Monday, 3 September 2012

Kepulangan sudah

Bonda sudah kepulangan ke Mesia. Huhu. Sedih tapi tahan sangat-sangat. Bonda pun tahan sangat-sangat (tahu lar dia tu, buat macho :p). Sempat lah kami bawa dia makan di luar dan berjalan-jalan di Beaumaris pada hari terakhir dia di sini. Makanya, jadilah jalan terakhir beliau buat masa ni di Wales. Ada rezeki, dia datang lagi.

Sebulan lebih sahaja dia temankan kami di sini. Alhamdulillah, rasa sudah mencukupi dan bonda betul-betul mengajar apa yang patut, menjaga apa yang patut. Lega sangat. Kalau dia duduk lelama, kami jadi terlebih manja lar pulak, asyik bergantung pada bonda. Kena lar belajar berdikari pulak. Bonda pun banyak lagi tugas dia di Mesia. Ayahanda dan adinda sekalian masih perlukan dia. Kesian mereka, beraya tanpa bonda kali ni. Tapi pandai pulak si adik bongsu yang siapkan juadah raya semuanya! Wah, dah besar adik bongcu (memang dah besar, tapi masih anggap dia kecil dan manja). 

Adanya bonda di sini, boleh lar kami pergi keluar kedai berdua-duaan. Tapi, sah-sah lar rushing semacam pergi ke kedai, macam kena kejar dengan harimau lagaknya. Sebabnya, kesiankan bonda jaga twins sosorang. Tapi, kini, serba sedikit kami sudah mulai tenang dan yakin dalam menguruskan twins walaupun terpaksa jaga sosorang ada ketikanya. Saya sudah mulai ke school setelah diberi cuti 2 bulan oleh universiti/supervisor.  Kami bercadang untuk bergilir menjaga AF twins. Pagi saya ke school, dan lewat petang pula giliran encik hubby ke school. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya buat kami, sebagai ibu bapa, sebagai pelajar. Kuatkan dan tabahkan hati kami dalam melalui semuanya ini. Terangilah hati kami dalam menuntut ilmu Mu ya Allah. Jauhkan lah kami dari sifat kemalasan dan gelap hati. Amin!

AF twins masih lagi menyusu setiap 2 jam pada waktu siang. Bila malam, kekadang setiap 2 jam jugak. Tapi sejak bonda pulang bebaru ni, kekadang tidur AF twins ni boleh lar menjangkau dalam 4 jam pada waktu malamnya. Mama dan ayahnya pun dah kurang penat melampau. Mungkin body dan biological clock pun dah terbiasa tidur yang on off dan beberapa jam sahaja mata terlelap pun rasa cukup. Masa awal-awal dulu, terasa jugak pressure dan tension dan penat melampau. Memang cam zombie jer rasa hari-hari. Tapi alhamdulillah sekarang, energetic jer. Jiran rumah pun kata, 'you dont look exhausted at all'. Best jer dengar. Tapi biasa ah, omputihs memang suka cakap manis. Mata saya tetap macam panda :p

Jom tatapi gambar sewaktu kami di Beaumaris, kampung sebelah Menai Bridge.

Singgah sini nak makan fish n chips, tapi dah berhenti masak katanya. Adei. Coffee dan scones je lar.


 Singgah lar pulak di kedai tepian pantai 

 Singgah posing depan Beaumaris castle

Akhirnya, ada rezeki bonda untuk santap fish and chips Welsh

p/s: musim autumn sudah menghampiri..kali ketiga mengalaminya insyaAllah

3 comments:

nurul dahlya alias said...

dear tfk,

you are strong, both of you! panda eyes hehe trademark awak kan..funnylah mama ni

u will both finish strong, i can feel it

insya Allah :-)

fara said...

lya!!
strong ka.. hurm.. keke..trying to. yep2, memang doh trademark saya panda eyes tu.. pakai lar sejuta produk pun, tetap menten ada. kui2.

amin2..thanks lya! muwash.

azmina ibrahim said...

fara...
Allah tau keupayaan hambanya :-)Allah tau yang terbaik ukt kita...Go! Go! you can do it!!!
Miss you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...