Thursday, 15 March 2012

Rombongan Cik Kiah Bangor menonton All England

Wah, hari minggu lepas yang teramat lah memenatkan. Tak pernah rasa sesakit, sepenat itu. Suami, saya dan kekawan Melayu Bangor yang saki-baki ini, berjalan-jalan makan angin tengok badminton live di Birmingham. Birmingham tu jauhnya lebih kurang 2 jam setengah daripada tempat kami. Tapi sebabkan nama pun travelling dan jalan-jalan, mana lar ada sangat rehatnya. Masa awal-awal pergi, fuh..badan saya tough (kunun), langsung tak rasa sakit belakang atau sakit apa-apa sepanjang perjalanan pergi. Excited mode lar katakan. 

Pergi ke sana berkonvoi dua kereta, tapi pulangnya berkonvoi 3 kereta. Keluarga penghulu Malaysian Bangor bertolak lewat petang Jumaat berbanding kami - ada dua couple laki bini dan warga bujang dara teruna bertolak pada pagi Jumaat. Target bertolak Jumaat sebab memilih untuk menyaksikan Quarter Final game All England Badminton Championship 2012 pada pukul 2 petang. 

Dah lar duduk dalam kereta 2 jam lebih, sampai-sampai Birmingham berhenti solat di Central Mosque. Lepas tu, dapat makan KFC halal untuk alas perut. Sampai di stadium, duduk jer kat kerusi, dah terlompat-lompat, terkinja-kinja sokong pasukan Malaysia bermain. Kami sempat tengok 2 single game dan bergu campuran pasukan Malaysia. Mak aiii, seronok tak terkata. Tak ingat dah perut yang boyot ini. Naik turun tangga stadium. Orang bangun bersorak, kita pun bangun jugak. Babies dalam perut pun excited bersorak-sorak agaknya, non-stop menendang. Alhamdulillah, everything went well for that day. Kami bermalam di Travelodge Fort Dunlop. Bila tibanya malam, terasa lar jugak penat kaki dan tulang belakang. Tapi disebabkan perut kenyang (dapat makan halal chinese food) dan badan sangatlah keletihan, tidur tak hengat.

 
Awal ketibaan rombongan Cik Kiah ke National Indoor Arena, Birmingham

 
Salah seorang cik kiah di awal game, sebelum tergedik-gedik

 
Game bergu campuran pasukan Harimau Malaya

 
Dinner selepas Chong Wei menang quater final single @ Oodles n'Oodles

 
Teringin peluk panda yang belakang kami :p

 
Chinese fried rice - harga yang amat reasonable, £4.50 untuk sepinggan nasi kiri, £6.50 untuk pinggan nasi kanan

Esoknya, bermula lagi agenda lompat-lompat dan kinja-kinja menyokong semi final: Chong Wei dan bergu campuran (tak ingat nama siapa). Yang seronoknya duduk di seat teratas sekali dalam stadium, sekali dengan Malaysian supporters-berbaju-belang-harimau-malaya (Family di Malaysia tak dapat nampak kami dalam tv sebab duduk paling belakang sekali, keciwa!).  Diberi sponsor belon penepuk tangan free pulak tu oleh Yonex dan Citroen sebab nampak gedik sangat kot. Bawak bekal Subway halal lagi. 3-4 jam kut kami bersorak-sorak dalam stadium. Aduyai..sekali sekala melepas tension gamaknya :P
 
 Di carpark hotel: sebelum bertolak 

Warga Melayu Bangor: Inilah rakan-rakan se'kampung' kami

 Gadis sahaja bergaya: waktu berehat sementara tunggu next game

Di luar stadium: Itu belon tangan yang dapat free daripada Citroen

Akhirnya petang tu, sejurus sahaja habis game bergu campuran Malaysian, kami pun pulang tanpa sempat melihat game terakhir semi final All England 2012, Lin Dan main. As expected Lin Dan menang kan petang tu, berlawan dengan Chong Wei pada final  keesokannya. Bila perjalanan pulang, saya sudah tidak selesa. Sana sini kesakitan dan kepenatan. Sabar banyak-banyak sahaja. Akibatnya lar kan..  nak salahkan siapa. :p 

Sebaik juga kami tak beli tiket final All England. Iyerla, pada finalnya, Chong Wei hanya main separuh game sahaja sebab sakit bahu tersalah tidur. Aduyaiii, kecewa jer. Tapi, dia yang sakit, lagi kesian. Mesti tak tertanggung dah lar tu sampai rela berhentikan game dan sanggup angkat bendera putih sahaja dengan Lin Dan. Kami nantikan Chong Wei di Olimpik pula!

 
Perjalanan pulang:
As usual, rombongan melayu kami singgah di Al-Jazeera, Manchester untuk santapan bersama

 
Baju-belang-harimau-malaya: Saguhati untuk diri sendiri encik suami 
(£10 beli daripada supporters malaysia di dalam stadium, semangat mereka berjualan!)

p/s: Berehat sepuasnya sepulangan dari jalan-jalan tersebut - bangun, tidur, makan, bangun, tidur, makan jer kerja sampai encik suami pun kehairanan :D

3 comments:

Hanis MY said...

sonoknya tgk live! nanti olimpik sure lg best kan... ambil gambar byk2 tau... oh gojesnya mommy fara ni suka tgk!

fara said...

olimpik kami mampu di kaca televisyen jer kot. hehe.
alaa alaa.. dia lagi lar gojes.. :D i loikeee!!

earthhana2 said...

Woww bestnye!!

akak boleh emel sy ke whiteybunny2@gmail.com sbb sy tak ber blog lg... sbb sy mgkn melancong lesana.so byk yg sy nk tanya :) harap akak sudi mwmbantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...