Friday, 4 May 2012

Merentas desa ke Aberystwyth

Testing, testing berblogging dari handphone. Diharap tidak mengecewakan.

Report, reporting dari salah sebuah negeri di bawah Wales, UK, yakni Aberystwyth (jenuh nak mengejanya). Sebutannya 'aberi swith'. Pendeknya Aber je lar senang. Hari Isnin nanti adalah bank holiday. Itu yang kami membuat keputusan nak berholiday seketika. Last minute decision. Hotel semua penuh pada sabtu, ahad. Itu yang bercuti bermula Jumaat. Tapi tak lama, esok sudah mahu balik. Saja teringin menghirup udara bandar lain pula. 2jam setengah saja dari tempat kami. Tapi kena lalu jalan kampung, simpang siur, tepi gunung, tepi gaung - sedikit penat buat si driver :D
Boleh tahan duduk dalam kereta buat si front passenger ini sorang. Sakit belakang menyucuk-yucuk. Cuba alihkan badan sana sini jer lah. Tapi tengok pemandangan hutan, rasa lar kurang sikit sakitnya. Sampai2 bandar Aber, terus check in hotel sebab waktu check in dari pukul 2petang sehingga 7mlm sahaja. Biasanya hotel lain sampai tengah malam. Takut tak sempat pula kalau makan dan berjalan-jalan dulu. 

Kecil jer bandar Aber. Kami cuma jejalan di Seafrontnya, castlenya, separuh High Streetnya. Kurang sikit orangnya di tempat tourist attractions tersebut sebab mungkin masih lagi hari bekerja. So, lega lar kami untuk cari tempat parking dan jejalan, lengang. Sejam lebih jejalan, dah buntu idea nak ke mana. Jumpa kedai kebab halal, tapau dinner, terus pulang ke hotel padahal jam baru pukul 6petang.
Akhirnya lepak saja di hotel malamnya (yakni ketika ini), sambil tonton britain got talent dan american idol results. 

P/s: definisi bercuti adalah duduk di hotel

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...