pegang bear

 Playgym

 Tummy time

Sorang jer suka tengok tv

Bila hari minggu, puan mama memang terketik-ketik nak keluar rumah :p Kalau hujan dan berangin, cuba elakkan keluar rumah, kesian mereka nanti, kesejukan! Kalau hari cantik, memang wajib..nak bagi diorang kena matahari (alasan..padahal puan mama nak bershopping!). Kalau keluar, biasanya mereka memang macam-macam ragam. Tapi paksa jugak keluar. Kekadang, alhamdulillah, diorang ok. Tengok hari lar.

p/s: Rindu Mesia sudah!

1 comment:

Hanis MY said...

Ya allah geram sungguh tgk twins ni! Lamanya derang tdo good boys!

P/s: teringinnyank shop teether n other stuffs huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...