Wednesday, 8 August 2012

Separating

Mood tidur lena - suka rapat2kan kepala

Mereka berkongsi placenta. Bila keluar perut :D kami kongsikan mereka satu cot, tidur sebelah-sebelah. Bila usia hampir sebulan, akhirnya kami pisahkan mereka dalam cot berasingan. Alasannya mereka sentiasa menganggu di antara satu sama lain. Bila tangan dah terkeluar dari bedung, bila menggeliat, tangan duk mengusik si kembarnya. Bukan tangan saja, tangisan, rengekan pun senang membuatkan si kembar satu lagi terkejut dan join da club. Makanya dua kali ganda tangisan terjadi pada suatu masa. Kalau diasingkan cot, terjadi jugak sekali sekala, tapi kekadang tak terganggu pun masing-masing. Lega lar kami jugak. Kekadang tu, kalau sorang belum tidur, dia akan hisap-hisap pipi atau kepala (suckling reflex) si kembar yang tidur. Alahai, dah tak selesa sorang tu. Bila tak selesa, tak tidur makanya merengek lar pulak. 

Tak syiok pulak tak tengok mereka tidur sebelah sebelah macam ni lagi 

Apa-apa pun mereka makin mudah ditidurkan kini..sedikit nafas lega.. :D

4 comments:

nurul dahlya alias said...

sedih la pulak rasanya kan.. hmmm

Meen Sabri said...

bestnye... pengalaman kembar mmg sgt berbeza... apa2 pun... dlm membesarkan anak2 ni semuanya terbalik... dulu kita merasakan diam itu tenang. bising itu stress... tp bila ada anak, diam itu lebih stress sbb kita duk risau napa la anak x aktif... kita pun rindukan suara anak2... ce try anta die umah babysitter, meraung kita kat opis tanpa kehadiran anak2... tetiap hari rindu nk balik cpt, nak main ngan dorg, nk dgr keletah dan telatah dorg.

bila dh besar dan pandai itu ini lagi la stress klu diam... kerana ianya bermakna they are organizing something and pastinya ia adalah sesuatu yg dilarang... hahaha...

fara said...

lya:
hehe..sedih tapi takpe, depa tak terasa terasing sangat

kak meen:
betul lah kan.. yang diam masa dah besar sikit tu lar sure kelakar2 kan!

nurul dahlya alias said...

kak meen, gitu ka? hehehe noted! nanti kena perati ni bila anak saya besar.. la ni umur 10 bulan kalo senyap mmg tgh projek la tu..! gigit buku ke apa haihh ehhehe comel tapi makan benda terlarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...