Wednesday, 4 April 2012

Mengidam makan sebab mimpi

Alkesahnya, malam semalam saya bermimpi saya menghirup kuah laksa penang yang teramatlah sedap. Seriuslah bila bangun pagi terus terasa teringin nak makan laksa penang. Bertekad nak juga buat ianya yang tak pernah-pernah belajar pun nak buat selama hidup ni.
Lepas tengahari, baru keluar rumah dan dapat lah jumpa laksa kering di kedai cina orang Mesia dan ikan sardin in brine (air garam) dalam tin. Cari-cari resepi, cuba jugak buat dengan harapan biarlah ia menjadi supaya saya tak mengidam lagi teruk. 


Bahan-bahannya:

Sardin (in brine) dalam tin (hancurkan dan guna juga airnya)
Bawang merah dan putih (dikisar)
Cili kering (dikisar)
Asam keping 
Daun kesum
Belacan (saya cuma gunakan serbuk belacan pati Maggi)
Garam, air
Laksa kering - rendam dalam air sejuk sejam, kemudian masak dalam air mendidih 10-12minit, toskan dan basuh dengan air sejuk

Cara-caranya:
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar (bawang, belacan, ikan, cili kering kisar) ke dalam air.
2. Letak asam keping, daun kesum, masak sehingga mendidih. Asam keping letak banyak baru sedap, masam-masam pedas.
3. Jangan letak terlalu banyak air, nanti terlalu cair. 
4. Letak garam secukup rasa.
5. Jeng, jeng, sudah siap kuahnya.

Bahan hiasan yang menyedapkan lagi:
 1. Telur rebus
2. Iceberg lettuce
3. Timun
4. Lada merah
5. Nenas dipotong segitiga
6. Cili padi jika ingin lagi pedas menyengat

Alhamdulillah, mimpi semalam menjadi kenyataan. Alhamdulillah, ada rezeki dapat menghirup kuah laksa sedap (ampun, terpaksa puji diri sendiri).


p/s: teringin kambing bakar pula :p

1 comment:

Hanis MY said...

uwaaa terrornya fara buat laksa... daun kesum ada jual eh kat sana... best2... hanis tgk pun terliur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...