Tuesday, 20 December 2011

Musim sejuk kembali

Musim sejuk kembali. Kembali ke musim sejuk. 

Sudah berkurun tidak mencoret apa-apa di sini. MALAS sebenarnya. Musim pun sudah dua kali bertukar agaknya, dari musim panas sampai ke musim sejuk. Raya pun dah dua kali sambut, raya aidilfitri dan seterusnya raya aidiladha. Hek!

Cuaca tidak menentu. Musim sejuk = musim tengkujuh. Hujan hari-hari. Lebat. Mendung. Namun, alhamdulillah, kehidupan kami baik-baik saja. 

Minggu lepas suhu di Bangor/Menai Bridge adalah antara 3-5 deg C. Hampir snow, tapi cair di pertengahan jalan sebelum mencecah tanah. Sampai sekerat atap sahaja snow turun. Maka hanya kelihatan debu-debu putih di atas atap rumah orang lain. Di suatu pagi cuma. Kemudiannya, awan snow dibawa lari oleh hujan lebat dan angin artik. 

Minggu ini suhu mungkin akan naik dari serendah 3 ke 11 deg C, suhu yang seolah-olah di musim luruh. Kuasa Allah. Lain benor musim sejuk tahun ini. Kalau macam tahun lepas, memang snow lebat paling dasyat sepanjang 30 tahun UK/Wales. Boleh imbas kenangan kami bersnow lebat ala-ala utara UK di sini, kenangan winter 2010.

Moga ada lagi kerajinan untuk berblog! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...