Thursday, 31 May 2012

Senarai temujanji di 32-33 minggu

29/5/12 : Scan + doctor consultation + CTG (cardio-toco-graph)
30/5/12 : Scan at Liver*pool Hospital
1/6/12   : Scan + CTG + Doppler
3/6/12   : CTG + Doppler
5/6/12   : Scan + CTG + Doppler
8/6/12   : CTG + Doppler
10/6/12 : CTG + Doppler
12/6/12 : Scan + CTG + Doppler + doctor consultation
13/6/12 : Scan at Liver*pool Hospital

Nak pengsan tak tengok senarai appointment saya? Kesemuanya ini dalam 2 minggu ini di antenatal care unit, labour ward, outpatient clinic dan ultrasound department. Saya dan encik suami lagilah pening bila saat doktor bagitahu yang saya perlukan kesemua pemeriksaan ini dalam satu ayat. 'bla bla bla bla bla..in two weeks..bla bla bla.. ok?'. Angguk ok saja! :D

Sebaik nurse memahami kepeningan kami, dan dia catatkan satu persatu, dan sebutkan senarai temujanji semua tu berulang kali untuk bagi kami faham. Dia pun beriya tolong buatkan appointment tersebut sebabnya kena setkan temujanji di bahagian yang berlainan. Serius effisien betul tindakan mereka! Kami yang kecut perut, rasa nak kena diberanakkan time tu jugak sebab tengok betapa serius dan pantasnya mereka :p

Semua ini adalah kerana salah seorang daripada baby ni sedikit kecil (beza a few milimeters pada ukuran abdomennya) semasa routine check up beberapa hari yang lalu (32 minggu), makanya doktor pun risau sangat, makanya dia pun suruh kita diperiksa heart beat babies dan blood flow dalam placenta selang sehari lebih kurangnya. Huhu.
Aduhai, semoga semuanya baik-baik sahaja buat bayi-bayi kami ini. Semoga semuanya dipermudahkan Allah swt. 

p/s: hari-hari pujuk mereka ini makan sama-sama banyak, besar sama-sama dan jangan berebut-rebut makanan :D 

Contoh doppler ultrasound

Rupa CTG check up

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...