Wednesday, 11 April 2012

Antara cuti terpanjang dan amaran tsunami di Malaysia

Antara public holiday yang terpanjang di UK adalah Easter holiday. Satu lagi adalah Christmas day. Panjang tu sebab beberapa hari termasuk hari minggu. Easter holiday bebaru ini bermula dari Khamis sehingga semalam, Selasa. Jumaat tu merupakan Good Friday, Ahad Easter Sunday dan Monday pula Bank Holiday. 

Bunny  dan telur bercoklat (juga anak ayam) begitu sinonim dengan perayaan Easter
sumber: google

Pertama kali melihat iklan M&S tahun ini, tetiba wujudnya 'pig' untuk perayaan easter, hihik!
*memacam*
sumber: google

Cuti kami? Tidak ke mana-mana. Harap maklum. Tiada mood untuk ke mana-mana. Lagipun, berehat sajalah di rumah sebelum buat eksperimen untuk minggu ini dan juga menanti kehadiran ibu bapa mertua pada minggu hadapan. Saya rasa sejak dua tahun ini, memang kami tidak ke mana-mana berjalan-jalan yang best. Entah lar kenapa. Mungkin organisma saya di lab yang amatlah sayang untuk saya tinggalkan :p (mahal woo setiap ekor tu!!)

Plannya, bila tahun terakhir pengajian ini, barulah kami nak berjalan-jalan merewang-rewang UK/Europe, tapi rezeki membonyot datang, syukur. Maka, fokus pada bonyot dahulu lah, kemudian difikirkan jalan-jalan atau balik Mesia terus :D Tengoklah keadaan dan rezeki.

Tetiba off topik:

Pagi tadi waktu UK, FB 'meriah' dengan status gegaran gempa bumi Acheh yang terasa di banyak tempat di Malaysia. Teringat ibu yang baru sahaja ke Langkawi untuk mesyuarat persatuannya. Hati sudah berdebor! Tiba-tiba dapat sms yang mengatakan ibu dan rakan-rakannya di hotel diberi amaran berjaga-jaga dengan tsunami yang akan melanda pada waktu malamnya. Lagi lah saya di sini berdebor. Tapi jawab tenang sahaja di dalam sms tak tunjukkan ke'debor'an kita (takut ibu makin lagi panik). Rakan-rakannya yang menginap di hotel yang lagi berdekatan dengan pantai diarahkan berpindah ke masjid (tak sure di mana). 

Bila baca blog yang memacam, dikatakan tsunami akan melanda Georgetown pada pukul 9.11pm, Port Dickson 2.10am dan Singapura 7.51am keesokan harinya.  Semoga kita semua terselamat daripada bencana alam, sentiasa dilindungi Allah swt dan diampuni dosa-dosa olehNya. Amin. 

sumber: http://ptwc.weather.gov

Hari ini saya di sekolah, duk asyik refresh utusan online dan juga berita harian online. Tidak ketinggalan membaca status terkini FB kengkawan di Malaysia. Tapi, alhamdulillah, akhirnya amaran tsunami ditarik balik oleh Malaysia lebih kurang pukul 10 malam waktu Malaysia. Hati sedikit tenang.

Kronologi tsunami hari ini, 11 April 2012 (waktu Malaysia)

3.38 pm: Gegaran berskala richter 8.9 magnitud di wilayah barat Bandar Acheh.

Amaran tsunami dikeluarkan di lima wilayah Acheh: Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung.

4.28 pm: Gempa susulan dengan magnitud berukuran 6.5 skala richter.

Tiga gegaran susulan (yang paling tinggi berukuran 8.2 magnitud pada skala richter) di utara Sumatera.

6.45 pm: Gempa kuat berukuran 8.8 skala richter di Simuelue, Acheh.

7 pm: Tsunami kecil di pantai Meulaboh dan Sabang di Acheh berukuran 80 centimeter. 

7.52 pm: Gempa susulan berukuran 6.4 skala richter di Acheh.

8.30 pm: Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi.

8.45pm: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami mulai jam 7.45 malam waktu Indonesia.

10 pm: Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami di Malaysia.

Amaran Tsunami telah dikeluarkan di 28 buah negara termasuklah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmmar, Thailand, the Maldives, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Banglades, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

sumber maklumat: utusan online, berita harian online, http://ptwc.weather.gov, bbc news. 

Semoga diri kita semua sentiasa berada di dalam jalan kebenaran dan tidak alpa mengingati, beribadah kepada Yang Maha Esa, amin. 

Doa elak musibah dan bencana: 

2 comments:

Hanis MY said...

haaa easter mr piggy? mmg pelik hehe...

hanis tgh exp time tu, balik rumah baru tahu berita dah basi.agak besar magnitud tu mujur tsunami tak besar dan tak sampai mesia... semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya selalu...

Nurul Dahlya said...

oh that doa is one of many zikrullah yg ada dalam pc lya ehhe never knew it is actually this doa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...