Friday, 17 February 2012

Supper malam itu

Pantang tengok orang post gambar makanan di Facebook, mesti kekadang terasa teringin. Kekadang tak teringin pun, maka melihat gambar tersebut sekali lalu sahaja. Kalau mampu masak, buat juga lar. Tahan jer keinginan kalau tak pandai buat. Nak dikatakan cerita, itu hari tertengok cucur bilis. Terbayang-bayang kerangupan bilis dan bawang dalam tepung panas crunchy cucur/jejemput. MasyaAllah nikmatnya. 

Makanya, terhasil lah jemput bilis sebagai supper. Pastu tetiba, tekak teringin air gas la pulak. Encik suami bagi suggestion, air gas itu diletak dengan aiskrim vanila macam air A&W. MasyaAllah, enaknya yek! 

Terhasil la juga air gas sewaktu supper tersebut. Tapi ramai kawan kata 'jangan monyet, air gas itu tidak elok untuk kandungan' :D Tapi teringin. Tolong lah, boleh lah. Maka, berjanji pada diri sendiri, minum sikit sahaja untuk kali ini sahaja. Erk, boleh kah? Tidak teringin lagi kah? Pada saat ini pun sudah teringin lagi, tapi tahan sahajalah.

Kalau ikutkan internet, air berkarbonat boleh diminum tapi dalam kuantiti yang tertentu. Maka, tidak boleh berlebihan kerana ianya mengandungi kafein, boleh mengurangkan kadar serapan kalsium dan kandungan gulanya yang tinggi.
 
Cucur bilis kurung-kering-macam-chefnya
Air pepsi berfloat dalam mug-kecil-sebab-takut-minum-banyak

2 comments:

Hanis MY said...

lawak la siap adajangan monyet tu…takpelah org tua ckp buat ubat or ambil syarat aiyooo tak ngantuk lg… ni.fara huhu…

fara said...

yep2, ambik syarat supaya takde lar terliur sangat. lepas tu insaf, taknak minum dah. hiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...