Thursday, 12 January 2012

Baru tahu


Semalam 'dating' dengan pakar untuk mengetahui jenis kembar. Setelah mendengar pendapat beliau, doa kami moga-moga kandungan ini sentiasa selamat dan zuriat2 ini dilahirkan penuh sifat dan cukup bulan ke dunia ini pada cukup waktunya. Amin. 

Pakar mengesahkan kandungan kembar adalah jenis 'Monochorionic-Diamniotic'. Bermaksud kedua- dua bayi ini berkongsi placenta (uri) yang sama tetapi berada di dalam kantung yang berbeza (mempunyai air ketuban yang berlainan). Pembahagi antara kantung itu agak nipis tapi pakar yakin yang mereka berada di dalam kantung yang berlainan. Letak jer scan, kedua-dua mereka bergerak lincah, berpusing ligat di dalam rahim. Pakar kata, ruangan masih lagi besar untuk mereka, maka itu yang mereka berpusing ligat (dari senyap-senyap terus bergerak ke sana ke sini). Jika saiz mereka sudah besar, pergerakan mereka akan terhad. Pakar juga menunjukkan tali pusat mereka yang bersambung dengan placenta yang sama. 
 
Bila mengandung kembar, baru lah kami tahu dan maklum yang sesiapa yang mempunyai keturunan kembar baru boleh mendapatkan kembar yang TIDAK seiras (atau penggunaan ubat kesuburan). Ilmu pengetahuan selama ini ingatkan kembar tidak seiras itu yang terjadi disebabkan oleh ubat subur dan kembar seiras itu hanya terjadi apabila mempunyai keturunan ibu bapa yang ada anak-anak kembar. Terbalik ilmu rupanya. Apa-apa pun, sesuatu kejadian itu kekuasaan Allah swt. Dia yang lebih Maha Mengetahui. 

Maka ibu bapa yang tidak mempunyai keturunan kembar boleh dapat kembar seiras, jika terjadinya pembahagian telur setelah beberapa hari disenyawakan *mari belajar biologi manusia :D bersama puan Fara*. 

Kes kembar kami ini, iaitu monochorionic-diamniotic (MoDi) ini terjadi apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, kemudiannya semasa proses perjalanan untuk melekat di rahim, telur yang sudah bersenyawa dengan sperma ini, iaitu dikenali sebagai zigot, membahagi menjadi dua embrio antara 4-8 hari. Jenis kembar ini (MoDi) akan menghasilkan kembar yang seiras (identical). Kata internet, kembar seiras akan mempunyai sama jantina, jenis darah, warna rambut dan lain-lain segi kecuali cap jari tangan dan juga 'teeth marks' (?).

Sumber: wikipedia

Orang kata mengandung kembar ini banyak komplikasinya, maka saya pun terasa gabra.. moga semuanya dalam keadaan yang selamat buat kandungan dan bayi2 ini, si bakal ibu dan si bakal ayah juga. Amin2. 

p/s: ilmu cuma diperolehi daripada bacaan internet dan pendapat pakar. Sila rujuk dengan orang yang lebih bertauliah untuk maklumat yang lebih sahih :D

1 comment:

Nurul Dahlya said...

apa pun yg penting skrg ialah enjoy every moment being pregnant ...with twins lagi tu..yg mengandung single pun brgkali komplikasinya ada jua cuma tak sefamous carry double. hehhe
subhallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...