Monday, 14 March 2011

Caca marba

Lama juga tak kunjung ke blog sendiri. Bloghopping saja, tapi sekadar speed reading. Lebih banyak habiskan masa untuk tak pasti apa.

Cuma sibuk dengan rutin harian sendiri - bangun, masak, lab, office, makan, rumah, masak, makan, tengok tv, tidur. Itu sahaja aktiviti sepanjang hari sekolah.
Hari tidak sekolah pula - bangun, masak, lab, kemas rumah, basuh baju, masak, makan, kuar high street/lepak bersama kekawan, main game, makan, main game, tidur. Pagi hari minggu jugak perlu spendkan masa di lab. Huhu.

Tapi rasanya sepanjang 2 minggu lepas, masa banyak dihabiskan bersama rakan senegara yang akan pulang for good pada minggu hadapan. Makanya, asyik berkunjung ke rumah atau keluar bersamanya, sebab nanti takut rindukan dia. Huhu. Kak S, kami tak mahu Kak S balik, bolehkah? Nanti tiada lagi masakan sedap2 dan gosip hebat2 :(

Musim sudah masuk spring officially. Tapi sejak minggu lepas, entah angin sejuk dari mana datang, makanya suhu di North Wales kembali sejuk sepertimana di musim sejuk (Berangin dan suhu antara 4-8 deg Celcius). Hari minggu baru kelihatan sunny days.. dan juga hari ini. Suhu masih lagi lebih kurang.

Terkejut di pagi Jumaat tetiba membaca status rakan-rakan di Jepun mengenai earthquake (masa cek fb tu belum tahu pasal tsunami). Kemudian, kami terus membuka tv dan tengok BBC melaporkan mengenai bencana tersebut. Sedihhhhh. Bertanya serba sedikit khabar kekawan (kekawan encik suami kebanyakannya) di sana. Alhamdulillah, mereka semua selamat. Cuma doa dapat kami utuskan dari sini.. semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t, dikuatkan diri dalam menghadapi musibah itu, dipermudahkan segala urusan mereka dan selamat sihat sejahtera sentiasa. Amin.

Cherry blossom sebelah rumah

Beberapa kerat pasu bunga landlord depan flat kami

Tujuan ke lab hari-hari

p/s: saya sebut universiti itu sebagai sekolah dan hari biasa (weekdays) itu hari sekolah

2 comments:

MamaShiLa said...

Suka pic no 3...kiut miut...wpun x tau apa mende tu..hehe...

fara said...

thanks. they are corals. tapi cuma kecik2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...