Thursday, 24 February 2011

Meehoon/Bihun sup simple

Sarapan hari minggu

Tidak dapat tidur sewaktu badan tidak sihat hujung minggu bebaru ini. Bangun seawal 5.30am. Main internet sampai bosan. Perut kembung berangin semacam. Dah tiada idea nak makan apa. Pelbagai makanan berpantang sebab takut perut makin upset. Hari-hari encik suami masakkan masakan berair, sup lah, nasi air lah. Sebabkan dah taknak makan nasi, puan isteri pun decided makan meehoon sajalah. Kesian encik suami asyik makan menu terhad jer hari-hari. Saya pun rendam meehoon. Separuh untuk jadikan bihun goreng putih (singapore), separuh jadikan bihun sup.

Resepi meehoon sup untuk seorang:

Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk dan 1cm halia yang diketuk juga dengan minyak bijan
Masukkan air
Rebus bersama ayam
Bila mendidih, letak daun bawang, carrot dan telur sebiji
Tunggu sehingga masak
Setitik dua kicap, lada sulah, garam
Akhir sekali, tuangkan sup tersebut ke atas meehoon yang telah dicelur (saya letakkan bersama ayam goreng semalam yang disiat-siat).

Bihun singapore pula, tumis 3 ulas bawang putih, ayam seketul dua, masuk telur kacau hancur, carrot, air sikit, bihun, serbuk lada hitam, garam, cili sebagai hiasan. Siap!

Simple!

p/s: konfius antara bihun dan meehoon

3 comments:

Hanis MY said...

wow wiii simple but looks yummy tau!

Nor Moscow said...

dah lama tak makan meehon sup sbb stok meehon dah abis..

fara said...

hanis: haha..looks yummy, taste more yummy. tidaklah.. rasa tawar jer sebab orang demam yang makan.

nor moscow: alahaiii, sabar yek, jangan kempunan laks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...