Friday, 18 May 2012

Labour ward tour

Jumpa midwife minggu lepas, dia baru teringat untuk bagitahu yang Gwynedd Hospital ada anjurkan lawatan melihat-lihat wad bersalin. Kami pun rasa, menariknya! Tak perlu register nama, just walk in. Dibuat Ahad, pukul 3. Selepas beronggeng-ronggeng dengan rakan-rakan di High Street tengahari itu, kami pergi ke hospital seawal jam 2.30pm. Sunyi sepi jer di luar wad bersalin. Entah-entah kami jer berminat nak jejalan pusing-pusing wad bersalin. Orang mengandung lain tak berminat kot? Rupanya orang lain datang ngam2 pukul 3pm. Ramai juga, dalam 15 orang mengandung bersama partner memasing.

Midwife pun bagi briefing serba sedikit. Ada dua bahagian wad bersalin, sebelah kiri satu, sebelah kanan satu. Untuk masuk setiap bahagian, kena melalui security terlebih dahulu. Sebelah kiri seolah-olah macam untuk orang yang sakit sikit-sikit. Kemudiannya dah hampir sangat bersalin, barulah dipindahkan ke bahagian satu lagi. Bahagian yang delivery tu ada bilik low risk, bilik high risk dan juga bilik pembedahan. Setiap orang bersalin dapat satu bilik. Bila dah bersalin, baby dibiarkan bersama si ibu. Bayi tidak akan ditagkan lengannya sebab sistem tu dah rosak, erk! Boleh pulak camtu yek! :P
Maksimum tetamu boleh temankan si ibu mengandung hanyalah dua orang. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan langsung untuk masuk. Dahtu, kakak abang baby tak boleh tengok si adik barunya kah? Kami kot yang salah faham explanation si midwife? 

Untuk twins pregnancy akan diberi bilik high risk delivery, bilik yang lebih besar, ada dua baby cots. Dekat dengan operation theatre jika ada apa-apa masalah. Huhu. Harap dipermudahkan semuanya. Amin. Dah round tengok bilik, ditunjukkan bilik yang ada pool, birthing pool room. Menariks! Itu je lar ditunjukkan pun. Ada juga bahagian special care unit untuk bayi premature. Hanya baby yang dilahirkan selepas 32 minggu diterima di hospital ini. Kalau terlebih lagi awal, akan dihantar ke Liverpool Hospital.

 
 Menunggu
 
Birthing pool (google images)
Lebih kurang macam ni lah bilik yang ditunjukkan di labour ward tempoh hari. Ada juga satu sinki dalam bilik bersalin biasa, bilik air pula berasingan.
(google images)

Gambar dan info dari internet (lebih kurang dengan apa yang kami lawat itu hari)
  1. Hospedia - bedside entertainment and communication system. Provides TV, radio, telephone and internet to patients.
  2. Gas - gas and air is available for pain relief in all of the labour rooms, your midwife will show you how to use it.
  3. Bed - the bed height can be lowered and raised, which is useful to lean over for support when having contractions. Our beds can also be put into a 'chair' position if that is more comfortable. 
  4. Baby Resuscitaire - at most births this is not used, but if required by the midwives or paediatricians (baby doctor), this equipment provides support at all levels for the baby once born.
  5. Cot - can be used for your baby when not having skin to skin contact or feeding.
Midwife kata boleh bawa CD untuk menenangkan diri. Disediakan CD player. Tapi nak tengok tv, kena beli kad prepaid terlebih dahulu.

Sekian tour bersama fara di Gwynedd Hospital! 

p/s: tak dapat mengambil gambar, harap maklum.

2 comments:

Hanis MY said...

best ada pendedahan mcm ni tp rasa nebes tak bila fikir waktu bersalin nanti? sama2 kita doa moga dipermudahkan insyaAllah....

fara said...

Nebes gak lar kalau pikirkan keadaan bersalin nanti. Huhu. Yep, moga2 kita semua dipermudahkan segalanya urusan bersalin, jaga anak2.. semoga depa sihat walafiat! amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...