Wednesday, 16 May 2012

Kisah si dia pancing

Kisah si dia pancing. Pancing siapa? Pancing mackerel di musim bunga. Biasanya musim pancing mackerel yang terbaik antara Jun hingga Ogos. Sepanjang musim panas. Tapi, kaki2 pancing Bangor tidak sabar-sabar, diorang menyerbu tempat pancing seawal bulan April itu hari. Memang agak kecewa lar kan buat si pemancing-tak-sabar semuanya. Sebabnya memang balik dengan tangan kosong memasing. Paling banyak awalnya salah seorang dari mereka hanya mendapat seekor. Si dia saya pun dapat seekor pertama kalinya tahun 2012 ini. Syukur juga, rezeki. Hari minggu berikutnya, si dia dapat 4 ekor sekali tarik! Cayalar. Rezeki nak bagi OMEGA 3 buat si ibu mengandung! Best rasa ikan fresh2 ni. Sapu garam sikit, masuk oven, makan dengan nasi panas dan air asam. Cayalar!! Menjilat pinggan.

Hari seterusnya, time nak ada mood nak makan ikan, buat pulak lauk lemak kuning ikan. Itu hari masa mak mertua datang, baru lar tahu lemak kuning ikan kena letak lengkuas. Hik! Kali ni letak, memang lain semacam rasanya, sedap lain macam! Hek. Ada bezanya rasa lauk bila letak atau tak letak lengkuas. Baru tahu!

Setiap kali menyiang ikan mackerel yang ditangkap bebaru ini, mesti jumpa telur ikan. Besar! Sedap bila goreng garing-garing. Bila search di internet, rupa-rupanya spring time ni memang musimnya bertelur. Iskh, cik abang-abang ni menangkap pulak, tak bertelur lar ikan mackerel di Irish Sea :p Tapi mungkin kawasan yang diorang pancing tu bukan tempat ikan mackerel bertelur, itu pasal lar mereka tak dapat tangkap sangat. Nanti musim summer, baru lar ikan mackerel ke feeding ground mereka iaitu tempat cik abang-abang ini memancing.

 
 Hasil tangkapan pertama 2012 

Dapat 4 sekaligus tapi dua ekor dah tertanggal dari tali pancing

 Ikan banyak telur

 Lemak kuning ikan mackerel bersama lengkuas :D

Info:
Fish especially rich in omega 3 fatty acids include tinned or fresh mackerel, salmon, trout, herring, pilchards, anchovies and sardines, and some experts recommend eating two fish meals per week. Omega-3s have been found to be essential for both neurological and early visual development of the baby. Omega-3s are also used after birth to make breast milk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...