Tuesday, 20 March 2012

Spring is officially here

Alhamdulillah, merasa spring lagi untuk tahun ini. Cuaca sejak akhir-akhir ini memang menyamankan. Matahari terik!! Memang seronok menadah vitamin D. Semalam pulang dari school berjalan kaki sambil mengunyah pear, sambil terkengkang-kengkang macam penguin, sambil merasa kenikmatan matahari spring. Nikmat beb setelah semusim winter yang memang gloomy jer cuaca. 

 Tinggal batang sahaja lar nampak gayanya sepanjang musim ini

Yang di luar rumah juga bahagia

Bunga tulips kami dah mekar. Tulips di bathroom kami siap sudah keguguran. Aish, express betul proses mekarnya. Spring baru dirasmikan masuknya hari ini. Terlalu panas lar kot dengan wap panas mandi dan heater. Tulip dapur kami memang saying viva forever dah, pucuk tak menjadi, bebawangnya kecut seribu. Camellia yang ditanam tuan rumah mekar dengan bahagianya. Perasaan kami 'berbunga-bunga' melihat spring keliling rumah kali ini. Tapi itular je la bunga nak dibanggakan pun, rumah tiada tanah :p

Camellia berbunga setelah bertahun

Pokok Camellia dari pandangan bilik

Camellia ini ditanam isteri tuan rumah sebelum kami masuk rumah, setelah dia tahu nama penuh saya ada nama bunga. Dia cukup seronok dan teringin sangat tunjuk bagaimana rupa bunga ini. Dia suruh pergi ke taman bunga, cari bunga ini. Hehe. Kelakar, semangat. Bila tiba kami dapat kunci rumah, maka dengan excitednya dia bagitahu yang dia sudah tanamkan pokok bunga tersebut. Kami tunggu hampir dua tahun, spring kali ini lah baru pokoknya berbunga. Tak sabar nak email beliau dengan gambar sekali. Spring tahun lepas, beriya-riya dia email perihal khabar pokok bunga tu, kecewa dia bila tahu tak berbunga. Dia kata, mungkin matahari tak cukup panas. Kali ini, sure dia sangat-sangat gumbira :p

p/s: lepak kat rumah bosan sampai lebam, sebab nak ke sekolah waktu petang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...