Friday, 23 March 2012

Resepi udang masak lemak sayur kacang

Helemek, panjangnya nama resepi. Saya rasa itu namanya.

Bahan-bahan: 
Bawang besar mayang
Bawang putih mayang
Udang besar besar, manis manis beberapa ekor
Kunyit
Garam
Sayur kacang buncis
Santan pekat
Lada untuk hiasan jika mahu

Cara-caranya:
1. Udang digaul dengan kunyit dan garam, lalu digoreng garing.
2. Setelah agak garing, masukkan bawang-bawang untuk ditumis bersekali dengan udang tersebut.
3. Setelah bawang wangi dan udang tidaklah hangit mana, masukkan santan pekat dan juga sayur kacang.
4. Agak hampir mendidih, masukkan garam dan gula jika mahu. Udang dah keluarkan air manisnya sepatutnya.
5. Taburkan lada yang dipotong panjang jika mahu untuk nampak keserlahan warna masakan :D

Saya suka masakan ini!! Tapi jarang dimasak di UK ini, kenapa entahnya, bebaru ini sahaja teringat dan teringin.

Resepi udang masak lemak sayur kacang

p/s: resepi yang diajar oleh ibu, yang diajar oleh ibunya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...