Friday, 13 January 2012

Kecemasan di rumah kami

Pada suatu malam yang hening, tiba-tiba loceng pintu kami dibunyikan dan pintu kami diketuk bersungguh-sungguh. Saya yang sedang baring berehat-rehat sebelum makan malam, sang suami pula yang seronok bermain alat permainan di televisyen, terasa panik dan tentunya terkejut. Bila pintu dibuka, kelihatan jiran atas kami, lelaki berusia 41 tahun yang masih bujang trang-tang-tang, muka kemerahan, tercungap-cungap dan meminta air serta menyuruh sang suami menjawab telefon tangannya. 

sumber: google images

Di talian telefon rupanya pihak hospital, memberi tips untuk meredakan keadaannya. Disuruh kami untuk mneyuruhnya duduk, tenangkan diri dan memberinya minuman. Tapi keadaannya masih juga tidak lega. Pihak hospital telah menghantar ambulans pada saat itu. Kami juga meminta bantuan jiran flat ter-atas untuk sedikit aspirin. Yang lagi cemas, tiada antara kami yang mempunyai aspirin. Aspirin amatlah diperlukan saat itu. Akhirnya kami merayu jiran sebelah untuk sebutir aspirin. Dapatlah dia telan. Tak pasti aspirin untuk apa. Tak lama kemudian, pihak paramedik datang dan membantu pesakit di ruang tamu kami.

Jiran kami itu mungkin panik kerana serangan sakit dadanya dan sukar bernafas itu terjadi waktu dia sedang berehat, menonton televisyen. Dia turun bawah (dari tingkat 2), cuba menyedut udara segar di luar flat kami tapi dia masih lagi tercungap-cungap. Saat itulah dia bertekad meminta pertolongan jirannya yang terdekat. Tindakannya memang betul. 

Paramedik mengatakan bahawa dia masih belum lagi sampai tahap serangan sakit jantung, tapi denyutan jantungnya kelihatan tidak normal pada ketika itu. Oleh itu, dia masih juga perlu dibawa ke hospital walaupun dia sudah tenang. Paramedik kata, kalau jiran kami itu berumur 93 tahun dengan keadaan denyutan jantung begitu, dia tak risau. Tapi oleh kerana jiran masih lagi muda dan fit orangnya, maka dia perlu dirawat segera.
 sumber: google images

Kami yang tiada pengetahuan apa-apa mengenai kecemasan sebegitu, memang betul-betul cemas. Mujur paramedik cepat datang. Fuh! Penuh ruang tamu kecil kami dengan beg paramedik, tong gas oksigen, kerusi roda dan memacam orang (kawan si pesakit, jiran lain, pihak ambulans).

Jiran atas masih lagi belum pulang, tak pasti di mana berada sekarang, di rumah kawan atau masih di hospital. Diharapkan keadaannya makin baik.


 sumber: google images


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...