Thursday, 10 May 2012

Makan

Makan di Aberystwsth (abery-susah-nak-eja). Aber maksudnya muara.

Hari pertama, berangan nak fish and chips di kedai local, ala2 kedai kampung, ikan fresh. Tapi, susah betul nak mencari kedai fish and chips yang menarik. Tak banyak pilihan sepertimana bandar-bandar Wales yang lain. Atau kami memang tak pandai mencari. Akhirnya jumpa lar satu kedai. Tapi semenarik fish and chips di Llandudno. Kecewa. Makan juga kerana lapar dan perlukan tenaga. Kedai sunyi sepi, layanan hambar, makanan lambat siap. Huhu. Namun, syukur juga sebab ada rezeki untuk makan.


 Malamnya, alhamdulillah, cari di internet, jumpa halal restaurant di High Street Aberystwyth, Sams Fried Chicken and Istanbul Kebab House. Tiada tanda halal, sangsi jugak. Tanya tokei, dia confirmkan halal. Lega. Dapatkan burger satu sorang. Cukup lar mengisi perut untuk makan malam. 


Esok paginya, mengisi tenaga untuk perjalanan balik dengan english breakfast set di hotel. Alhamdulillah, kenyang terbuncit-buncit. 


Perjalanan pulang selama 2 jam setengah tapi tidak berapa lapar kerana mungkin heavy breakfast. Maka, hanya berhenti rehat di World's best vanilla ice cream (claimed diri sendiri mungkin) di Criccieth Beach, Wales, UK. Makan ice cream ceklat dengan ketul-ketul ceklat (rasa macam ice cream ben and jerry) dan ice cream strawberry dengan smarties. 

 
Strawberry ice cream with smarties

Selamat sampai home sweet home. Terus mengadap nasi. Sebaik ada lauk pauk yang sudah siap dimasak dalam fridge, tambah telur dadar, nikmatttttt. Orang melayu, lidah nak jugak nasi yek!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...