Wednesday, 21 March 2012

Pecal for him

Sedar tak sedar, tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menginjak ke bulan April. Adeh!! Debor!!

Baru-baru ini shopping di supermarket cina di Manchester. Heaven sangat kami bila shopping sini, sebab dapat jumpa sayur kangkung, taugey, kueytiaw basah, tauhu, telur masin, air soya yeos (paling heaven!) dan kek pandan (fulamak!).

Punya lar tamak menguasai diri, kami beli DUA paket kangkung. Orang jakun gitular. Kangkung setakat ini dah masak kangkung masak belacan, nasi goreng kampung dan jugak pecal. Pecal ni tak tahu lar asal masakannya dari mana. Jawakah? Ini memang kegemaran encik suami. Bila bulan puasa, mesti dia mintak buatkan pecal (kat UK ni lar buatkan). Jika di Mesia, bila balik Gombak, kena jugak cari di pasar malam memana yang ada pecal sebab memang wajib dia nak makan. Dapat sekali throughout Ramadhan pun sudah menjadi. Kalau kat sini, bila buat kekadang tu, sayur pecal kami gantikan kangkung dengan bayam sahaja. Kesian kan :P
 
Makanya bebaru ni, ada kangkung, saya pun buatkan pecal untuk dia. Guna kuah kacang yang segera sahaja sebab puan isteri kemalasan :P 
 
Tapi sure tak sure apa yang perlu untuk pecal sebenarnya. Kami letak kangkung, tauhu, taugey, sengkuang dan kacang panjang. Kuah kacang pun tak sure sama ada yang biasa-biasa jer tu atau ada sambal kacang khas untuk pecal. Hantam keromo saja, tapi alhamdulillah..ada rezeki encik suami merasa pecal di negara orang. Saya kurang gemar, maka satu mangkuk besar hanya untuk dia satu orang sahaja :D

Pecal dia

p/s: nak berwordless wednesday kunun.. tapi berwording jugak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...