Thursday, 11 October 2012

Lemah


Badan lemah, harap otak pula - jangan jadi lemah sebab esok PhD progress meeting dengan supervisory committee members. Aiyayayay, langsung tidak bersedia mana. Awal minggu ini tetiba imunisasi badan  puan mama ditewaskan oleh kehadiran virus selesama dan batuk. Mungkin seluruh badan terlalu penat untuk sebulan dua ini. Mungkin otak terlalu stress memikirkan tujuan hidup di UK ini (= studies). 

Isnin itu hari, tidur malam sebelumnya tak cukup tapi kena pergi ke lab. Makan pagi tak seberapa. Duduk di lab tapi suhu panas semacam, 30deg Celcius! Rasa dahaga, tapi air bekalan tak cukup. Kena stay dalam lab (takmau balik office) sebab supplier nak datang hantar samples. Akhiranya badan kepenatan dan dehydrated. Balik rumah bila dah petang, kepala teramat lah sakit. Malamnya, demam pun menyerang. Wah, cerita demam pun detail semacam (stress lar katakan). Hari-hari makan ubat dan train otak cakap badan sihat cepat, sihat cepat, sihat cepat. Takmahu sakit, takmahu sakit, takmahu sakit. Moga jangan jangkit orang lain,  jangan jangkit orang lain,  jangan jangkit orang lain.

Hujung minggu ini akan ke London, untuk ke Malaysian High Commission, insyaAllah. Anak-anak teruna perlu didaftarkan sebagai rakyat Mesia of course, nak MyKid jugakkk. Nak buatkan mereka passport jugakkk. Mereka perlu didaftarkan within 6months di sini. Mereka pun hampir 4 bulan. Cuaca pun dah makin sejuk dan waktu siang makin cepat habisnya, maka decided untuk pergi dalam masa terdekat ni. Tak tahu lar nak expect apa bawa diorang long journey ni. Bertolak Ahad, bermalam dan menyerang High Comm pada Isnin pagi insyaAllah. Perjalanan ke London ambil masa 5 jam juga kalau sekali dua berhenti sekejap2. Mereka ni akan tidur sepanjang journey kah, cepat bosan kah, banyak minum kah atau sikit je kah sebab tidur banyak kah. Apa-apa pun, moga semuanya dipermudahkan dan diperelokkan urusan olehNya. Harapnya mama mereka pun dalam keadaan sihat walafiat jua.

Raya Haji sudah hampir. Tiada plan apa-apa. Melaluinya seperti hari-hari biasa mungkin.

Hari-hari hujan, daun dah berguguran, heater dah kerap pasang, baju sejuk tak tebal mana lagi. Autumn sudah menjengahkan dirinya! Berangan nak bergambar dengan daun kering, di mana dan bila!
Seorang mengantuk, seorang baru bangun tidur

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...