Friday, 18 March 2011

House inspection


Awal minggu kami azrulfara terima surat dari pihak city council mengatakan, mereka ingin melakukan 'inspection' pada Selasa bebaru ini. Mereka ingin periksa rumah di sekitar Pulau Anglesey adakah sesuai untuk disewa oleh tuan rumah - dari segi keselamatan dan keluasan. Berdebar lar jugak takut dapat pegawai council yang cerewet. Manalah tahu, tak pernah di'inspect' sebelum ini. Terfikir2 mungkin mereka ingin double check sama ada kita ini betul2 students atau tidak (bukan students kena bayar council tax), sama ada kita ini betul2 tinggal berdua atau lebih. Tapi tiada apa yang perlu kami risaukan. Tuan rumah patut risau jika mereka tidak menyediakan alarm system yang betul, perlu adanya emergency exit dan pemasangan heater/boiler yang selamat. Kebetulan, pada awal minggu, ada engineer dari gas system datang rumah periksa heater/boiler dan memberi kami sijil keselamatan (untuk ditunjukkan pada pihak council).

Seorang pegawai muda city council datang pada waktu tengahari. Saya persilakan dia duduk tapi tak mahu katanya. Tick borangnya sana sini dalam keadaan berdiri sebab katanya dia basah kena hujan, maka dia tak mahu duduk. Dia periksa keluasan bilik. Stor pun dia suruh bukakkan (tak tahu apa signifikannya). Bilik air dia intai tanya di mana exhaust fan, tapi kami kata kami hanya buka tingkap bilik air untuk pengudaraan. Dia masuk dapur, tanya ke mana arah backyard, adakah ada laluan keluar sewaktu kecemasan atau tidak. Ya, ada tangga menuju ke arah belakang perumahan. Dia puji sebab semuanya lengkap, maka kerjanya senang. Lalu dia ucap terima kasih dan pulang. Itu saja!

Laluan kecemasan di belakang rumah kami

p/s: mereka amat mementingkan keperluan health and safety (bukan sahaja di research lab tapi juga rumah kediaman)

2 comments:

Mrs. Amien said...

bagus kan diorang kat UK ni..enforcement sntiasa ada.xmcm mesia..undang2 de je tapi kurang enforcement..

fara said...

halida:bagus tapi kekadang cerewet melampau. harap malaysia one day akan mementingkan semua ciri2 keselamatan camniii.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...