Monday, 22 August 2011

Akhirnya F.A.R.A celoteh


Mak aiii..lama tak berblogging. Sebab M.A.L.A.S. Sebab segan nak buka blogspot.com di dalam PhD suite ini. PhD students yang lain keluar masuk, lalu lalang belakang, segan orang tengok saya buka blogspot instead of words ka or excel ka or pdf ka, apa saja yang berilmiah. Kekok rasa bila berpindah bilik.. dari duduk berdua saja di dalam bilik tertutup, kini duduk di dalam PhD students area yang luas dan terbuka dan ramai orang (semua PhD students yang berada di Biological Ocean Sciences).

Meja di hujung bilik. Mampu mengambil gambar meja sendiri sahaja sebab S.E.G.A.N

Kalau sunyi.. sunyi sangat biarpun semua ada dalam bilik, perut bunyi pun orang boleh dengar, orang di hujung bilik kunyah epal pun boleh dengar. Kalau mereka berborak, memang bingit tapi sudah biasa. Kalau diri tengah tension, orang buka tutup laci pun rasa bingit. Akhirnya encik suami belikan noise-cancelling-headphones, bila pakai tanpa dengar music, terasa telinga bengang macam duduk atas kapal terbang. Berdengung semacam. Aman juga terasa kekadang.

Amazon.co.uk

Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Rasa masa teramat pantas berlalu. Serius. Baru puasa beberapa hari dah 'cuti'. Dah lama bercuti, tup tap dah 10 malam terakhir. Adus. Hari-hari buka puasa buat pelbagai kuih sebab dorongan nafsu yang tinggi. Tapi banyak kuih semua rupa tidak C.O.M.E.L. Gambar pun tidak banyak diambil sepertimana last year sebab kurang S.E.M.A.N.G.A.T. Kuih akok kedut tapi tak kedut dan tebal mana, kuih tok aji serban tak banyak kedut atasnya, kuih koci tiada daun pisang, kuih lepat pisang pula tak pandai lipat daun pisang, kuih bakar tak sehijau mana - poocat, kuih keria bentuk tidak sempurna. Apa-apa pun S.Y.U.K.U.R. dapat juga makan kuih muih idaman.

Beginilah rupa kuih koci saya tanpa salutan tepung itu (B.O.L.E.H?)
google.com

Sekian laporan.. Jom mencari-cari malam Lailatul Qadr.

4 comments:

Hanis MY said...

weee nka cikit kuih koci... ok la fara suasana baru mood baru gitu

Hanis MY said...

eh typo haha *nak

blog-tips-kurus said...

bila dijangka siap ni? All the best! :)

fara said...

Hanis: kuih koci versi fara ni sama jer dengan kuih mochi kat sana..hihi

blog-tips-kurus: dijangka siap apa yek? thanks anyway.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...