Tuesday, 22 February 2011

Party 'tupperware'


Parti Tupperware dari zaman ke zaman
google.com

Apa itu party tupperware? Dari sumber wikipedia:
Tupperware is still sold mostly through a party plan, with rewards for hosts. A Tupperware party is run by a Tupperware consultant for a host who invites friends and neighbors into his or her home to see the product line. Tupperware hosts are rewarded with free products based on the level of sales made at their party. Parties also take place in workplaces, schools, and other community groups.
Ada rupanya maksud parti tupperware dalam Wikipedia. Hihi. Saja jer google. Dari tahun 1950-an asal usul parti seumpama ini. Mereka menjemput kekawan datang rumah untuk berjual-jualan. Sejak dari dulu dah makcik2 joyah berkumpul dan berjual-beli yek. Seronok betul. Lagipun zaman tu kebanyakan wanita adalah surirumah. Mereka akan mempunyai masa yang banyak untuk berkunjung ke sana ke mari. Mana nak ada online shopping. Selain daripada supermarket dan kedai, itulah cara perniagaan jualan langsung. Buat party dan kenalkan orang mengenai produk kita. Tak pernah pula ibu saya atau saya join parti tupperware. Maka saya tidak maklum bagaimanakah cara parti itu. Ajak makan2 dan memperkenalkan barangan baru? Macam style MLM sekarang lar kan?

Tupperware famous betul dari dulu sampai sekarang. Sampai apa saja bekas makanan, orang akan panggil 'tupperware'. Bekas makanan plastik yang pertama-tama diperbuat adalah brand tupperware lar kot? Kalau bekas makanan orang kita dedulu mangkuk bertingkat atau 'tenong' (bahasa terengganu). Bila ada barangan baru menggantikan mangkuk bertingkat, terus ianya digelar 'tupperware'. Nama KHAS yang menjadi gelaran akhirnya menjadi nama panggilan AM.

Keluarga saya menggunakan ini *nostalgik*
google.com

Tupperware pun ada jual lampu? :p
google.com


Kini, masih wujudkah parti tupperware untuk kenalkan produknya? Atau parti secara online di facebook? Tertengok juga kawan2 promote barangan tupperware, berkenan lar pulak di sudut hati. Comel dan kiut! Colourpulll.. unik.. dan praktikal sama sekali.

Tidak arif mengenai tupperware
google.com

Haa.. tipu punya ;)
google.com


Saya bersama sebahagian rakan-rakan Bangorian bebaru ni pun buat party barangan juga, tapi bukan berjualan 'tupperware'. Kami mengadakan party CKware. Brand kegemaran kami buat masa ini. Sesaja buat makan ala-ala kampung sambil menunjuk-nunjuk barangan CK belian baru memasing. Kongsi minat dan kegembiraan bersama-sama. Sebenarnya agenda utama adalah makan. Tapi saja diselitkan dengan acara 'menggediks', lalu kami menggelarkannya Party Tupperware juga :D

Acara makan+ borak CK + online shopping + gosip = party 'tupperware' edisi kami. Seronok betul!

Moga ikatan persahabatan kami ini akan berkekalan baik sehingga bila-bila.


Berposing dengan barang baru

Baru dapat apa yang dibeli

Menjamu ala pot luck bertemakan masakan kampung

Saya menyediakan ini - pulut cawan, kuih bakar dan sayur kacang goreng udangkunyit (taktahu exact nama)

p/s: Cant wait for the next 'CK-ware' party!

Haa.. tipu punya ;)
google.com

2 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaaaaaaa i loikeee CK tu calvin clein ke? ehe bantai aje...
eh fara ni sgt terror masak tabik!... syok2!

p/s: masih berusaha hehe...very the hard u know haha...

fara said...

hehe. bukan calvin klein. teka lar lagi. hikss
terer masak? tak, masih baru belajar.

p/s: caiyok2. wish u all da best. biasa lar, cam apply research grant ar kiranya tu, bukan senang. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...