Thursday, 30 August 2012

Perkembangan 2 purnama

Alhamdulillah, anakanda2 baru sahaja menjengah dua bulan (chronological age), kiranya bukan umur sebenar (kiranya lar). Kalau ikutkan corrected age/adjusted age, mereka baru sahaja sebulan, iaitu dari due date sepatut-patutnya, kiranya umur sebenar mereka. Mereka kan dilahirkan 4 minggu awal dari EDD. Sebulan awal membesar di luar, daripada membesar di dalam perut. Doktor minta keluarkan, kami akur sahaja. Kami merujuk perkara ni pun hanya melalui internet, doktor tiada inform apa-apa pun.

Makanya, kalau nak kirakan perkembangan, tak boleh nak disamakan dengan perkembangan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Berat mereka pun baru lar bam-bam sikit, 4.5 dan 3.8 kg bebaru ini. Healthcare visitor kata, bila nak masuk 2 bulan barular dia kirakan berat mereka sebagai berat babies cukup term. Jika tidak, dia mencatatkan berat mereka sebagai bayi pre-term. 

Yey, dah habis sesi melawat rumah oleh healthcare visitor. Malas jugak kekadang nak tunggu dia datang dan berborak-borak. Hek! (Orang datang rumah pun mujur kan?). Dia suruh kami pergi support group yang diadakan setiap 2 minggu di church kawasan kami ini untuk bincang apa2 dan kira berat badan mereka. Tengok lar kalau kami rajin! Itu hari pernah pergi sekali sahaja support group meeting tu. Itupun sebab bonda ada sekali, kalau tak, malas lar juga. 

Bebaru ni, sebabkan umur sudah 2 bulan, makanya kenalah mereka dicucuk untuk pertama kalinya. Masing-masing menangis sesaat dua sahaja untuk setiap lepas cucukan. Kena cucuk satu setiap peha. Lepas tu, senyap jer pun. Bila letak dalam stroller, baru jer keluar klinik, dah tertidur lena. Phew, lega mak!! :p Tapi sehari lepas tu, panas semacam juga badan mereka. Suhu tak tinggi mana pun. Meragam lar jugak, especially anakanda  Faheem, dia memang manja lebih sikit. Kalau abangnya-1-minit tu, maintain cool jer. Sebaiklar cuma seharian semalaman sahaja mereka macam tu. 



Froggie !


 Di hari raya 


 
 Tigger Malaya di Wales :D


 Healthcare visitor ukur panjang anakanda


Support group meeting

Tamat cerita untuk hari ini, sehingga di lain kali.

p/s: sudah lewat malam!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...