Wednesday, 6 June 2012

Tak menjadi

Kununnya nak celebrate wedding anniversary dengan pergi melancong ke midlands UK. Kebetulan pula, anniversary bersambung dengan cuti weekend panjang disebabkan oleh cuti am tahun ini - the Diamond Jubillee Queen Elizabeth. Perayaan sempena 60 tahun sudah Queen Elizabeth II memerintah, sejak umurnya 26tahun! Hari Rabu barulah pejabat dibuka semula (isnin - bank holiday, selasa - diamond jubilee).

Google images

Tetiba, doctor kata kami kena hadir memacam appointment sepanjang bank holiday bebaru ini. Kami pun terpaksa lah dengan rela hatinya melepaskan berholiday di York selama 2 hari 1 malam. Kununnya nak berjalan-jalan di bandar yang menampakkan ke-English-an. Kununnya nak tidur di hotel (mengidam!) Akhirnya tempahan hotel diberi pada kawan kami. Sebaik lah mereka tiada apa-apa lagi plan sewaktu jubilee weekend bebaru ini. Sebaik lah memang mereka suka berjalan-jalan. Makanya, tak lah tempahan hotel kami hangus begitu sahaja. Tak apalah, tiada rezeki kami untuk berjalan-jalan buat masa ini.

Oleh kerana kawan kami bersimpati dengan kami yang hanya terperap di rumah, makanya mereka memberi kami sedikit cenderamata, boleh lah merawat hati kami yang tidak dapat berholiday. Hehek. (bukannya sedih sangat pun :P)

 Ceklat dan fridge magnets. 
Cantik bungkusan ceklat!

p/s: tetiba ibu meminta kami mencari sedikit cenderamata sempena Diamond Jubilee Weekend. Sebaik ada jual di Tesco, terlalu simple bagi kami, tapi cukup menarik buat si ibu :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...