Thursday, 10 February 2011

Merangkum semua

1. Bilik pejabat saya bukanlah dipenuhi debu asbestos itu hari, tapi cuma dikenali sebagai 'blue mist' yang berpunca daripada gas compressor di bawah bilik kami. Fuh, lega! Bilik dikembalikan pada kami semalam.

2. Tiba-tiba saya takutkan kewujudan cyanobacteria. Sedang berjaga-jaga dan sentiasa berdoa supaya mereka tidak mengacau 'anak-anak' saya.

3. Pagi ini kelihatan pokok bunga di belakang rumah sudah berputik. Biru keunguan. Spring is here!! :D

4. Excited melihat ramalan cuaca 'sunny' di BBC Weather pada Sabtu akan datang. Harap dapat berhuha lagi di tepian pantai.

5. Menonton Eat Pray Love dengan perasan tidak keruan semalam. Ceritanya meleret mengenai watak utama yang tiada tujuan hidup dan berfikir segalanya secara tidak rasional. Ini pendapat peribadi saya. Mungkin ada yang suka, mohon maaf.

6. 'Smile with your liver'. Petikan dari pilem semalam.

Seperti inilah bunganya


Cyanobacteria jangan berkunjung, tau!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...