Thursday, 7 June 2012

Aktiviti bila matahari munculkan diri!

Bandar terdekat di Anglesey, Beumaris mengadakan festival sempena summer dan jubilee weekend bebaru ini. Takde apa yang menarik pun cumalah ada ferris wheel dan craft fair. Boleh lah untuk mencuci mata, exercise dan menikmati matahari. Teringin naik Giant Wheel itu, tapi takut lar pulak. Takut membahayakan diri. Eye on Malaysia tak pernah juga naik walaupun dekat sahaja dengan kampung encik suami. Last-last dah pindah pun ianya ke Melaka. London Eye pun dah berkunjung banyak kali, tapi terlalu ramai yang beratur, malas pula nak naik. Bila dah ada dekat, orang tak ramai, tup tap ada perasaan gerun pula. Kua2!! Nampak sangat memacam alasan :P


 Cuaca sangat cantik!

 Love its deco + name!

 Baru pekena lunch fish and chips yang sedap!

Dah tiada apa nak diround-round!

Oleh kerana tidak tertahan melihatkan cuaca cantik pada suatu hari di minggu lepas, kami membuat ad-hock plan untuk ke pantai. Waktu siang yang panjang membuatkan kami pun tidak segan silu untuk membuat plan sebegitu. Sejurus selepas appointment hospital, dah siap sms kengkawan, men-tapaukan McD, terus saja kami ke Trearddur Bay, lebih kurang setengah jam dari rumah kami. Orang pun tak ramai sangat sebab bukan hari minggu lagi. Melepak lar kami sambil kuis-kuis pasir pantai dan menjemur diri. Macam biasa, mesti ada anjing nak kacau, iskhhh!! 

 Setiap tahun setiap summer, tempat yang wajib berkunjung

 Pantai sunyi sepi

 Lenguh badan, kaki bila kena duduk macam tu

Piknik ad-hoc kami ditaja oleh McD (set fillet o fish)

p/s: summer ini sentiasa menggoda diri kami untuk keluar rumah, iskh!!

Encik suami tak boleh duduk diam, asyik mengisi pasu kosong dengan pokok bunga baru di taman flat kami yang tak seberapa (taman tanpa tanah)

2 comments:

Hanis MY said...

Bestnya piknik... Mmg lovely weather! Sweetnya fara n twins, gojes babies bumps.....

fara said...

hik..thanks lar hanis. malu ai u selalu puji2!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...