Tuesday, 30 October 2012

4 bulan

Mereka sudah masuk 4 bulan minggu lepas. Alhamdulillah. 

 Kanak-kanak 4 bulan, halus mulus nak dibandingkan dengan anak omputihs.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk hantar mereka ke nursery. Tapi cuma dua hari dan sesi petang sahaja sebab itu sahaja yang available. Semalam baru hari pertama mereka di nursery. Alhamdulillah ok ok aja. Hari ini pula, tak tahu lagi. Nursery tersebut under School of Psychology, Bangor University. Kena bayar lar jugak, tidaknya free. Kira-kiranya itu lar yang paling murah antara nursery private yang lain. Satu sesi petang, untuk satu bayi, £15.50. Kalau sesi pagi sahaja mahal sedikit, £17. Kalau dua2 sesi, £31. Boleh pilih  bila-bila kita nak. Sesi petang dari pukul 1 hingga 6pm. Memandangkan sekarang sudah autumn, pukul 5 dah gelap, sudah lewat maghrib. Alahaiii.
Nursery Tir Na N Og, 'Land of Young'

Raya kami tak rasa raya. Sehari sebelum raya baru sedar, eh Malaysia dah raya, kita bila? Itupun sebab tengok FB ramai orang wish raya. Paginya encik suami solat raya. Encik suami balik, saya masak nasi dagang, sebagai ambil syarat raya. Hari Ahad bebaru ini, orang Malaysia Bangor buat majlis makan. AF twins bila dengan ramai-ramai orang, terus selera minum susu mereka hilang. Faheem tak minum pun sepanjang majlis raya tersebut.  Risau. Bila dah balik rumah, baru lah dia berselera. Fayyad minum jugak, tapi tak habis sebotol pun. Aduhai. Diorang mengalami kejutan budaya, dipasskan ke sana ke mari, orang bising, dewan bising, selera pun entah ke mana. Tapi alhamdulillah, mereka tidak mengamuk. Masih mampu senyum2 borak2.

Kami beraya camni jer :p

Setelah immunisasi semasa mereka 16 minggu itu hari, itulah yang terakhir sebelum mereka berumur 1 tahun nanti. Faheem demam semacam bila kena cucuk bebaru ini. Cranky semacam malam tu. Alhamdulillah suhu badan dia dah normal bila the next morning. Yang peliknya, bila dia demam, bukan main banyak dia minum. Ber-ounces2. Setiap sejam kot asyik nak susu sepanjang malam tu. Bila dah betul2 kenyang, dia tidur. Tapi tidur tak lena, terkejut-kejut. Kesian betul. Macam kita la kan, bila badan panas, mesti mimpi pelik-pelik dan susah nak lena. Tapi nak tidur sebab badan lemah. Alahaiii.

Ada orang dihisap tangan dek kembarnya

Tadi ke mother and baby support group. Diadakan di church kawasan rumah kami ini. Setiap 2 minggu. Tapi ini baru kali ke-2 kami hadir. Malas la nak pergi tiap 2 minggu. Banyak kerja lain nak buat kan. Kami bukannya suri dan sura rumah macam yang lain. Tapi pergi kali ini sebab katanya ada talk pasal first aid baby. Kami datang lewat setengah jam, makanya ceramah dah nak habis. Takpelar, asal boleh timbang berat babies pun ok lar.

Esok health visitor nak datang melawat setelah sekian lama. Katanya, dia nak ceramah kat kami pasal nak bagi makan pada bebudak ini. Dia kata setengah orang mula bagi bayi makan bermula 4 bulan, tapi dia galakkan bagi ketika umur 6 bulan. Biasanya bayi makan umur 6 bulan la kan?


Sebabkan musim sejuk sudah bermula, kami baru ajar mereka tidur dengan sleeping bag 

Ketika ke London itu hari 

Gaya orang beramah-mesra

p/s: rasa macam tak tahan sejuk pula kali ini! huhu. 

4 comments:

azmina ibrahim said...

zayyan azmina start bg makan 6 bln gak...tak berani bg awal kunun2 takut upset stomach ;-) wallahualam coz baru ada anak, so serba serbi kita jaga n baca.. org len bg selambe jerk, xde pe2 pon..huhuhu..

Hanis MY said...

ish ish comelnyaaa geram tgk derang pakai baju pooh

fara said...

azmina..betul2, semalam healthcare visitor pun sarankan diorang makan at 6months sebab perut dah betul2 ok dan diorang boleh duduk.

hanis..pooh jer paling comel kat kedai, teringin baju mickey mouse, tapi suram kartunnya. hiks

nazia shah said...

really cute and beautiful, they are looking both one, thanks to share
i am going to download it for my mobile phone
http://www.mobile-phone.pk/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...