Tuesday, 10 January 2012

Kejadian di minggu lalu

Mereka di Malaysian H*all London

Baru hantar mak ayah adik ke Gatwick Airport kelmarin. Tak nangis, tapi sedih. Tak sebak, tapi sayu. Kami terus pulang dari airport ke tempat tinggal, 7 jam perjalanan. Sebaik pemandu yang memang hemah. Tukang teman pemandu memang tak boleh tahan mata, asyik tertidur. Sampai di rumah pukul 3 pagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Ahli keluarga cuma seminggu di sini tetapi dapatlah kami (saya dalam erti kata sebenar) melepaskan rindu dendam setelah 2 tahun tidak bersua muka. Rindu dendam dengan masakan mama sendiri tak dapat diekspresskan dengan kata-kata. Nikmat!!! Dapat membawa mereka berjalan-jalan di London selama 2 hari, sekitar North Wales, Manchester dan Chester pada hari-hari berikutnya. Saja melepak-lepak di rumah dengan mereka pun dah cukup membahagiakan.

Minggu lepas juga tarikh bersejarah buat kami berdua kerana pertama kali membuat scan di hospital berdekatan setelah hampir sebulan lebih mengetahui berita gumbira. Memang cara di sini, bila tahu sudah berbadan dua/tiga dengan doktor, harus buat temujanji seterusnya dengan midwife. Pada pertemuan pertama, midwife akan mengambil segala data peribadi, mengambil sampel air kencing, berat badan, tinggi dan juga tekanan darah, seterusnya hanya proses berkenalan. Tiada dibuat langsung scan atau sewaktu dengannya. Oh ya, dia raba-raba perut, tapi tentulah tak rasa sebab terlalu kecil.  Kedua kali temujanji, midwife berkunjung ke rumah. Ingatkan nak periksa keadaan rumah kami :p Tapi hanya proses berkenalan lagi (family history jika ada penyakit apa-apa, panjang list soalannya, satu persatu ditanya). Di rumah kami juga, dia ambil sampel darah untuk ujian-ujian seterusnya (jenis antibodi/antigen, jenis darah, thalassemia, anemia). Bila kandungan sudah mencapai 8-12 minggu barulah scan boleh dilakukan di hospital berdekatan. Itu yang baru dapat apppointment dengan sonographer minggu lepas. Subhanallah, suka tengok bila discan. Rasa nak tengok lagi dan lagi. Pada mulanya berdebar sangat sebab tak tahu bagaimanan keadaaannya, keduanya memang excited, ketiganya memang terkejut sampai tidak terkata bila berita mengempakkan diberitahu oleh sonographer. Kengkawan, doakan yang terbaik buat kami yek? 

Ya Allah, Kau Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik dan keadaan yang selamat buat zuriat-zuriat kami ini, Kau permudahkanlah proses mengandung dan bersalin buat diriku dan sahabat-sahabatku yang mengandung. Amin.

p/s: dah cuba tegakkan gambar, tapi ini juga yang terbit di sini. (kanan: twin 1, kiri: twin 2)

2 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

omg! tahniah kak fara :) wah, tahun 2012 ni memang ramai yang berbadan dua :) really happy for you. :))

fara said...

alhamdulillah..thanks qila. moga2 qila pun akan berbadan dua/tiga soon, insyaAllah, Allah itu Maha Mendengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...