Friday, 16 March 2012

Ketemu pakar untuk kesekian kalinya

Akhirnya dapat temujanji di Liverpool W*omen's Hospital pada pukul 10am kerana nurse di situ kesian kami mengadu menunggu berejam-rejam itu hari dengan perjalanan jauh pulak tu. Memang sunyi jer suasana tempat menunggu pada pukul 10. Tapi kami lar kena bertolak pukul 7.30am dari Bangor. Sebaik siang dah cepat sekarang ni. Pukul 6.30 dah habis waktu Subuh. Kalau awal-awal itu hari, pukul 8 baru habis Subuhnya.

Berbanding tunggu sejam itu hari, kali ini kami hanya perlu menunggu 5 minit sahaja untuk ketemu pakar. Heaven! Appointment pertama awal-awal itu hari berjumpa dengan Prof Neilson dan appointment terakhir ini juga bertemu dengan beliau. Alhamdulillah, Prof meng-confirmkan bahawasanya kali ini adalah appointment terakhir kami dengan Liver*pool Hospital. Beliau kata, beliau tidak nampak sebarang tanda-tanda twin to twin transfusion syndrome dan bayi-bayi pun sedang membesar secara normal. Lega mendengar beliau cakap macam tu, macam orang bagitahu results periksa kita dapat CEMERLANG :p Moga bayi-bayi dalam kandungan ini terus sihat walafiat dan kandungan ini dilindungi olehNya sentiasa. Amin. Beliau pun 'kembali'kan kami ke Bangor Hospital untuk meneruskan check up yang biasa, melainkan jika timbul masalah in the future (nauzubillah), kami akan dirujuk balik kepada Prof ini. 

Kami lega lar sebab tak perlu lah appointment banyak-banyak. Cukup lah jumpa doktor dan midwife sahaja di sini. Nak berulang alik ke Liverpool, lama-lama terasa juga 'mengah'nya (bila dah rasa sakit belakang dan kaki). Tapi alhamdulillah, dapat juga dirawat secara free (berjumpa pakar lagi) di sini. Syukur juga jika memikirkan hal itu.

Unit yang sunyi sepi di pagi hari

Keputusan beliau

Kelegaan kami pada itu hari diraikan dengan bershopping makanan dan barangan babies di Manchester :D (alasan nak rai kunun, padahal memang nak shopping!)

p/s: nak tenaga banyak-banyak untuk kerja lab!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...