Saturday, 26 February 2011

Mee Transformer

Mee Transformer

Selalunya bila kekawan buat makan-makan, mesti diorang masak spagetti saja untuk dijadikan mee kuning. Spagetti direbus sedikit garam, setitik dua minyak dan serbuk kunyit. Senang untuk banyak-banyak. Spagetti sebungkus boleh diperolehi dengan harga cuma 40pence lebih kurang.

Egg noodle
google.com


Mee kuning atau dipanggil mereka egg noodle dijual pada £1 setiap satu. Tapi kalau beli tiga jenis (sama ada sekali dengan mihun atau taugeh) atau tiga bungkus, harganya £2.50 (di Tesco atau Morissons). Sebungkus sedikit cuma. Tapi untuk kami berdua, kekadang beli satu sahaja untuk sekali makan, cukup-cukup lah kiranya. Itu hari encik suami teringin favoritonya, mee hailam. Memandangkan tiada bekalan mee kuning dan tidak shopping groceries, saya pun 'transform' spagetti menjadi mee kuning. Kawan yang ajar camni. Kalau tak, memang beli jer egg noodles tu di kedai. Kalau habis, kempunan jer nak makan mee.

p/s: £1 = RM 4.90 lebih kurang

4 comments:

Ein Auzai'y said...

wah...kreatif sungguh....

fara said...

itular, kawan lar yang ajarkan ni. kalau tak,fara tak sekreatif ni rasanya.

Nor Moscow said...

kami kat sini memang selalu wat apa2 menu mee guna spagetti je dik!

fara said...

hehe. kan kan. fara je lar taktahu sebelum ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...