Monday, 11 June 2012

Lauk-pauk segera

Itu hari ter-over rajin. Masak memacam lauk dalam one go. Habiskan apa yang ada dalam fridge. Plannya untuk simpan frozen. Kalau nanti terberanak awal, encik hubby ada lar bekalan makanan untuk makan. Taknak dia susah-susah nak masak sendiri. Beriya dia cakap dia boleh masak sendiri. Tapi takut kesempatan masa itu tiada. Apa salahnya bersiap apa yang patut. 

Saya cuma sediakan serba sedikit. Itu hari cuma masak sambal tumis udang petai, sotong kicap, ayam masak lemak kuning dengan sayur su'un goreng. Masak sikit-sikit jer semuanya. Rendang ayam dan sambal tumis bilis frozen yang mak mertua tinggalkan itu hari pun ada lagi, memang simpan frozen pun, makan sikit-sikit. Kemudiannya, mak pun ada kirimkan perencah lauk-pauk segera (tambah ayam, daging, ikan sahaja!!) :D Zaman sekarang, banyak bahan masakan untuk orang yang malas/berpantang. Saya sediakan juga cili kering blend sekali dah dengan bawang, senang nak masak nasi goreng, bihun dan mee goreng atau ayam/ikan masak sambal. Itupun frozen supaya tahan lama. Bila nak makan/masak, defrost sahaja dalam microwave. Nanti kalau ada masa lagi, nak goreng bilis dan bawang, simpan dalam bekas kedap udara, buat makanan harian berpantang (cadangan kawan yang berpantang sendiri di Canada).

 Frozen + segera

Walaupun mak akan datang temankan kami nanti insyaAllah, tapi kami sesaja, berjaga-jaga jika terberanak awal. Huhu. Itu yang bersiap-sedia bab makanan. Moga-moga dipermudahkan lah segalanya.Tapi lauk-pauk yang frozen tu pun boleh ler bertahan seminggu lebih jer kot. Nak masak banyak-banyak sangat pun, tak muat freezer lar pulak. 

Semalam midwife ada buat home visit. Dia cuma ingin bercerita pasal breastfeeding and birth plan (caesarean, normal delivery) and few other things. Dia ada pesan suruh beli stok makanan banyak-banyak. Katanya, bila dah ada baby/babies, tak sempat buat segalanya. Lepas tu, dia pesan, kalau ada kawan nak datang melawat, suruh kawan bawakkan makanan sekali. Erkkk, lawak pulak rasa. Takkan kita nak suruh kawan kita bawak makanan, bukan cara kita orang Melayu macam tu. Hehe! Orang Melayu kita, kalau datang melawat, kita yang menjamu mereka serba sedikit. Tapi midwife hanya memberi cadangan untuk memudahkan keadaan kami. Dia pesan lagi, nanti kalau ada kawan melawat, jangan bagi diorang duduk lelama. Hihiks! Kami anggukkan saja.

Aiks, lapar! Sekian laporan blog kali ini.

p/s: semua ni atas cadangan mak/kengkawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...