Wednesday, 28 March 2012

Mengidam macaroons


Alhamdulillah dapat merasa macaroons. Mengidam pun sebab kawan kat sini tetiba update statusnya yang dia tengah 'ngap' macaroons. Iskh, terus macam meleleh air liur. Dia kata dia beli di supermarket Lidl, belakang rumah dia jer. Saya terus suruh si cik abang dari schoolnya belikan. Biasa lar lelaki kalau mencari apa-apa, sure susah nak jumpa kan. Dia round supermarket dua kali, baru la nampak kotak macaroons ini dalam freezer. Fuhhhh, lega hati kita! 

Barisan pertama macaroons dalam gambar tu, dihabiskan oleh cik abang. Haha, boleh? Ala, puan isteri bukan nak banyak sangat, dapat merasa seketul masa tu, dah lega sangat2. Ada rezeki nak memakannya pun syukur sangat. 

Sekarang bila tengok gambar ni tak terasa apa-apa pun. Terasa manis melekat di tekak ada lah. Dah puas makan itu hari. 

p/s: demam hampir melanda sebab terjangkit cik abang .. puh2, larilah kau virus dari rumah ini!!

1 comment:

Jiwaku... said...

dpt juga mkn.. sy nk cari macaroons kat kwsn umah pon pyh.. dh lama terliur.. nak jugak.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...