Thursday, 15 March 2012

Instinct

*entry minggu lepas tapi ter'perap' di draft blog, harap maklum*

Saya kat school. Kelaparan. Babies dah tendang atas bawah, kanan kiri tanda kelaparan. Dah puas makan coklat. Pear yang bawa semalam dah lebam rupanya.  Saya teringin fast food. Beriya-riya suruh suami belikan. Tup tap, baru jer bagitahu apa keinginan saya, rupa-rupanya dia sudah belikan! Bersedia untuk ambil saya dari sekolah dan bawa pulang Star Kebab Cheese Burger sebagai makanan petang. Alamak..heavennya. Memang kuat ar telepati saya kat dia. Baru jer saya rasa teringin, dia dah belikan siap-siap.
Teringin burger McD tapi tiada McD halal di UK. Hanya mampu makan fillet o fish, fries, onion rings and vegetable wraps sahaja di McD UK. 
 
p/s: teringin air gas bersekali dengan burger itu, tapi tahan diri. *banyaknya teringin!*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...