Tuesday, 29 May 2012

Olympic Torch Relay Menai Bridge 2012

Seawal 7 pagi kami beratur sebab semangat nak tengok orang berlari bawa obor Olympic. Tengok orang berlari jer la kan? :D Tapi bila lagi nak tengok kan. So buat-buat lar semangat. Sekarang siang sudah awal. Bila pukul 7pagi, cerahnya macam sudah pukul 11pagi. Minggu ini pulak memang dah rasa summer sangat, subhanallah, best. Suhu dalam rumah pun boleh cecah 20degC!! Nikmat. Tetapi bila keluar rumah, fuh, panas melekit-lekit (sejuk komplen, panas pun komplen ek!!). 

Mereka yang membawa obor tu menaiki bot dari Beumaris ke jeti Menai Bridge, belakang school saya. Asalnya nak menunggu di jeti, macam menarik kalau dapat tengok orang bawak obor dari boat turun ke darat. Tapinya, dah ramai sangat orang tunggu di jeti waktu pukul 7 tu. Makanya, kami menunggu di simpang sajalar. Hampir setengah jam berdiri menunggu. Sebaik ada tembok boleh bersandar, so tak lar ibu mengandung ni penat berdiri. 

Orang yang bawa obor berlari beberapa saat saja melalui kami. Kemudiannya, omputih memasing berlari naik bukit, jalan pintas ke jalan utama pula untuk lihat mereka berlari sebelah sana pula. Saya pun tergedik2 ikut. Dah terkejut dah tengok anak tangga naik bukit, tapi semangat punya pasal! Dapat lar tengok si tukang bawa obor lagi di sebelah sana. 

Jom tengok gambar!!

 Orang Menai Bridge, Anglesey

Si tukang bawa api (di tangan mereka, in case api obor terpadam) berjalan lenggang kangkung sebelum si tukang bawa obor

 Si tukang bawa obor 

 Baru turun dari naik bukit, alhamdulillah, tak penat 

 Si tukang bawa obor di jalan lain pula

 Kenderaan pengiring, smart habis!!

 
Van yang ada sign, 'smile, you are on camera'

p/s: omputih tanya, are you on holiday? hanya kerana muka asing kami! :D

2 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaa fara dan twins are so lucky... tq share story mory kat sini...

fara said...

hehe..thanks hanis sebab sudi baca dan komen!! hanis lar pembaca setia gitu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...