Tuesday, 7 August 2012

Bertemu lagi

Yey, sudah habis hari berpantang yang tak berapa berpantang :D Tak sedar sangat pun 40 hari dah berlalu. Cepat sangat masa berlalu. Tup tap dah masuk bulan Ogos! Ogos yer semua..adeh. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi 2 bulan cuti yang supervisor saya bagi. Beberapa minggu saja lagi tibanya hari raya. Makanya beberapa minggu sahaja lagi lah ibu saya akan pulang ke kampung halaman. Huhu. Tinggal lar kami 4 beranak. Harapnya masa tu saya dan encik suami sudah yakin untuk menguruskan kembar kami ini siang dan malam, tambahan hari-hari ke sekolah/lab dan urusan harian yang lain. Berdebor!! 

Mari kita lihat gambar aktiviti harian kami anak beranak. 

Bergilir menyusu - breastfeed/bottle feeding with breastmilk or formula

Tiger on a tree technique kalau mereka tidak sedap perut

Mandi manda, wangi-wangian dan berpesyen2

 Tummy time exercise

 Sesi paksa bergambo

 Playing time 
Welsh dragon pemberian supervisor 

Tuan rumah datang melawat

Geram sebab mereka 'wriggling' semacam untuk bergambo

Alkesah tuan rumah. Tuan rumah datang sosorang itu hari tanpa isterinya untuk pemeriksaan fire alarm system flat kami ni. Dia temankan orang council buat pemeriksaan tersebut. Makanya, dia pun datang melepak rumah kami. Dia terkejut sebab ada babies. Dia tanya babies siapa, sebab dia tak tahu apa-apa. Bila bagitahu babies kami, menjerit lar dia.. whatttttttttt.. why you didnt tell me.. are you kidding.. they are gorgeous..oh, such a blessing .. whattt.. oh my god. Punya terkejut. Masa mereka suami isteri melawat kami beberapa bulan lepas, saya tengah mengandung 5 bulan kot, tapi mereka tak perasan :p Makanya terkejut sangat2 lar si landlord ini. Tup tap, malam tu dapat email dari si isterinya yang dia terkejut sangat2 dan teringin sangat2 melawat. Dan dan hari minggu tu jugak mereka datang dan peluk cium kembar kami ni. Baik betul granny Joan dan grandad David ni. Terharu dengan orang baik-baik macam ni.

p/s: mereka dah muat baju2!! :D

2 comments:

Nurul Dahlya said...

yes we noticed they fit them clothes! subhanallah.. bagus pembesarannya hehehe

jangan fokus kat sedih2 auntie dah nak balik, channel your thoughts to the time when auntie is near. lya dulu dok dapat merasa berpantang nge mak sendiri, so u have a better pantang experience than me!

saya suka awok kata mandi manda, wangi wangian dan berpesyen pesyen. tergelak saya. comel, macam penulisnya :)

peluk cium budak budak.. panjang umur insya Allah kita jumpa di teghanu amin

love,

auntie lya ehehhe ( practice nih)

fara said...

insyaAllah lya..berjumpa balik lar kita one sweet day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...