Sunday, 4 March 2012

Surprise party

Kengkawan di sini baru pindah rumah. Dijemputnya warga Mesia yang perempuan sahaja ke rumah mereka untuk housewarming party. Siap ada warna tema baju, sama ada pink or blue. Beriya-riya lar saya cari baju apa yang ada untuk warna pink or blue, disebabkan tiada pink dan bosan dengan kaler blue, maka akhirnya saya pakai baju ada dua-dua kaler. 

 Jemputan mereka

Tup tap, bila sampai rumah diorang tu, tetiba surprisekan saya dengan baby shower party. Uyo. Unsangkarable betul. Padanlar untuk ladies sahaja. Yang anak-anak dara melayu di Bang*or inilah yang buatkan. Rajin! Terkezut ada baby shower sebab awal lagi ni, baru jer masuk 2nd trimester (tak sure pun bila baby shower buat, bukan ke bila dah dekat2 due date..) Diorang kata, takut nanti diri memasing sibuk untuk hari exam di bulan hampir due date saya nanti. Apa-apa pun terharu sangat sebab ada surprise cengginih.

Mereka beriya-riya menghias rumah comel mereka untuk baby shower party ni!! Rumah sewa diorang biru-comel sahaja, tapi meriah! Makanan pun yummylicious walaupun simple sebab kiranya hi-tea. Dapatlar hadiah 'sebeban' dari diorang semua. Memacam ada dalam paket hadiah itu. Alahai, seronok sangat. Perasaan excited diri ini dari siang hari sampai malamnya. Si twins dalam peyut ni tendang sana sini tanda excited juga. Hek!! Moga Allah murahkan rezeki kawan-kawanku ini, dipermudahkan segala urusan mereka. Amin. 

 Simple yet cute!

 Tuan-tuan rumah-yang-nampak biru-ini

Kami-kami sahaja, cuma tiada Kak M sebab dah balik dan R yang merupakan camerawoman
 Siapa tak teruja bila first time dapat hadiah cengginih..syukur2

Si perempuan ini terlebih dos gumbira

Mereka yang baik-hati itu memberi kami stokin2 kaler-kalir (warna-warni), pacifiers (sampai 4 biji!), 4 biji juga botol susu!, changing mats dan juga booties. Comel sangatttt semuanya.

p/s: diorang cakap baby shower dibuat bila dah nampak peyut :P

4 comments:

Hanis MY said...

best surprised ever! comel sgt semua hadiah tu... mestila 4 kan utk twins hehe... dah nmpk baby bumps comeynya mommy to be ni makin ari makin berseri...

fara said...

itular, barang baby sentiasa comeil2 kan. ehcey..tq for the compliments..heks, dia apa kurang, berseri2 sentiasa ;)

Nurul Dahlya said...

memang teruja dapat gifts!! happy for you that you get to feel it too!!

p/s: bila nampak perut baru buleh buat bay shower e? oooo ok noted!

fara said...

itular yang bebudak tu kata, sebab tanya kenapa buat awal,sebab dah nampak perut. hihik. tapi kalau baca, buat bila dah akhir2 3rd trimester.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...