Monday, 2 April 2012

Tekanan darah tinggi waktu mengandung

Ada appointment dengan midwife Rabu lepas. Dah lama tak jumpa dia sebab cancel appointment yang patutnya 2 minggu sebelum itu, oleh kerana bertindan dengan appointment dengan Liverpool hospital. Tapi kalau jumpa midwife, dia cuma akan dengar heartbeat babies, ambil blood pressure, check urine dan borak-borak kosong kalau ada soalan. So, taklah terkilan sangat kalau tak pergi jumpa dia.

Jumpa kali ini, tetiba midwife naik risau sebab tengok tekanan darah tinggi daripada normal. Dua kali dia ambil blood pressure. tetap tinggi. Dia takut kalau ada tanda-tanda pre-eclampsia. Dia check urine dah awal-awal, tapi katanya tiada protein menandakan tanda awal pre-eclampsia. Dia tanya selalu tak sakit bawah ribs (atas perut) sebelah kanan. Saya selalu jer sakit bila duduk tak betul dan penat sangat. Tapi, sakit yang sekejap-kejap, tak berterusan. Dia tanya, selalu tak ada blurry vission. Saya kata takde la pulak cuma selalu rasa nak pitam bila jalan nak masuk office school pepagi. Dia ambik darah untuk check kandungan iron. Dia check heartbeat babies, alhamdulillah, dalam rate normal.

Akhirnya, dia set upkan satu lagi appointment pada hari Jumaat pula, nak monitor blood pressure dan babies. Dia suruh jumpa di pejabatnya saja, tak perlu di klinik GP. Saya akur. Bila dah tiba pagi Jumaat, midwife lain pula yang check. Dia tengok blood pressure, dia kata sudah kembali normal. Fuhhhh, hati lega. Iron dalam darah pun alhamdulillah normal. Lega saya. Beriya-riya hari sebelum tu saya kurangkan garam dalam makanan, hik. Dia check perut, dia terkejut tengok perut, dia kata macam ada football dalam perut. Aiyoy..saja je dia buat-buat terkejut gitu. Dia kata, kepala baby ke bawah dua-dua orang, tapi possibility mereka akan bergerak lagi. Memula, dia tanya saya, kepala baby kat bawah ke? Erk, tak tahu la plak macam mana nak rasa kepala ke bawah or not. 

Dan midwife mahu jumpa saya lagi minggu ini, hari Rabu kerana masih risaukan saya. 

Waktu tekanan darah tinggi itu hari:
1. saya sakit tekak, tanda-tanda awal demam, tapi suhu badan normal jer kata midwife
2. saya makan kuah lemak kambing malam sebelum tu, tapi tak perlu bagitahu midwife kot.
3. saya fikir banyak pasal experiments sebab tak pergi school sebab badan tak sihat.

Jadinya, mungkinkah itu sebab2 high blood pressure saya. jadinya, saya mahu sihat, rileks2 dan kurangkan daging kambing jika itu lah penyebabnya :p

24 weeks

3 comments:

Nurul Dahlya said...

right you do look like you have a ball under your top!

all is well, all is good..rest the mind and eat healthy food! chewahh berpantun gtuuu

fara said...

hek.. bola pun bola lar. alright lya, insyaAllah, will do always! tq

Hanis MY said...

ya ampunnn kenapa comeii banget ni? alhamdulillah dah normal... ye kut sebab makan daging kambing. sori busy entertain kakak yg dtg sini... dh surut sikit bengkak jari tapi masa kat tokyo tu jari bengkak melampau2 rasa nak nangis huhu agaknya pemakanan dan tak cukup rehat kut... take care fara n babies!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...